Ahmad ibn Fadlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Manuskrip hikayat Ahmad bin Fadlan

Ahmad bin Fadlan bin al-Abbas bin Rasyid bin Hamad, dalam
bahasa Arab: أحمد بن فضلان بن العباس بن راشد بن حماد , (transliterasi Ahmad ibn Fadlān ibn al-Abbās ibn Rāšid ibn Hammād) merupakan seorang penulis dan penjelajah Islam-Arab pada kurun ke-10 yang menulis sebuah kisah perjalanan beliau, Kitāb ilā Mulk al-Saqāliba (كتاب إلى ملك الصقالبة). Beliau adalah seorang ahli utusan mewakili Khilafah Abbasiyyah di Baghdad kepada raja Volga Bulgars. Kisahnya terkenal kerana memberi perincian tentang Viking Volga, termasuk penyaksian sendiri ke atas satu pengkebumian kapal.

Tradisi manuskrip[sunting | sunting sumber]

Bagi masa yang lama, hanya versi tidak lengkap yang diketahui, sebagaimana yang terdapat dalam kamus geografi Yāqūt (di bawah tajuk Atil, Bashgird, Bulghār, Khazar, Khwārizm, Rūs), diterbitkan pada tahun 1823 oleh Fraehn. Hanya pada 1923 manuskrip dijumpai oleh sarjana Turki dari Bashkir berasal dari Zeki Validi Togan di Muzium Astane Quds, Mashhad, Iran/Parsi. Manuskrip MS 5229 bertarikh dari abad ke-13 (abad ke-7. tahun Hijrah) dan terdiri daripada 420 halaman (210 folia). Selain treatises geografi lain, ia mengandungi versi lebih lengkap teks Ibn Fadlan (pp. 390-420). Perenggan tambahan yang tidak terdapat dalam MS 5229 dipetik dalam hasil kerja abad ahli geografi abad ke-16 Parsi Amīn Rāzī dikenali sebagai Haft Iqlīm "Tujuh Clime".

Kedutaan[sunting | sunting sumber]

Ibn Fadlan dihantar daripada Baghdad pada tahun 921 untuk berkhidmat sebagai setiausaha kepada seorang duta bagi Khalifah Bani Abbasiyyah, al-Muqtadir ke iltäbär (raja vasal di bawah pemerintahan Khazars) dari Volga Bulgaria, Almış.

Kedutaan[sunting | sunting sumber]

Ibn Fadlan dihantar daripada Baghdad pada tahun 921 bagi berkhidmat sebagai setiausaha kepada seorang duta kepada Khalifah Bani Abbasiyyah, al-Muqtadir ke iltäbär (raja vasal di bawah pemerintahan Khazars) dari Volga Bulgaria, Almış.

Objektif duta adalah meminta raja Bolğar membuat kunjungan hormat kepada Khalifah al-Muqtadir dan, sebagai balasan, akan memberi raja wang untuk membina sebuah kubu. Meskipun mereka tiba di Bolğar, misi ini gagal kerana mereka gagal mengutip wang yang ingin diserahkan kepada raja. Sakit hati kerana tidak menerima wang yang dijanjikan, raja enggan menukar mazhab daripada Maliki kepada Hanafi di Baghdad.

Kedutaan meninggalkan Baghdad pada 21 Jun, 921 (Tahun Hijrah: 11 Safar, 309). Ia tiba di Bulghars selepas melalui kesukaran pada 12 Mei, 922 (Tahun Hijrah: 12 Muharram 310). (Hari ini merupakan cuti agama rasmi di negara moden Tatarstan.) Perjalanan ini membawa Ibn Fadlan daripada Baghdad ke Bukhara dan Khwarizm (selatan Laut Aral). Walaupun dijanjikan perjalanan selamat oleh ketua puak Oghuz, atau Kudarkin, mereka telah diserang oleh penjahat Oghuz tetapi bernasib baik kerana berjaya merasuah penyerang mereka. Mereka menghabiskan musim sejuk di Gorgan, Iran sebelum meneruskan perjalanan ke utara merentasi Sungai Ural sehingga tiba di bandar Bulghar di tebing tiga tasik Volga ke utara Liku Samara.

Setelah tiba di Bolğar, Ahmad ibn Fadlan membuat satu lawatan ke Wisu dan merekodkan pemerhatian beliau akan perdagangan yang dilakukan di antara Volga Bolğars dan puak tempatan Finnic.

Orang Rus[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Orang Rus'

Satu bahagian penting dari kisah Ibn Fadlan didedikasikan kepada perincian orang yang beliau memanggil sebagai Rūs روس atau Rūsiyyah. Kebanyakan cendiakawan mengesahkan mereka dengan Rus' atau Varangians, yang mana membuatkan kisah Ibn Fadlan sebagai satu daripada gambaran awal kaum Vikings.

Penampilan Rūs sebagai para pedagang yang mendirikan kedai pada tebing-tebing sungai berdekatan kem Bolğar. Mereka digambarkan memiliki tubuh setinggi pokok palma, rambut perang muda dan kulit kemerah-merahan. Mereka ditatoo bermula "kuku jari sehingga ke leher" dengan "corak-corak pokok" berwarna biru gelap atau hijau gelap dan "gambarajah-gambarajah" lain dan kesemua lelaki memiliki senjata yang terdiri dari sebilah kapak dan sebilah pisau panjang.

Ibn Fadlan mengambarkan Rus memiliki tubuh sempurna, dengan tulang pipi panjang di muka. Berlawanan dengan kesegakan fizikal mereka, beliau mengambarkan kebersihan Rūsiyyah sebagai menjijikan (meskipun beliau sedar beberapa keganjilan yang mana mereka menyikat rambut mereka setiap hari) dan menganggap mereka tidak beradab dan tidak canggih. Walaubagaimanapun, tanggapan beliau berlawanan dengan penjelajah Parsi Ibn Rustah. Beliau juga mengambarkan agak terperinci pengkebumian salah seorang ketua puak mereka (satu pengkebumian kapal menglibatkan pengorbanan manusia). Beberapa cendiakawan percaya ia berlaku di kompleks Balymer moden.[1]

Fiksyen[sunting | sunting sumber]

Unsur-unsur dari kisah Ibn Fadlan digunakan di dalam novel Eaters of the Dead karangan Michael Crichton (difilemkan sebagai The 13th Warrior dengan Antonio Banderas berlakon sebagai Ibn Fadlan), di mana duta Arab dibawa jauh ke utara dan terlibat di dalam inspirasi epik pengembaraan Inggeris Tua Beowulf. Sememangnya, Crichton menulis "Eaters of the Dead" sebagai satu versi fiksyen akan peristiwa sejarah yang menjadi asas epik "Beowulf".

Satu siri utama TV berbahasa Arab, Bumbung Dunia atau Saqf al-Alam, (Bahasa Arab: سقف العالم‎), telah disiarkan pada tahun 2007mencarta perjalanan Ibn Fadlan daripada perspektif semasa. 30 episod selama satu jam menceritakan hubungan di antara Islam dan Eropah dalam dua keadaan: semasa zaman Ibn Fadlan dan waktu sekarang. Siri-siri ini diterbitkan ekoran peristiwa kontroversi kartun Muhammad oleh Jyllands-Posten di Denmark pada tahun 2005.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Ch. M. Fraehn. Die ältesten arabischen Nachrichten über die Wolga-Bulgaren aus Ibn-Foszlan's Reiseberichte. – «Memoires de L'Academie Imper. des Sciences.», VI serie, 1823.
  • Ibn Fadlan, Voyage chez les Bulgares de la Volga, trad. Marius Canard, Paris 1988.
  • Collection of Geographical Works by Ibn al-Faqih, Ibn Fadlan, Abu Dulaf Al-Khazraji, ed. Fuat Sezgin, Frankfurt am Main, 1987.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Gordon, Stewart. When Asia was the World: Traveling Merchants, Scholars, Warriors, and Monks who created the "Riches of the East" Da Capo Press, Perseus Books, 2008. ISBN 0-306-81556-7.
  • Flowers, Stephen E. (intro. & commentary,), Ibn Faldan's Travel-Report As it Concerns the Scandinavian Rûs, Rûna-Raven Press, 1998, no ISBN listed.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]