Adam Kromosom Y

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pepohon filogenetik kromosom Y

Dalam bidang genetik manusia, Adam Kromosom Y (Y-chromosomal Adam; Y-MRCA) merupakan istilah yang merujuk kepada datuk moyang kepada seluruh manusia (most recent common ancestor) sebelah lelaki dengan mengkaji susur galur kromosom Y yang diwarisi daripada sebelah bapa. Kemungkinan pasangannya iaitu Hawa Mitokondria pula merujuk kepada nenek moyang manusia di mana mitokondrion diwarisi daripada sebelah ibu.

Dengan mengkaji dan menganalisis DNA manusia dari seluruh pelosok dunia, ahli genetik pada mulanya telah membuat kesimpulan bahawa semua manusia yang hidup adalah berasal daripada seorang manusia yang tinggal di Afrika sekitar 60,000[1] atau 142,000 tahun dahulu.[2] Manakala kajian terbaharu melaporkan yang Adam kromosom-Y hidup sekitar 338,000 tahun dahulu.[3]

Teori ini sekaligus berkemungkinan selari dengan teori kejadian manusia yang diceritakan di dalam al-Quran bahawa semua manusia berasal daripada Nabi Adam a.s.

Garisan masa[sunting | sunting sumber]

Menurut kajian genetik, Adam Kromosom Y dikatakan hidup pada masa sekitar 60,000 hingga 330,000 tahun dahulu. Dengan demikian, kejadian Adam Kromosom Y dan Hawa Mitokondria (150,000–200,000 tahun dahulu) dikatakan mempunyai jarak masa selama 30,000 tahun atau mungkin lebih.[4] Ini adalah disebabkan perbezaan dalam strategi sistem pembiakan lelaki dan perempuan.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Adam Kromosom Y dinamakan sempena Nabi Adam a.s., sebagaimana kepercayaan bagi penganut agama utama di dunia iaitu Islam, Kristian dan Yahudi yang mempercayai bahawa Nabi Adam a.s. adalah manusia terawal yang dijadikan oleh Allah. Walau bagaimanapun, tidak bermakna Adam Kromosom Y adalah semestinya Nabi Adam, oleh itu kajian masih terus dilakukan bagi mengenal pasti asal-usul kejadian manusia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Documentary Redraws Humans' Family Tree
  2. ^ Cruciani, Fulvio; Trombetta, Beniamino; Massaia, Andrea; Destro-Bisol, Giovanni; Sellitto, Daniele; Scozzari, Rosaria (2011). "A Revised Root for the Human Y Chromosomal Phylogenetic Tree: The Origin of Patrilineal Diversity in Africa". The American Journal of Human Genetics. 88 (6): 814. doi:10.1016/j.ajhg.2011.05.002.
  3. ^ Mendez, Fernando; Krahn, Thomas; Schrack, Bonnie; Krahn, Astrid-Maria; Veeramah, Krishna; Woerner, August; Fomine, Forka Leypey Mathew; Bradman, Neil; Thomas, Mark (2013). "An African American paternal lineage adds an extremely ancient root to the human Y chromosome phylogenetic tree" (PDF). American Journal of Human Genetics. 92 (3): 454. doi:10.1016/j.ajhg.2013.02.002. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2019-09-24. Dicapai pada 2013-03-11. (sumber utama)
  4. ^ "Genetic 'Adam never met Eve'". BBC News. 2000-10-30. Dicapai pada 2013-03-08.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]