Ajaran sesat Azhar bin Wahab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ajaran sesat Azhar bin Wahab diasaskan oleh Azhar bin Wahab di negeri Pulau Pinang. Gerakannya berselindung disebalik pelbagai perniagaan termasuk membuka pusat refleksiologi Pusat Rawatan Cinta di Pulau Pinang.

Jabatan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang (JHEAPP) sedang mengesan Azhar dan ahli-ahli kumpulan itu. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JHEAPP, Ghazali Saad memberi sidang media pada 11 Frbruari 2010 di Pulau Pinang.

Unsur kesesatan[sunting | sunting sumber]

  1. Azhar mengaku mengamalkan Aurad Muhammadiah. Dia mengadakan kuliah tertutup untuk ahli dan kakitangan . Di samping itu dia mendakwa didampingi oleh 'Pak Syeikh' atau Wali Allah.
  2. Azhar mendakwa rohnya berada di Gunung Jerai bersama Wali Songo dan Nabi Khaidir sedang tubuhnya berada di Damansara.Setiap ahlinya diwajibkan bersumpah setia mengikut segala arahan guru dan merahsiakan kegiatan mereka daripada orang ramai.
  3. Mendakwa mempunyai bala tentera dan kapal terbang ghaib, mempunyai masjid jin Gunung Jerai.Selalu bermesyuarat dengan golongan jin di gunung-gunung tertentu seperti Gunung Santubong di Sarawak.
  4. Azhar dikatakan tidak pernah solat Jumaat dan membolehkan sembahyang jamak pada setiap waktu walaupun bukan dalam musafir.

Biodata Azhar Abdul Wahab[sunting | sunting sumber]

Azhar berasal dari Sidam Kiri, Padang Serai, Kedah. Dia hanya belajar di SK Sidam Kiri sebelum menyambung dan tamat tingkatan tiga dari Sekolah Menengah Padang Serai, Padang Serai, Kedah.

Azhar pernah bekerja sebagai pemandu dengan Bank Simpanan Nasional cawangan Kuala Lumpur. Kemudian beliau menyertai kumpulan Al Arqam. Setelah Al Arqam diharamkan, dia menyertai kumpulan Al Mansur.

Azhar menggunakan gelaran hebat iaitu Yang Mulia Raja Azhar ibni Raja Wahab, Presiden Persatuan Kerabat Raja Sakti Kedah.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]