Al-Sunan al-Sughra
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kitab As-Sunan as-Sughra (Bahasa Arab: السنن الصغرى), juga dikenali sebagai Sunan an-Nasa'i (سنن النسائي) atau Al-Mujtaba (المجتبى) ialah salah satu dari enam kitab hadis utama Ahli Sunah Waljamaah, dan telah dikumpul oleh Imam al-Nasa'i. Ahli Sunah Waljamaah menganggap kitab ini sebagai ketiga paling kuat dalam enam kitab hadis utama mereka.[1]
Kitab al-Sunan al-Sughra ini mempunyai sekitar 5270 hadis (mengira Mukarrar, iaitu, riwayat berulang) yang dipilih al-Nasa'i dari karya utamanya al-Sunan al-Kubra. Bagaimanapun, kitab pertamanya ini turut memasukkan hadis hasan di samping hadis sahih.[2]
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
- ↑ Various Issues About Hadiths, Living Islam.
- ↑ Sejarah Hidup Imam-Imam Hadis- Imam Nasa'i Darul Kautsar.