HIV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Human immunodeficiency virus
Scanning electron micrograph of HIV-1 (in green) budding from cultured lymphocyte. Multiple round bumps on cell surface represent sites of assembly and budding of virions.
Pengelasan virus
Group:
Kumpulan VI (ssRNA-RT)
Keluarga:
Genus:
Species
  • Human immunodeficiency virus 1
  • Human immunodeficiency virus 2
International Statistical Classification of Diseases and Related Health Problems Codes
Pengelasan dan sumber luaran
ICD-10B20-B24
ICD-9042-044
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan Penafian perubatan

HIV (nama penuh bahasa Inggeris: human immunodeficiency virus), ataupun dalam bahasa Melayu yang bermaksud virus kurang imun manusia ialah sejenis lentivirus (subkumpulan retrovirus) yang menyebabkan jangkitan HIV. Jangkitan HIV yang tidak dirawat akan progres menjadi AIDS. AIDS merupakan sejenis kondisi dimana daya imunisasi atau daya ketahanan seseorang menjadi begitu lemah sehingga tidak dapat melawan jangkitan kuman dan mengekang perkembangan sel-sel kanser. Tanpa rawatan, seorang pesakit yang dijangkiti HIV dijangka mempunyai jangka hayat sepangjang 9 hingga 11 tahun, bergantung kepada subjenis HIV. Jangkitan HIV disebar melalui darah, air mazi, air mani, cecair faraj (air mazi wanita) ataupun susu ibu.

HIV menyerang sel-sel manusia yang bertanggungjawab untuk memelihara daya ketahanan seseorang, iaitu sel T penolong (terutamanya sel T CD4+), makrofaj, dan sel dendritik. Serangan HIV terhadap sel-sel tersebut menyebabkan kematian sel. Apabila bilangan sel T CD4+ berkurangan sampai ke tahap kritkal, daya ketahanan tubuh akan dikompromi, sejurus meningkatkan risiko menjangkiti jangkitan oportunistik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]