Alaa Bib..

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Alaa Bib..
GenreDrama, komedi
Ditulis olehAzlina Din
PengarahAlong Kamaludin
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Terlalu Rindu" oleh Eleena Harris
Lagu penutup"Pencuri" oleh Mark Adam
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutifAfzal Sarwar
Penerbit
  • Arni Idris
  • Along Kamaludin
Penyunting
  • Khairil Anuar Che Zaberi
  • Haikal Hafizi
  • Nani Johari
Tempoh siaran21 minit
Syarikat penerbitan
Layar Ceritera
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal12 Oktober 2015 – 16 November 2015
Kronologi
MengikutiRubberband
Diikuti olehAbang Sado Jemur Kain

Alaa Bib.. merupakan sebuah siri drama komedi Malaysia 2015 arahan Along Kamaludin terbitan Layar Ceritera. Siri ini dibintangi oleh Nur Risteena sebagai Bibah dan memulakan tayangan perdana si Slot Iris TV3 dari 12 Oktober 2015 hingga 16 November 2015.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Bibah lakonan Risteena Munim atau lebih dikenali sebagai Bib seorang gadis kampung yang naif dan lucu sering membina impian untuk menjadi kaya. Walaupun telah dinasihati oleh ibunya supaya menerima sahaja pekerjaan yang sedia ada tetapi kedegilan Bibah untuk menginginkan perkerjaan yang boleh memberikannya gaji yang lumayan menyebabkan dia terus menganggur.

Bib dicintai oleh Lokman, seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai pemandu lori. Walau bagaimanapun Lokman tidak menepati ciri-ciri lelaki impian Bib. Secara kebetulan Bib bertemu dengan peminatnya sewaktu darjah satu bernama Mikail. Namun pertemuan yang tidak disengajakan itu telah mencetuskan pergaduhan demi pergaduhan. Bib akhirnya meminta bantuan Mikail untuk mengenalkannya dengan mana-mana kawan Mikail yang berstatus kaya dan bujang. Mikail kemudian memperkenalkan Bib dengan Joeran.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Terlalu Rindu" - Eleena Harris
  • "Pencuri" - Mark Adam
  • "Imaginasiku" - Eyza Bahra

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alaa.. Bib bermula 12 Oktober di TV3 Hyebro (6 Oktober 2015). Dicapai pada 21 Ogos 2018
  2. ^ Alaa Bib... (2015): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 25 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]