Enam kitab hadis utama
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Enam kitab hadis utama (Bahasa Arab: الكتب السته; al-Kutub al-Sittah) merujuk kepada koleksi hadis oleh cendekiawan Muslim yang, kira-kira 200 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. dan atas inisiatif mereka, menghimpun hadith baginda. Himpunan ini kadangkala (silap) digelar sebagai Al-Sihah al-Sittah, yang bermaksud "enam yang sah".
[sunting] Kepentingan
Muslim Sunni melihat enam kitab hadis utama ini sebagai himpunan hadis yang terpenting. Berikut merupakan senarai kitab-kitab tersebut, mengikut aturan ketulenan[1]:
- Sahih Bukhari, himpunan Imam Bukhari (m. 870), mengandungi 7275 ahadith
- Sahih Muslim, himpunan Imam Muslim (m. 875), mengandungi 9200 ahadith
- Sunan al-Sughra, himpunan Imam Nasa'i (m. 915)
- Sunan Abu Daud, himpunan Imam Abu Daud (m. 888)
- Jami' at-Tirmizi, himpunan Imam Tirmidzi (m. 892)
- Sunan Ibnu Majah, himpunan Imam Ibnu Majah (m. 887)
Dua yang pertama, lazimnya dirujuk sebagai Dua Sahih sebagai tanda ketulenan mereka, mengandungi sekitar 7 ribu hadis semuanya, tanpa mengira yang berulang, mengikut Ibnu Hajar.[2]
[sunting] Rujukan
- ↑ "Various Issues About Hadiths". Abc.se. http://www.abc.se/~m9783/n/vih_e.html. Capaian 2010-06-26.
- ↑ al-Nukat 'Ala Kitab ibn al-Salah, oleh Ibn Hajar al-'Asqalani, jil. 1, m/s. 153, Maktabah al-Furqan, Ajman, U.A.E., edisi ke-2, 2003.