Abdus Salam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abdus Salam

Prof. Abdus Salam (lahir 1926M di Jhang, Pakistan dan meninggal dunia 21 Disember 1996 di Oxford, England dan dikebumikan di Pakistan) adalah seorang ahli fizik teori Pakistan yang pernah menerima anugerah Hadiah Nobel dalam Fizik.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Bapa Abdus Salam merupakan pegawai dalam Jabatan Pendidikan dalam daerah pertanian. Kelurga Abdus Salam mempunyai tradisi pembelajaran dan alim.

Latar pendidikan beliau ialah, melanjutkan pengajian di Government College, Pakistan dan mendapat Ijazah Sarjana melanjutkan pengajian di St.John College, Cambridge, England dan memperoleh Doktor Falsafah.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Sumbangan beliau adalah beliau mengajar di Government College, mengajar di beberapa universiti di Cambridge, mendirikan International Centre for Theoretical Physic (ICTP) yang dibiayai oleh UNESCO dan IAEA, di samping menyimpan wang untuk pembangunan negara Islam.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah yang beliau perolehi ialah Hadiah Nobel dalam Fizik pada tahun 1979 kerana penyelidikan tentang teori elektro-lemah, melalui penyelidikan tersebut beliau menemui partikel W dan Z yang kemudian menjadi model piawai penyelidikan dalam bidang fizik kuasa tinggi.

Pendapat mengenai gerakan pengislaman ilmu pengetahuan[sunting | sunting sumber]

Abdus Salam termasuk ilmuan Muslim yang tidak bersetuju dengan gerakan 'Pengislaman Ilmu Pengetahuan", menurutnya, kesahihan kebenaran ilmiah hanya dapat dibuktikan melalui kriteria ilmu pengetahuan itu sendiri, dan bukannya berdasarkan pertimbangan agama metafizik atau estetika. Walau bagaimanapun, komitmen keislaman Salam memang tidak diragukan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]