Al Mayadeen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Al Mayadeen
NegaraLubnan
Kawasan siaranSerata dunia[1][2]
RangkaianJaringan Media Satelit Al Mayadeen
SloganReality As It Is
Ibu pejabatBeirut
Pengaturcaraan
Bahasa
Sejarah
Dilancarkan11 Jun 2012; 11 tahun yang lalu (2012-06-11)
Pautan
Laman webAl Mayadeen TV
Ketersediaan
Satelit
ArabsatChannel 5C
EutelsatChannel 25C
Media penstriman
Siaran langsung Al MayadeenPautan LiveStation

Al Mayadeen (Arab: الميادين, lit.'Dataran') ialah sebuah saluran televisyen satelit pan-Arab yang dilancarkan pada 11 Jun 2012 di Beirut, Lubnan.[3] Program utamanya ialah pemberitaan semasa. Ia mempunyai wartawan berita di kebanyakan negara Arab. Dalam pasaran televisyen berita pan-Arab, ia bersaing dengan saluran Al Jazeera dan Al Arabiya, juga bersaing dengan Sky News Arabia dan BBC Arabic Television.[4][5] Semasa pengasasannya pada 2012, kebanyakan kakitangan kanan Al Mayadeen merupakan bekas koresponden dan penyunting dari Al Jazeera. Al Mayadeen dilihat sebagai sebuah saluran pro-Hezbollah dan pro-Pemerintah Syria.[3][6][7][8][9][10][11]

Saluran ini sebahagian daripada rangkaian media satelit Al Mayadeen, yang merangkumi sebuah syarikat penerbitan, sebuah stesen radio, sebuah laman web, sebuah syarikat pengiklanan dan projek-projek berkaitan media yang lain.[12] Selain mempunyai ibu pejabat di Beirut,[13] Al Mayadeen mempunyai jaringan berita yang luas dan tiga pejabat wilayah, satu di Tunisia, kedua di Kaherah dengan tiga orang wartawan dan sebuah studio besar, dan ketiga di Teheran.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Discover Al Mayadeen TV and all of its programmes on Sat.tv". Sat.tv.
  2. ^ "Online voters select best photo in Andrei Stenin tilt". pna.gov.ph.
  3. ^ a b Zeina Karam (11 June 2012). "New pan-Arab satellite channel goes on air". Associated Press. Dicapai pada 13 February 2014.
  4. ^ Shane Farrell (6 June 2012). "Al Mayadeen: Political pandering or objective media?". Now Lebanon. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 June 2012. Dicapai pada 11 June 2012.
  5. ^ "New pan-Arab TV satellite channel goes on air". The Denver Post. 11 June 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2013. Dicapai pada 12 June 2012.
  6. ^ Mohammed Al Jazairy (14 June 2012). "Al Mayadeen: The last attempt to revive pro-Assad media". Asharq Alawsat. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 December 2015. Dicapai pada 23 January 2015.
  7. ^ "War of the remote controls: new Arab TV channel launches to challenge Al-Jazeera". France 24. 11 June 2012. Dicapai pada 11 June 2012.
  8. ^ "New pan-Arab TV satellite channel goes on air". US News. 11 June 2012. Dicapai pada 12 June 2012.
  9. ^ Tim Walker What George Galloway neglected to mention in Syria debate, The Daily Telegraph, 1 Sep 2013
  10. ^ "Executive Summary" (PDF). Syria Cyber Watch. 25 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2 December 2012. Dicapai pada 6 December 2012.
  11. ^ Matthew Keys (25 September 2013). "Lebanese TV channel lands on-camera interview with Syrian Electronic Army hackers". The Desk. Dicapai pada 3 October 2013.
  12. ^ "Al Mayadeen Satellite Channel to be launched". ArabAD. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 January 2013. Dicapai pada 11 June 2012.
  13. ^ "The curious CV of a former BBC Arabic journalist". BBC Watch. 3 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 October 2013. Dicapai pada 3 October 2013.
  14. ^ "Al Mayadeen TV: New Kid on the Block". Al Akhbar. 4 June 2012. Dicapai pada 11 June 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]