Air mazi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Air mazi

Air mazi ialah cecair likat yang jernih dan tidak berwarna yang keluar dari zakar disebabkan rangsangan sebelum sampai kemuncak syahwat[1] (ketika seseorang yang masih bercumbuan atau dalam berkhayal).

Ia juga dikenali sebagai cecair pra-ejakulasi atau cecair Cowper. Komposisi air mazi adalah hampir sama dengan air mani tetapi mempunyai beberapa perbezaan ketara dari segi bahan kimia. Sperma berkemungkinan dapat ditemukan dalam cecair ini. Ia berfungsi sebagai pelincir dan peneutral asid dalam faraj wanita semasa hubungan seks.

Di dalam hukum Islam, air mazi adalah najis mutawassitah dan tidak wajib mandi, memadai membasuh sahaja tempat berkenaan sehingga hilang rasa dan bau. [2]

Asal dan Komposisi[sunting | sunting sumber]

Air mazi dirembeskan dari uretra zakar ketika rangsangan seks, pelancapan, bercumbu atau ketika tahap awal perhubungan seks. Ianya juga dirembeskan ketika seseorang lelaki hampir mencapai orgasma atau kemuncak syahwat dan memancutkan air mani.

Ianya dihasilkan oleh kelenjar Cowper, juga dikenali sebagai kelenjar bulbouretra. Kelenjar Littré juga terlibat dalam penghasilan air mazi. [3][4] Kuantiti cecair mazi yang dihasilkan setiap lelaki adalah berbeza. Sesetengah lelaki tidak menghasilkan air mazi langsung, tetapi sesetengahnya boleh menghasilkan air mazi dalam jumlah sebanyak [5]ml (0.18 imp fl oz; 0.17 US fl oz).[3][6]

Komposisi air mazi adalah hampir sama dengan air mani: ia terdiri daripada asid fosfatase, walau bagaimanapun, enzim lain yang hadir di dalam air mani, seperti gamma-glutamiltransferase, tidak ada dalam air mazi.[7]

Fungsi dan Risiko[sunting | sunting sumber]

Air mazi berfungsi meneutralkan keadaan berasid di dalam uretra yang disebabkan saki baki air kencing, dan menyediakan persekitaran yang sesuai bagi perjalanan sperma.[4] Faraj wanita kebiasaanya adalah berasid, maka dengan adanya air mazi sebelum ejakulasi air mani mengubah keasidan di dalam faraj dan memastikan kemandirian sperma.[3] Air mazi juga berfungsi sebagai pelincir ketika aktiviti seksual[3] dan memainkan peranan penting dalam koagulasi air mani.[3]

Sperma kadang-kala boleh ditemui di dalam air mazi.[6][8]

Kajian telah menunjukkan kehadiran virus HIV di dalam hampir semua sampel air mazi lelaki yang telah dijangkiti.[8][9][10]

Penghasilan Berlebihan[sunting | sunting sumber]

Di dalam sesetengah kes, terdapat lelaki yang menghasilkan air mazi yang berlebihan. Ianya boleh dirawat dengan perencat 5-alfa-reduktase, seperti finasterida.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perbezaan air mani , air mazi dan air wadi[pautan mati kekal], Soal Jawab Agama, JAIS
  2. ^ Masalah air mazi Diarkibkan 2009-11-03 di Wayback Machine, Tanya Doktor, Berita Harian
  3. ^ a b c d e f Chudnovsky, A.; Niederberger, C.S. (2007). "Copious Pre-Ejaculation: Small Glands—Major Headaches". Journal of Andrology. 28 (3): 374–5. doi:10.2164/jandrol.107.002576. PMID 17251594.
  4. ^ a b Chughtai B, Sawas A, O'Malley RL, Naik RR, Ali Khan S, Pentyala S (April 2005). "A neglected gland: a review of Cowper's gland". Int. J. Androl. 28 (2): 74–7. doi:10.1111/j.1365-2605.2005.00499.x. PMID 15811067. S2CID 32553227.
  5. ^ Vazquez E (1997). "Is it safe to suck?". Posit Aware. 8 (4): 15. PMID 11364482.
  6. ^ a b Zukerman Z.; Weiss D.B.; Orvieto R. (April 2003). "Short Communication: Does Preejaculatory Penile Secretion Originating from Cowper's Gland Contain Sperm?". Journal of Assisted Reproduction and Genetics. 20 (4): 157–159. doi:10.1023/A:1022933320700. PMC 3455634. PMID 12762415.
  7. ^ Gohara WF (1 February 1980). "Rate of decrease of glutamyltransferase and acid phosphatase activities in the human vagina after coitus". Clinical Chemistry. 26 (2): 254–7. doi:10.1093/clinchem/26.2.254. PMID 6101549.
  8. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan HIV tidak disediakan
  9. ^ Pudney J, Oneta M, Mayer K, Seage G, Anderson D (1992). "Pre-ejaculatory fluid as potential vector for sexual transmission of HIV-1". Lancet. 340 (8833): 1470. doi:10.1016/0140-6736(92)92659-4. PMID 1360584. S2CID 7106584.
  10. ^ Ilaria G, Jacobs JL, Polsky B, dll. (1992). "Detection of HIV-1 DNA sequences in pre-ejaculatory fluid". Lancet. 340 (8833): 1469. doi:10.1016/0140-6736(92)92658-3. PMID 1360583. S2CID 43112865.