Bahasa Sepanyol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Sepanyol
español, castellano
wilayah Sesetengah dari Eropah, kebanyakan dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan, sesetengah bahagian dari Amerika Utara dan Caribbean; dan enklaf dan kumpulan immigran pada semua benua
asli penutur 550 juta, 500 juta dimana adalah penutur asli  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
status rasmi
Bahasa rasmi di Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Costa Rica, Cuba, Republik Dominican, Ecuador, El Salvador, Guinea Khatulistiwa, Kesatuan Eropah, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Paraguay, Peru, Puerto Rico, Sepanyol, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Uruguay, dan Venezuela.
Dikawal oleh Asociación de Academias de la Lengua Española (Real Academia Española dan 21 lain kebangsaan akademi bahasa Sepanyol)
kod bahasa
ISO 639-1 es
ISO 639-2 spa
[[File:
Peta dunia Hispanofon,
dengan negara atau kawasan penutur-Sepanyol major ke minor.
|300px]]

Bahasa Sepanyol merupakan salah satu bahasa yang berasal daripada Bahasa Latin. Bahasa ini digunakan oleh ramai orang di dunia pada masa kini. Hal ini merupakan sebahagian dari kesan-kesan penjelajahan dan penjajahan orang Sepanyol pada masa lampau. Mereka membina banyak negara baru dan juga memulakan kerajaan baru di negara-negara yang sudah lama wujud.

Berikut merupakan beberapa contoh tempat di mana bahasa Sepanyol digunakan sebagai bahasa yang penting:

Di Amerika Utara, Amerika Tengah, dan di Kepulauan Karibia: Costa Rica, Cuba, Republik Dominika, Guatemala, Honduras, Mexico, Nicaragua, Panama, Puerto Rico, dan El Salvador. Walaupun lebih ramai orang menggunakan Bahasa Inggeris dalam pertuturan di Amerika Syarikat, Bahasa Sepanyol merupakan bahasa kedua terbanyak dipertuturkan di negara tersebut.

Di Amerika Selatan: Argentina, Bolivia, Chile, Colombia, Ecuador, Guyana, Paraguay, Peru, Uruguay, Venezuela.

Di tempat-tempat lain di dunia: Filipina, dan Guinea Khatulistiwa.

Di Sepanyol, terdapat beberapa bahasa lain digunakan di samping bahasa Sepanyol, seperti bahasa Catalonia dan Galicia, yang berkait rapat dengan bahasa Sepanyol dari segi salasilah famili bahasa Italik. Bahasa Basque juga turut ditutur, tetapi tidak berkait rapat dengan bahasa Sepanyol. Oleh kerana itu, bahasa Sepanyol kadangkala dipanggil sebagai Castilian, dinamakan sempena Castile, satu kawasan di Sepanyol.

Perkataan Sepanyol bagi bahasa Sepanyol ialah "español", dan perkataan Sepanyol bagi Castilian ialah "castellano".

Bilangan penutur mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol yang dianggarkan di pelbagai rantau di dunia di mana bahasa ini sedang atau pernah kuat berpengaruh.

Negara Bilangan penutur asli menurut Ethnologue[1],
tahun 1995 melainkan dinyatakan
1 Flag of Mexico.svg Mexico 86,211,000
2 Flag of Spain.svg Sepanyol 28,173,600 (1986)
3 Flag of Colombia.svg Colombia 34,000,000
4 Flag of Argentina.svg Argentina 33,000,000
5 Flag of Venezuela.svg Venezuela 21,480,000
6 Flag of Peru.svg Peru 20,000,000
7 Flag of Chile.svg Chile 13,800,000
8 Flag of Cuba.svg Cuba 10,000,000
9 Flag of Ecuador.svg Ecuador 9,500,000
10 Flag of the Dominican Republic.svg Republik Dominica 6,886,000
11 Flag of Guatemala.svg Guatemala 4,673,000
12 Flag of Honduras.svg Honduras 5,600,000
13 Flag of Bolivia.svg Bolivia 3,483,700
14 Flag of El Salvador.svg El Salvador 5,900,000
15 Flag of Nicaragua.svg Nicaragua 4,347,000
16 Flag of Paraguay.svg Paraguay 186,880
17 Flag of Costa Rica.svg Costa Rica 3,300,000
18 Flag of Puerto Rico.svg Puerto Rico 3,437,120 (1996)
19 Flag of Uruguay.svg Uruguay 3,000,000
20 Flag of Panama.svg Panama 2,100,000
21 Flag of Equatorial Guinea.svg Guinea Khatulistiwa 11,500 (1993)
22 Flag of the Philippines.svg Filipina 2,658 [2]

Berikut merupakan senarai bilangan penutur bahasa Sepanyol di tempat-tempat di dunia di mana bahasa ini merupakan bahasa minoriti.

Negara Bilangan penutur
1 Flag of the United States.svg Amerika Syarikat 32,200,000(b)
2 Flag of Canada.svg Kanada 245,000[3]
3 Flag of Belize.svg Belize 206,404[4]
4 Flag of Russia.svg Rusia 34,678[5]
5 Flag of Morocco.svg Maghribi 57,132 [perlu rujukan](c)
6 Flag of Gibraltar.svg Gibraltar 24,000 [perlu rujukan](d)
(b) hanya melibatkan penduduk berumur 5 tahun atau lebih. Selain itu, sesiapa yang menutur bahasa ini sewaktu kerja atau dalam persekitaran lain tetapi bukan di rumah tidak termasuk di sini[6]
(c) Meskipun dijadikan sebahagian empayar Sepanyol, bahasa dan budaya Arab masih merupakan hasil kebudayaan yang dominan di Sahara Barat. Bahasa Sepanyol hanya ditutur oleh expatriat berbahasa Sepanyol dan orang berketurunan Sepanyol.
(d) Kebanyakan orang Gibraltar dapat bertutur dalam bahasa Inggeris dan Sepanyol kerana kedekatan wilayah British Gibraltar kepada negara Sepanyol. Meskipun kedua-dua bahasa ini paling banyak ditutur penduduk wilayah berkenaan (bersama-sama bahasa gabungannya Llanito), bahasa Inggeris masih merupakan satu-satunya bahasa rasmi di Gibraltar.

Sistem tulisan[sunting | sunting sumber]

Bahasa Sepanyol ditulis menggunakan huruf rumi, dengan penambahan aksara "ñ" (eñe) yang melambangkan fonem /ɲ/ (bersamaan bunyi hanya dalam bahasa Melayu) dan dianggap sebagai huruf yang berbeza daripada "n", meskipun dihuraikan secara tipografikal sebagai "n" dengan tanda tilde. Dwihuruf "ch" (che) dan "ll" (elle) juga dianggap sebagai huruf tunggal dengan nama dan kedudukan sendirinya dalam susunan huruf, kerana setiap satunya mewakili satu fonem tunggal (masing-masing /tʃ/ dan /ʎ/). Sungguhpun begitu, dwihuruf "rr" (erre doble, "r" ganda, atau erre) yang dibandingkan dengan ere) /r/, tidak dianggap sebagai huruf tunggal. Maka, susunan abjad Sepanyol tradisi mempunyai 28 huruf (29 jika mengambil kira "w" yang hanya didapati dalam kata pinjaman dan nama asing):

a, b, c, ch, d, e, f, g, h, i, j, k, l, ll, m, n, ñ, o, p, q, r, s, t, u, v, (w), x, y, z.

Sejak tahun 1994, kedua-dua dwihuruf tersebut dianggap sebagai pasangan huruf bagi tujuan pengumpulsemakan. Mana-mama perkataan yang mengandungi "ch" kini diisih dalam susunan huruf di antara perkataan yang mengandungi "ce" dan "ci", dan bukannya menyusuli "cz" sebelum ini; begitu juga untuk "ll". Namun begitu, nama-nama che dan elle masih digunakan secara tidak formal.

Sebutan sesuatu perkataan boleh ditentukan sepenuhnya menurut ejaan, kecuali sebilangan kecil istilah geografi seperti México. Sesuatu perkataan Sepanyol yang biasa menekankan suku kata kedua terakhir (maksdunya, suku kata terlibat ditinggikan intonasinya) jika berakhir dengan huruf vokal (tidak termasuk y) atau dengan huruf konsonan n atau s; jika tidak maka suku kata terakhirlah yang ditekankan. Pengecualian kepada hukum ini ditandai dengan membubuh tanda akut pada huruf vokal yang ditekankan.

Tanda akut juga digunakan untuk membezakan antara homofon tertentu, terutamanya apabila salah satunya ditekan dan yang lain bukan: bandingkan el (kata sandang tentu jantan) dengan él ("ia"), ataupun te ("kamu", kata ganti nama objek), de (kata depan "dari"), dan se (kata ganti refleksif) dengan ("teh"), ("beri") dan ("Saya tahu", atau kata imperatif "ialah").

Kata-kata ganti tanya (qué, cuál, dónde, quién, dsb.) juga menerima tanda bunyi sedemikian dalam soalan-soalan langsung dna tidak langsung; lebih-lebih lagi sebilangan kata penunjuk (ése, éste, aquél, dsb.) boleh ditanda apabila digunakan sebagai kata ganti nama. Kata penghubung o ("atau") ditulis dengan tanda akut antara angka-angka agar tidak dikelirukan dengan angka sifar: cth., 10 ó 20 sepatutnya disebut diez o veinte dan bukannya diez mil veinte ("10, 020"). Tanda akut sering digugurkan dalam huruf besar (melalui amalan yang berleluasa pada zaman awal komputer apabila cuma huruf vokal kecil mempunyai tanda berkenaan), meskipun ditegah oleh pihak RAE.

Dalam kes-kes yang jarang, "u" ditulis dengan tanda diaeresis ("ü") apabila ditulis di antara "g" dan satu huruf vokal hadapan ("e" atau "i"), untuk menandakan bahawa huruf "u" itu mesti disebut, dan bukannya bisu seperti biasa (cth., cigüeña, "stork", disebut /θ̟iˈɰweɲa/; jika ditulis sebagai cigueña, maka sebutannya /θ̟iˈɰeɲa/).

Klausa pertanyaan dan seruan dimulakan dengan tanda soal (¿) dan seru (¡) yang songsang, lalu diakhiri dengan tanda soal (?) dan seru (!) yang biasa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=spa
  2. 2,658 penutur asli, mengikut Banci 1990. Instituto Cervantes de Manila, Majlis Pendidikan dan Kedutaan Sepanyol di Manila (Consejería de Educación de la Embajada de España en Manila) pada tahun 2006 dan Akademi Bahasa Sepanyol Filipina (Academia Filipina de Lengua Española) pada tahun 2006 menganggarkan lebih 3 juta. Namun begitu, tiadanya statistik banci yang mendukung kenyataan sebegini.
  3. "Population by mother tongue". Statistics Canada. http://www40.statcan.ca/l01/cst01/demo11a.htm. 
  4. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Belizecen tidak disediakan
  5. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Russian tidak disediakan
  6. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan US_Spanish tidak disediakan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Sepanyol, ensiklopedia bebas