Adab berumah-tangga menurut Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Hak suami keatas isteri[sunting | sunting sumber]

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarganya, maka ia (iaitu nafkah) yang diberikan adalah sedekah. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Hadis diatas menghuraikan tentang:

  • 1. Dalam institusi perkahwinan Allah S.W.T telah mengamanahkan tanggungjawab tertentu kepada suami dan isteri.
  • 2. Pemberian nafkah oleh suami terhadap keluarga merupakan satu amanah yang mesti ditunaikan di mana nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan minum, tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan.
  • 3. Pemberian nafkah adalah mengikut kemampuan seseorang.
  • 4. Kaum wanita tidak diwajibkan bekerja mencari nafkah. namun Islam membenarkan mereka keluar bekerja demi membantu mengurangkan beban yang ditanggung oleh suami. Sumbangan isteri ini merupakan satu sedekah yang akan dibalas dengan ganjaran yang besar oleh Allah S.W.T.

[1]

Hak isteri keatas suami[sunting | sunting sumber]

Daripada Mu’awiyah bin Haidah RA katanya aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah hak isteri terhadap suaminya?“ Jawab baginda, “Hendaklah engkau memberi makan kepadanya apabila engkau makan dan memberi pakaian apabila engkau berpakaian dan jangan engkau memukul muka dan jangan engkau menghinanya dan janganlah engkau asingkan (ketika nusyuz) melainkan di dalam rumah”. (Hadis riwayat Abu Dawud)

Berdasarkan penyataan hadis diatas:

    1. Suami berkewajipan memberi makan dan pakaian kepada isterinya mengikut kemampuannya.
    2. Suami diharamkan memukul muka isterinya dan menghinanya.
    3. Suami tidak boleh memisahkan (pulaukan) isterinya ketika nusyuz melainkan di dalam rumah.

[2]

Selain itu terdapat juga hadis Nabi Muhammad Rasulullah yang berbunyi:

  • Daripada Abu Hurairah RA juga bahawasanya Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Tidak harus bagi isteri berpuasa semasa suami ada bersamanya, melainkan dengan keizinan dan juga (isteri) tidak boleh membenarkan sesiapapun memasuki rumahnya melainkan dengan izin suaminya”.

Hadis menghuraikan:

    1. Islam menyuruh kaum wanita supaya taat kepada suami mereka pada perkara-perkara yang tidak bertentangan dengan Islam.
    2. Antara punca-punca kebahagian rumahtangga ialah kepatuhan isteri kepada suaminya.
    3. Islam mengajar isteri-isteri supaya meminta izin kepada suami mereka terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara.
    4. Tanggungjawab isteri ialah melayan suami mereka dengan baik.
    5. Haram bagi isteri berpuasa sunat tanpa izin suami sama ada keizinan secara terus terang dengan ungkapan atau secara mafhum, kerana dengan berpuasa luputlah hak suami pada hari itu, tetapi jika puasa fardhu seperti puasa qadha’ maka tidak disyaratkan izin suami.
    6. Isteri tidak harus membenarkan sesiapa masuk ke rumah tanpa izin suami sama ada keizinan secara terang atau secara mafhum walaupun orang berkenaan itu keluarga isteri sendiri.
    7. Melakukan amalan sunat akan terabai hak manusia maka hak manusia patut diutamakan.

[3]

Hak dan tanggungjawab anak-anak[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]