Accipitridae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Accipitridae
frames
Burung lang
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Kelas: Burung
Order: Falconiformes
Famili: Accipitridae


Accipitridae merupakan salah satu daripada dua famili utama dalam order Falconiformes (burung pemangsa siang). Banyak burung yang terkenal seperti burung helang, burung lang, dan burung hering Dunia Lama termasuk dalam kumpulan ini. Kebanyakan burung pemangsa yang lain, walaupun bukan kesemuanya, adalah tergolong dalam famili Falconidae yang sering dianggap sebagai suatu order yang berlainan dan dalam kes tersebut, ordernya ialah Accipitriformes.

Burung lang tiram biasanya dimasukkan dalam famili Pandionidae yang berlainan, seperti dengan Burung Sagittarius serpentarius yang tergolong dalam famili Sagittariidae, serta burung hering Dunia Baru yang kini biasanya dianggap sebagai suatu famili atau order yang berbeza. Data kariotip (Amaral & Jorge, 2003) menunjukkan bahawa Accipitridae sebenarnya adalah kumpulan monofili yang berlainan tetapi keputusan adakah kumpulan ini harus dianggap sebagai suatu famili Falconiformes atau order tersendiri akan bergantung kepada cita rasa seseorang.