Abdullah ibn Salam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Abdullah ibn Salam (Bahasa Arab: عبدالله بن سلام‎) atau nama sebenar beliau ialah Mu'ammar ibn Sulaim merupakan salah seorang sahabat Nabi. Dia bersifat pendiam dan berkata apabila perlu. Apabila beliau memasuki Islam, Nabi Muhammad S.A.W menukar namanya kepada Abdullah ibn Salam.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Sebelum memasuki Islam, Abdullah merupakan seorang pendeta agama Yahudi yang mengajar kitab Taurat di kuil bangsa Yahudi.

Setelah mengkaji dan memahami isi kandungan kitab Taurat serta berjumpa dengan baginda, Abdullah memasuki Islam dan berkhidmat di samping baginda.

Rasulullah S.A.W memujinya dalam hadis seperti berikut:

"Jikalau kamu ingin melihat orang yang berjalan di muka bumi dan juga berjalan di dalam syurga, maka Abdullah ibn Salamlah orangnya"