Al Jawaher

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Al Jawaher

Album kumpulan Al Jawaher.jpg
Latar belakang
Berasal dari Singapura Singapura
Pekerjaan Vokal
Kegiatan berkait Berkumpulan
Ahli
Habibah Osman

Al-Jawaher merupakan sebuah kumpulan penyanyi yang ditubuhkan pada tahun 1979 dan berasal dari Singapura. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berirama nasyid Melayu. Pada mulanya, ia terdiri daripada sembilan orang anggota, yang berusia antara 15 hingga 18 tahun.

Kumpulan ini berasal dari kumpulan yang sama-sama belajar mengaji dan berzanji di Singapura dengan sepasang suami isteri, Ustaz Amir dan Ustazah Hamidah. Ustaz Amir mengajar pelajaran Agama Islam sementara isterinya mengajar mengaji Al-Quran dan berzanji. Ustaz Amir merupakan orang yang memberi cadangan supaya menubuhkan kumpulan nasyid kerana beliau tertarik mendengar mereka berzanji. Ustaz Amir kemudiannya memperkenalkan mereka kepada komposer M. Nasir yang waktu itu bekerja di Polygram Records. [1]


Diskografi[sunting | sunting sumber]

  • Permata (1979)
  • Perjalanan (1980)
  • Warna Alam (1982)
  • Berita Gembira (1984)
  • Alam Insan (1990)


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Drama Dunia - Al Jawaher
  • Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher
  • Mohon Padanya Sujud Padanya - Al Jawaher
  • Perjalanan - Al Jawaher
  • Seroja - Al Jawaher

Rujukan[sunting | sunting sumber]