Adat Temenggong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Adat Temenggung merupakan undang-undang adat Minangkabau yang diamalkan di Negeri-Negeri Melayu (pada asalnya bermula daripada Kesultanan Melayu Melaka sebelum diwarisi turun temurun oleh negeri-negeri Melayu yang lain) kecuali Negeri Sembilan yang mengamalkan Adat Perpatih. Adat ini diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan (abang tiri kepada Datuk Perpatih Nan Sebatang yang mengasaskan Adat Perpatih) yang berasal dari Sumatera.[1]

Wujudnya istilah "Adat Temenggung" adalah berkait dengan munculnya istilah "Adat Perpatih" kerana istilah ini tidak ada dalam budaya Melayu yang awal.[2] Disebabkan oleh Adat Temenggong diamalkan di hampir semua negeri-negeri Melayu, maka Adat Temenggong telah bercampur dengan undang-undang adat Melayu sedia ada yang mempunyai nama yang berbeza mengikut negeri. Antaranya ialah Undang-Undang Melaka, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang Kedah.

Ciri utama Adat Temenggong[sunting | sunting sumber]

  • Hukuman bersifat pembalasan.
  • Pemerintahan bersifat autokratik.
  • Pewarisan harta lebih kepada nasab lelaki.
  • Perkahwinan dibenarkan dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. SP Star. Hukum Adat
  2. Jelani Harun. Kajian Naskah Undang-Undang Adat Melayu di London, Melayu Online