Wikipedia:Sumber petikan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Jalan pintas:
Garis Panduan Gaya
Manual Gaya Penulisan Utama
Manual-manual tambahan
Bagaimana menyunting halaman
Garis panduan reka letak
Penulisan yang lebih baik
Unsur-unsur dasar
Tajuk rencana
Tajuk bahagian
Bahagian
Pautan
Imej: Tajuk
Imej: Tutorial
Kategori
Menyebut sumber-sumber
Unsur-unsur khas
Istilah teknikal dan takrif
Menerangkan jargon
Matematik: Simbol
Nama benda dan perkara
Nama khas
Nota kaki
Pengelasan orang
Perintah kendali: Contoh
Senarai
Tanda niaga
Tanda sengkang
Tarikh dan nombor
Gaya untuk halaman istimewa
Biografi
Halaman nyahkekaburan

Setiap petikan atau maklumat yang mungkin dipersoalkan perlu mempunyai sumber petikan. Sekiranya dipersoalkan, dan tiada sumber dapat diberikan, maklumat tersebut boleh dikeluarkan dari rencana.

Petikan sumber memenuhi beberapa matlamat:

  • Memastikan kandungan rencana boleh dipercayai dan boleh disahkan oleh semua pembaca dan penyelia.
  • Untuk mempertingkatkan kebolehpercayaan umum dan ciri-ciri boleh dipercayai Wikipedia.
  • Untuk membuktikan bahawa suntingan anda bukannya penyelidikan asal.
  • Mengurangkan kemungkinannya timbul pertikaian sidang pengarang, atau menyelesaikan mana-mana pertikaian yang timbul.
  • Untuk memberi penghargaan kepada sumber bagi memberikan maklumat berguna dan mengelakkan dakwaan plagiarisme.
  • Untuk memberikan lebih maklumat untuk rujukan lanjut.

Bila menyebut sumber[sunting | sunting sumber]

Artikel-artikel Wikipedia tidak harus menggunakan artikel-artikel Wikimedia lain sebagai sumber. Pautan wiki bukan ganti bagi sumber.

Bila untuk menambahkan kandungan[sunting | sunting sumber]

Jika anda menambah sebarang maklumat kepada satu artikel, terutama jika ianya mempunyai niat atau ianya nampak seperti boleh dipertikaikan, anda seharusnya memberikan satu petikan sumber. Jika anda tidak tahu bagaimana hendak memformat suatu petikan, orang lain akan membetulkannya untuk anda. Hanya berikan sebarang maklumat mengenai sumber berkenaan.

Secara umumnya, walaupun anda sedang menulis daripada ingatan anda, anda seharusnya mencari secara aktif sebarang rujukan berautoriti kepada petikan berkenaan. Sekiranya anda sedang menulis daripada pengetahuan anda, maka anda seharusnya cukup berpengetahuan untuk mengenalpasti satu rujukan yang baik di mana pembaca boleh berunding mengenai perkara tersebut— anda tidak akan berada di sini selama-lamanya untuk menjawab sebarang persoalan. Fakta penting adalah untuk menolong pembaca dan penyunting lain.

Keperluan untuk petikan sememangnya sangat penting apabila menulis mengenai pendapat-pendapat yang digunakan untuk sesuatu isu. Elakkan pengucapan yang samar-samar seperti, "Ada orang berkata…" Sebaliknya, buatkan tulisan anda boleh disahkan: cari orang tertentu atau kumpulan tertentu yang berpegang kepada pendapat berkenaan, sebut mereka dengan nama, dan berikan satu petikan kepada beberapa tempat yang mereka boleh dilihar atau didengari memberikan pendapat berkenaan. Ingat bahawa Wikipedia bukanlah satu tempat untuk memberikan pandangan anda atau untuk penyelidikan asli.

Oleh sebab ini merupakan Wikipedia Bahasa Melayu, sumber-sumber Bahasa Melayu seharusnya diberikan bila mana ianya boleh didapati, dan seharusnya ia selalu digunakan di dalam kecenderungan kepada sumber-sumber asing yang mempunyai kaliber yang seimbang Bagaimanapun, sila berikan rujukan-rujukan bahasa-bahasa asing yang mana ianya benar. Sekiranya memetik sumber daripada sumber-sumber asing, satu terjemahan bahasa Melayu seharusnya diberi bersama-sama dengan petikan bahasa asal. Dengan memetik satu terjemahan bahasa Melayu, bahasa asing yang asal mesti diberi kerana apa-apa kesalahan yang mungkin berlaku semasa penterjemahan bermakna petikan asli seharusnya digunakan untuk verifikasi.

Bila untuk mengesahkan kandungan[sunting | sunting sumber]

Anda boleh tambah sumber-sumber walaupun bahan-bahan yang anda tidak tulis sekiranya anda menggunakan satu sumber untuk verify bahan tersebut. Dengan menambah petikan-petikan kepada satu artikel adalah merupakan cara terbaik untuk menyumbang kepada Wikipedia.

Sewaktu terdapat pertikaian fakta[sunting | sunting sumber]

Suntingan-suntingan yang bercanggah boleh dibuang serta-merta, dibuang dan diletakkan di dalam laman perbualan untuk perbincangan, atau dimana suntingan itu tidak membahayakan tetapi anda mempertikaikannya dab berasakan bahawa ia memerlukan satu petikan sumber, anda boleh letakkan {{citation needed}} selepas perenggan yang relevan. This should be used sparingly; Wikipedia has a lot of undercited articles, and inserting many of instances of {{citation needed}} is unlikely to be beneficial.

Sewaktu tiada pertikaian fakta[sunting | sunting sumber]

Fikir dulu: Cuba untuk bayangkan apa yang orang lain mungkin syak apa yang kamu tulis atau memerlukan maklumat lanjut. Dengan menyokong apa yang ditulis di dalam Wikipedia adalah dengan merujuk kepada sumber yang boleh dipercayai dan jelas akan menambah kepada kestabilan didalam sumbangan anda.

Bagaimana menyebut sumber[sunting | sunting sumber]

Jika anda orang pertama yang menambahkan rujukan ke dalam sesebuah rencana, cuba ikut kelaziman yang diterima umum dalam bidang pengetahuan yang diperikan dalam rencana. Mungkin anda harus merujuk kepada WikiProjek berkenaan rencana itu dari laman perbincangannya.

Jika anda tidak dapat mencari cara petikan yang sesuai, ataupun tidak tahu gaya mana yang sesuai, apa kata gunakan templat yang disediakan di Wikipedia, seperti {{Cite book}}, {{Cite news}}, dsb.

Sistem pembentangan rujukan dalam rencana Wikipedia sentiasa mengalami perubahan sepanjang masa; harus ditekankan supaya isi kandungan rencana sentiasa jelas dan konsisten daripada perlu mematuhi sistem-sistem tertentu.

Adakalanya — misalnya, untuk rencana berkenaan topik yang ringkas atau kurang kontroversi, dan memetik sedikit sumber yang diterima umum — adalah memadai untuk menyediakan bahagian "Rujukan" di penghujung rencana yang mengandungi senarai rujukan am dan gambaran keseluruhan berwibawa terhadap subjek berkenaan (seperti buku teks dan rencana ulasan). Adakalanya ini masih tidak memadai, maka anda wajar menggunakan petikan dalam baris (in-line citations) seperti nota kaki atau rujukan Harvard yang diterangkan seperti berikut.

Ingat: penting sekali, anda harus memasukkan maklumat rujukan yang menyeluruh, iaitu maklumat yang mencukupi supaya pembaca boleh mencari sumber asal dengan mudah.

Anda boleh melakukannya dengan cara-cara berikut:

  • Apabila mengarang rencana baru atau menambahkan rujukan kepada rencana sedia ada yang tiada rujukan, ikutlah amalan kebiasaan untuk bidang ilmu yang sesuai berkenaan rencana itu (jika sedia ada dan tidak diragui).
  • Sesiapa yang pernah menyumbangkan kandungan kepada rencana selalunya tahu amalan kebiasaannya - jika boleh, ikutlah teladan mereka jika rencana itu sudah ada rujukan.
  • Jika amalan kebiasaan tiada atau menghadapi pertikaian, para penyumbang wajar memutuskan gaya mana yang diyakini akan mengimbangi kesenangan membaca rencana dan ketepatan dan keadaan rujukannya sebaik dan secepat mungkin.
  • Jika para penyumbang berbeza pendapat mengenai gaya penyataan rujukan yang betul, maka penyumbang kandungan utama rencana itu wajar diteladani untuk mendapatkan format yang sesuai untuk memaparkan rujukan.
  • Jika gagal mencapai kata sepakat, maka gaya yang digunakan haruslah sama dengan yang dibuat oleh penyumbang utama pertama.

Jika anda tidak jelas akan sistem atau gaya mana yang harus digunakan, ingatlah: yang penting sekali adalah menyediakan segala maklumat yang diperlukan untuk mengenal pasti dan mencari sumbernya. Jika perlu, taipkan maklumat ini ke dalam laman perbincangan, atau dalam komen pada laman utama, dan minta orang lain bagaimana untuk memformatnya dengan betul untuk rencana ini.

Cara memformat dan meletakkan petikan rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan dalam baris[sunting | sunting sumber]

Petikan dalam baris merupakan baris teks yang mengenal pasti sumber yang dibubuh dekat dengan maklumat yang disokongnya demi mewujudkan integriti antara teks dan sumber. Jika anda menemui perkara-perkara yang boleh menimbulkan perbalahan dalam rencana, petikan dalam baris boleh dibubuh dekat padanya dalam ayat, tetapi selalunya untuk membubuh petikan itu di akhir ayat adalah memadai, asalkan sumber yang mana menyokong perkara yang mana jelas kelihatan. Para penyunting bebas menggunakan mana-mana kaedah membuat petikan dalam baris. Dua jenis petikan dalam baris yang selalu digunakan di Wikipedia ialah nota kaki yang boleh diklik (tag <ref>) dan rujukan berkurung.

Ringkasan tunjuk cara[sunting | sunting sumber]

Ramai penyunting yang membubuh petikan dalam baris di dalam nota kaki; lihat di bawah untuk butiran lanjut. Satu cara yang mudah untuk menulisnya adalah membubuh petikan pada akhir ungkapan, ayat atau perenggan yang berkenaan:

  • <ref>Rawls, John. ''A Theory of Justice''. Harvard University Press, 1971, p. 1.</ref>
  • <ref>Sanger, David E. [http://www.nytimes.com/2010/09/24/world/24prexy.html?_r=1&hp "With Warning, Obama Presses China on Currency"], ''The New York Times'', 23 September 2010, dicapai pada 31 Oktober 2010.</ref>

Kemudian, bubuhkan yang ini di hujung rencana:

==Catatan==
{{Reflist}}

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

"Nota kaki" (footnotes) atau "catatan" (notes) bermaksud petikan dan ulasan yang diletakkan antara tag ref, supaya ia terpapar di hujung rencana di bawah pengatas bahagian Catatan atau Rujukan.

Rencana Wikipedia wajar diletakkan petikannya dalam nota kaki. Ini dipaparkan sebagai nombor yang boleh diklik di dalam teks, yang berpaut kepada senarai bernombor petikan penuh di hujung rencana. Petikan-petikan tersebut akan muncul di hujung rencana jika anda menaipkan {{Reflist}}. Ini akan memaparkan senarai nota kaki yang bergelar bahagian Catatan atau Rujukan.

Untuk membuat petikan muncul dalam nota kaki, ia mesti dikurungi dengan tag "ref". Anda boleh membubuhnya dengan menaipkan <ref> di awal petikan, dan </ref> di akhirnya. Selain itu, gunakan senarai "markup" dalam kotak penyuntingan yang merangkumi <ref></ref>. Anda juga boleh menggunakan atribut nama dengan menggunakan <ref name=nama>butiran petikan</ref>. Selepas itu, nota kaki yang sama boleh digunakan berkali-kali dengan membubuh <ref name=nama/> dekat dengan perkara-perkara lain yang disokong oleh rujukan itu. Jika nama itu mengandungi jarak kosong terbenam, anda mesti membubuh tanda petikan lurus (<ref name="nama lagi"/>) atau menggantikan jarak yang tidak boleh diterima itu denngan aksara yang boleh diterima seperti tanda garis bawah atau sempang (e.g., <ref name=nama_lagi/> atau <ref name=nama-lagi/>) jika anda tidak ingin memakai tanda petikan.

Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan:

Besarnya matahari,ref>Miller, Edward. ''The Sun''.Academic Press, 2005, ms. 1./ref> tapi bulan tak sebesar itu.ref>Brown, Rebecca. "Size of the Moon," ''Scientific American'', 51(78):46./ref> Agak panas juga matahari ini.ref>Smith, John. ''The Sun's Heat''. Academic Press, 2005, ms. 2./ref>

==Notes==
{{Reflist}}

Dan beginilah rupanya dalam rencana:

Besarnya matahari,[1] tapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]

Catatan


  1. ^ Miller, Edward. The Sun. Academic Press, 2005, ms. 1.
  2. ^ Brown, Rebecca. "Size of the Moon," Scientific American, 51(78):46.
  3. ^ Smith, John. The Sun's Heat. Academic Press, 2005, ms. 2.

Nota kaki ringkas[sunting | sunting sumber]

Banyak juga rencana yang menggunakan petikan ringkas dalam nota kaki, dengan menyatakan nama pengarang, tahun, dan nombor halaman, seperti <ref>Smith 2010, ms. 1.</ref> Seperti sebelum ini, senarai nota kaki dijana secara automatik dalam bahagian "Catatan" atau "Nota kaki". Kemudian, petikan penuh dibubuh pada bahagian "Rujukan". Petikan ringkas boleh ditulis secara manual atau menggunakan templat {{sfn}} atau {{harvnb}}. (Ingat bahawa templat tidak patut dibubub tanpa merujuk sepersetujuan bagi rencana yang sudah menggunakan gaya rujukan yang konsisten.) Petikan ringkas dan penuh boleh saling dipautkan supaya pembaca boleh mengklik nota ringkas itu untuk menonjolkan petikan penuh. Lihat dokumentasi templat untuk maklumat lanjut dan jawapan kepada masalah yang kerap dialami.

Beginilah rupa petikan ringkas dalam kotak penyuntingan:

Besarnya matahari,ref>Miller 2005, ms. 1./ref> tapi bulan tak sebesar itu.ref>Brown 2006, ms. 2./ref> Agak panas juga matahari ini.ref>Miller 2005, ms. 3./ref>

== Catatan ==
{{Reflist}}

== Rujukan ==
*Brown, Rebecca (2006). "Size of the Moon,"''Scientific American'', 51(78).
*Miller, Edward (2005). ''The Sun''. Academic Press.

Dan beginilah rupanya dalam rencana:

Besarnya matahari,[1] tapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]

Catatan


  1. ^ Miller 2005, p. 23.
  2. ^ Brown 2006, p. 46.
  3. ^ Miller 2005, p. 34.

Rujukan


  • Brown, Rebecca (2006). "Size of the Moon", Scientific American, 51(78).
  • Miller, Edward (2005). The Sun. Academic Press.

Nota ringkas yang menggunakan tajuk (bukan tarikh penerbitan) akan berupa sebegini dalam rencana:

Catatan


  1. ^ Miller, The Sun, p. 23.
  2. ^ Brown, "Size of the Moon", p. 46.
  3. ^ Miller, The Sun, p. 34.

Rujukan tertakrif senarai[sunting | sunting sumber]

Pada September 2009, sambungan Cite.php diubah suai untuk menyokong rujukan tertakrif senarai (list-defined references). Ini boleh dilaksanakan dengan dengan parameter |refs= pada templat {{Reflist}}, atau menggunakan sepasang tag HTML (<references> dan </references>) sebagai ganti tag <references />. Ini membantu mengurangkan selerak dalam rencana, dengan membubuh segala butiran petikan dalam bahagian hujung di mana nota kaki dipaparkan. Rujukan yang tertakrif mesti digunakan dalam isi rencana; rujukan yang tak terpakai akan memaparkan mesej ralat. Rujukan yang bukan tertakrif senarai (rujukan nota kaki biasa yang dikurungi dalam tag <ref> dan </ref>) akan dipaparkan seperti biasa di samping rujukan tertakrif senarai. Seperti dengan format petikan yang lain, rujukan tertakrif senarai tidak wajar dibubuh dalam rencana yang sudah ada sistem rujukan yang stabil, melainkan direstui oleh sepersetujuan. Jika ragu, gunakan sistem rujukan yang dipakai oleh penyumbang utama pertama untuk mendapatkan jenis rujukan yang konsisten.

Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan::

Besarnya matahari,ref name="Miller2005p23" /> tetapi bulan tak sebesar itu.ref name="Brown2006" /> Agak panas juga matahari ini.ref name="Miller2005p34" />

==Rujukan==
{{Reflist|refs=
<ref name="Miller2005p23">Miller, Edward.''The Sun''. Academic Press, 2005, ms. 23.</ref>
<ref name="Miller2005p34">Miller, Edward.''The Sun''. Academic Press, 2005, ms. 34.</ref>
<ref name="Brown2006">Brown, Rebecca. "Size of the Moon," ''Scientific American,'' 51(78):46</ref>
}}

Dan beginilah rupanya dalam rencana:

Besarnya matahari,[1] tetapi bulan tak sebesar itu.[2] Agak panas juga matahari ini.[3]

Rujukan


  1. ^ Miller, Edward. The Sun. Academic Press, 2005, ms. 23.
  2. ^ Brown, Rebecca. "Size of the Moon," Scientific American, 51(78):46.
  3. ^ Miller, Edward. The Sun. Academic Press, 2005, ms. 34.

Perujukan berkurung[sunting | sunting sumber]

Bagi perujukan berkurung (parenthetical referencing), petikan ringkas seperti (Smith 2010, ms. 1), dibubuh dalam parentesis (tanda kurung bulat) sejurus selepas hujah yang disokongnya. Di Wikipedia ada beberapa jenis perujukan berkurung yang digunakan, termasuk perujukan pengarang-tarikh (cth. gaya Harvard), dan perujukan pengarang-judul atau pengaranf-mukasurat (cth. gaya MLA). Petikan penuh (<nama keluarga>, <nama diri>. <judul buku>. <penerbit>, <tahun>) kemudian ditaipkan mengikut susunan abjad nama keluarga penulis, dalam bahagian "Rujukan" di hujung rencana. Petikan dalam baris dan petikan penuh boleh saling dipautkan dengan menggunakan templat (rujuk Memautkan petikan dalam baris dengan petikan penuh); seperti mana templat petikan yang lain, ini tidak boleh dibubuh ke dalam rencana tanpa restu sepersetujuan.

Beginilah rupanya dalam kotak penyuntingan:

Besarnya matahari (Miller 2005, ms. 1), tetapi bulan tidak sebesar itu (Brown 2006, ms. 2). Agak panas juga matahari ini (Miller 2005, ms. 3).
== Rujukan ==
*Brown, R (2006). "Size of the Moon", ''Scientific American'', 51(78).
*Miller, E (2005). ''The Sun'', Academic Press.

Dan beginilah rupanya dalam rencana:

Besarnya matahari (Miller 2005, ms. 1), tetapi bulan tidak sebesar itu (Brown 2006, ms. 2). Agak panas juga matahari ini (Miller 2005, ms. 3).

References


  • Brown, R (2006). "Size of the Moon", Scientific American, 51(78).
  • Miller, E (2005). The Sun, Academic Press.

Integriti teks-sumber[sunting | sunting sumber]

Apabila menggunakan petikan dalam baris, adalah penting untuk memastikan integriti antara teks dan sumber. Petikan dalam baris bertujuan membolehkan pembaca dan penyunting untuk memastikan bahawa bahan itu bersumber; tujuan itu tidak menjadi jika petikan tidak diletakkan dengan betul. Jarak antara bahan dan sumbernya dinilai oleh penyunting, tetapi tindakan menambahkan teks tanpa meletakkan sumbernya dengan jelas boleh menimbulkan anda dituduh membuat penyelidikan asli, menyalahi dasar rujukan sumber, ataupun menciplak. Sebagai penyunting, anda harus berwaspada apabila menyusun semula atau menokok bahan baru untuk memastikan hubungan antara teks dan sumbernya kekal terjalin.

Misalnya, petikan dalam baris yang berikut tidak berguna kerana pembaca tidak tahu sama ada setiap sumber menyokong bahannya; setiap sumber menyokong secebisan bahan itu; atau hanya satu sumber yang menyokongnya manakala yang lain sekadar bacaan lanjut:

X mark.svgN Delia Smith ialah pengarang resipi yang paling laris di UK.[1][2][3][4]


Apabila menggunakan berbilang sumber untuk satu ayat, apa kata anda memberkas petikan di hujung ayat atau perenggan dengan penjelasan dalam nota kaki mengenai sumber yang mana menyokong hujah yang mana; lihat di bawah untuk caranya.

Memberkas petikan[sunting | sunting sumber]

Anda boleh menggabungkan atau "memberkas" petikan di antara satu set tag ref di hujung ayat atau perenggan, beserta penjelasan dalam nota kaki mengenai sumber yang mana menyokong hujah yang mana dalam teks. Pemberkasan petikan boleh dilakukan dengan nota kaki panjang atau ringkas, adanya templat petikan atau sebaliknya. Faedahnya banyak:

  • membantu pembaca dan penyunting mengimbau sumber mana menyokong hujah mana, maka integriti sumber-teks terpelihara;
  • mengelakkan selerak berbilang notak kaki boleh klik dalam ayat atau perenggan;
  • mengelakkan kekeliruan berbilangan sumber yang disenaraikan secara berasingan selepas ayat, tanpa tanda sumber mana untuk disemak untuk setiap cebisan teks, seperti ini.[5][6][7][8]
  • mengurangkan kebarangkalian petikan dalam baris dialihkan tanpa sengaja apabila teks disusun semula, kerana nota kaki jelas menyatakan sumber mana menyokong hujah mana.

Contoh ringkas pemberkasan petikan:

Besarnya matahari, tetapi bulan tidak sebesar itu. Agak panas juga matahari ini.[1]

Catatan


  1. ^ Untuk saiz matahari, rujuk Miller, Edward. The Sun. Academic Press, 2005, ms. 1.
    • Untuk saiz bulan, rujuk Brown, Rebecca. "Size of the Moon," Scientific American, 51(78):46.
    • Untuk suhu matahari, rujuk Smith, John. The Sun's Heat. Academic Press, 2005, ms. 2.


Jenis maklumat untuk disertakan[sunting | sunting sumber]

Setiap jenis bahantara sumber ada cara tersendiri untuk dinyatakan dalam rujukan. Di Wikipedia, sesetengah bahantara diberikan templat petikan tersendiri. Format petikan seharusnya mengikut susunan berikut:

Contoh[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Templat khas: {{Cite book}}

  • nama pengarang
  • judul buku dalam huruf condong
  • jilid
  • bandar penerbitan (tidak wajib)
  • nama penerbit
  • tahun penerbitan
  • nombor bab atau mukasurat
  • ISBN jika ada
Petikan untuk bab-bab yang dikarang secara berasingan dalam buku:
  • nama pengarang
  • tajuk bab
  • nama penyunting buku
  • nama buku dan butiran-butiran lain seperti di atas
  • nombor bab atau mukasurat bab (tidak wajib)

Rencana jurnal[sunting | sunting sumber]

{{Cite journal}}

  • nama pengarang
  • tahun (dan bulan) penerbitan
  • tajuk rencana dalam tanda petikan
  • nama jurnal dalam huruf condong
  • nombor jilid, nombor isu, dan nombor halaman (nombor rencana dalam sesetgh. jurnal elektronik)
  • DOI dan/atau pengenal pasti jika ada

Artikel berita[sunting | sunting sumber]

  • nama akhbar dalam huruf condong
  • tarikh penerbitan
  • larik nama (nama wartawan), jika ada
  • tajuk rencana dalam tanda petikan
  • bandar penerbitan, jika tidak dinyatakan dalam nama akhbar
  • nombor mukasurat (tidak wajib)

Laman web[sunting | sunting sumber]

  • nama pengarang
  • tajuk rencana dalam tanda petikan
  • nama tapak web
  • tarikh siaran
  • nombor halaman (jika perlu)
  • tarikh anda mengaksesnya (diperlukan jika tarikh siaran tidak diketahui)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Smith, Jane. Popular Cooks. Cambridge University Press, 2010, p. 1.
  2. Jones, Paul. More popular Cooks. Oxford University Press, 2010, p. 2.
  3. Doe, John. Cooks Ahoy!. Harvard University Press, 2010, p. 3.
  4. Doe, Jane. Surely Not More Cooks. Yale University Press, 2010, p. 4.
  5. Smith, Jane. Mungkin inikah sumbernya?. Cambridge University Press, 2010, ms. 1.
  6. Jones, Paul. Nampaknya begitu. Oxford University Press, 2010, ms. 2.
  7. Doe, John. Ataupun yang ini juga. Harvard University Press, 2010, ms. 3.
  8. Doe, Jane. Ada satu lagi untuk disemak. Yale University Press, 2010, ms. 4.