YouTube

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
YouTube, LLC
YouTube Logo.svg
Jenis Anak syarikat Google, Subsidiari
Diasaskan Februari 14, 2005 (2005-02-14)
Ibu pejabat 901 Cherry Ave, San Bruno,
California
, Amerika Syarikat
Kawasan yang dipasarkan Seluruh dunia
Pengasas Steve Chen, Chad Hurley, Jawed Karim
Perancang utama Salar Kamangar (CEO)
Chad Hurley (Advisor)
Industri Internet
Induk Independent (2005–2006)
Google (2006–present)
Slogan Broadcast Yourself (2005-2012)
Laman web YouTube.com
(see list of localized domain names)
Ditulis dalam Python[1]
Kedudukan Alexa 3 (August 2012)[2]
Jenis laman web Perkhidmatan pelayan video
Pengiklanan Google AdSense
Pendaftaran Pilihan (Hanya diperlukan untuk tugas-tugas tertentu seperti melihat video yang ditanda bendera, melihat komen yang ditanda bendera dan memuat naik video)
Tersedia dalam 54 versi bahasa tersedia[3]
Dilancarkan Februari 14, 2005 (2005-02-14)
Status terkini Aktif
Ibu pejabat YouTube yang awal di San Mateo.
Sebuah Pemain Youtube

YouTube ialah laman web perkongsian video yang disukai ramai dan yang membenarkan penggunanya memuat naik, menonton, dan berkongsi klip video. Video-videonya boleh dinilai, dengan kedua-dua pemeringkatan purata serta kekerapan video itu ditonton dipaparkan.

Diasaskan pada Februari 2005 oleh tiga orang bekas pekerja PayPal, Youtube yang berpusat di San Bruno mempergunakan teknologi Adobe Flash untuk memaparkan video. Jenis kandungan laman web ini amat meluas dan merangkumi klip-klip filem, rancangan televisyen, dan video muzik, serta kandungan amatur seperti videoblog dan video ringkas yang asli. Syarikat ini yang kini menggaji 57 orang pekerja [4] dinobatkan "Rekaan Terbaik untuk Tahun 2006" oleh majalah TIME. [5] Pada Oktober 2006, Syarikat Google Inc. mengumumkan bahawa ia telah mencapai persetujuan untuk memperoleh YouTube pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham Google. Urus niaga tersebut selesai pada 13 November 2006.[6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo lama

YouTube diasaskan bersama-sama oleh Chad Hurley, Steve Chen, dan Jawed Karim yang kesemuanya merupakan pekerja perintis PayPal. [7] Sebelum PayPal, Hurley belajar reka bentuk di Universiti Indiana Pennsylvania, manakala Chen dan Karim belajar sains komputer bersama-sama di Universiti Illinois di Urbana-Champaign.[8] Nama domain "YouTube.com" diaktifkan pada 15 Februari 2005, [9] dan laman web dibangun pada bulan-bulan yang berikut. Pencipta-penciptanya memberikan orang ramai sebuah pratonton tentang laman web mereka pada Mei 2005 dan enam bulan kemudian, YouTube muncul buat pertama kali secara rasmi.

Serupa dengan banyak syarikat teknologi yang baru, YouTube bermula sebagai sebuah usaha dibiayai malaikat di sebuah pejabat yang kecil dan murah. Pada November 2005, Sequoia Capital, syarikat modal usaha niaga, melabur AS$3.5 juta; [10] selain itu, Roelof Botha, pekongsi syarikat serta bekas Ketua Pegawai Kewangan PayPal, menyertai lembaga pengarah YouTube. Pada April 2006, Sequoia melabur lagi AS$8 juta dalam syarikat itu yang telah mengalami kepopularan dan pertumbuhan yang pesat dalam hanya beberapa bulan pertama kewujudannya. [11]

Pada musim panas 2006, YouTube menjadi salah satu laman web yang paling pesat pertumbuhannya dalam Jaringan Sejagat, [12] dan ditempatkan oleh Alexa sebagai laman web yang kelima terpopular, iaitu jauh mengatasi juga pertumbuhan laman web MySpace.[13] Menurut sebuah tinjauan pada 16 Julai 2006, 100 juta klip ditonton di YouTube pada setiap hari, dengan sebanyak 65,000 video baru dimuat naik setiap 24 jam. Menurut Nielsen/NetRatings, Youtube dikunjungi oleh hampir 20 juta pengguna setiap bulan, [14] dengan sekitar 44% penontonnya merupakan wanita, dan 56% lelaki. Kumpulan yang berumur antara 12 hingga 17 tahun merupakan penontonnya yang terutama. [15] Keunggulan Youtube dalam pasaran video dalam talian adalah amat mengejutkan. Menurut laman web Hitwise.com, YouTube menguasai 64% daripada pasaran video dalam talian di United Kingdom.[16]

Pada 9 Oktober 2006, Youtube mengumumkan bahawa ia akan diperoleh oleh Google pada harga AS$1.65 bilion dalam bentuk saham. Perjanjian pembelian antara Google dan YouTube datang selepas YouTube memeterai tiga buah perjanjian dengan syarikat-syarikat media dalam satu percubaan untuk mengelakkan tuntutan-tuntutan mahkamah terhadap pelanggaran hak cipta. YouTube akan terus beroperasi secara bebas, dan kesemua pekerja syarikat serta pengasas-pengasas bersamanya akan terus bekerja di dalam syarikat. [17] Urus niaga untuk memperoleh YouTube selesai pada 13 November, dan merupakan pembelian Google yang terbesar setakat ini. [18]

Pada November 2008, YouTube mencapai persetujuan dengan MGM, Lions Gate Entertainment dan CBS yang membolehkan ketiga-tiga syarikat tersebut memuatkan filem-filem dan rancangan televisyen sepenuhnya di laman YouTube, asalkan disertakan iklan, sebagai langkah menyaingi laman-laman video lain seperti Hulu, yang memaparkan bahan-bahan terbitan NBC, Fox, dan Disney.[19][20]

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Perbandingan video YouTube bermutu biasa, tinggi, dan HD, dengan format asalnya.

Format video[sunting | sunting sumber]

Teknologi pemain video YouTube berasaskan Adobe Flash Player yang membolehkan laman ini memaparkan video yang setanding mutunya dengan teknologi-teknologi video sedia ada (seperti Windows Media Player, QuickTime, dan RealPlayer) yang biasanya memerlukan pengguna memasang pemalam pelayar web untuk menonton videonya.[21] Pemalam juga diperlukan untuk menonton video Flash, tetapi hasil kaji selidik Adobe Systems mendapati pemalam Flash sudah dipasang dalam 95% komputer peribadi.[22]

Video-video yang dimuat naik ke YouTube oleh pemegang akaun biasa terhad kepada 15 minit panjangnya. Ketika YouTube dilancarkan pada tahun 2005, video lebih lama boleh dimuat naik, tetapi had 10 minit dikenakan pada Mac 2006 setelah pihak YouTube mendapati kebanyakan video yang menjangkaui kepanjangan ini berbentuk cetak rompak filem dan televisyen.[23][24] Akaun rakan (partner) dibenarkan memuat naik video melebihi 10 minit asalkan diizinkan oleh YouTube.[25] Had sepuluh minit dinaikkan kepada lima belas minit pada Julai 2010.[26] Partner accounts are permitted to upload longer videos, subject to acceptance by YouTube.[27] Saiz fail terhad pada 2 GB untuk muat naik dari laman web YouTube, dan 20 GB dari penggunaan Advanced Uploader yang berasaskan Java.

YouTube menerima muat naik video dalam kebanyakan format, termasuk .WMV, .AVI, .MKV, .MOV, MPEG, .MP4, DivX, .FLV, dan .OGG. YouTube juga menyokong 3GP, maka membolehkan video dimuat naik terus dari telefon bimbit.[28]

Mutu video[sunting | sunting sumber]

Pada mulanya, YouTube hanya menyiarkan video dalam satu format, tetapi kini terdapat dalam tiga format di samping juga format "mobil" untuk tontonan pada telefon bimbit. Format asalnya, iaitu mutu "biasa", memaparkan video berleraian 320x240 piksel dengan kodek Sorenson Spark dan audio MP3 mono.[29] Beginilah kebiasaan dalam penstriman video ketika YouTube dilancarkan dahulu.

Video "bermutu tinggi" yang diperkenalkan pada Mac 2008, dipaparkan pada leraian 864x480 piksel dengan bunyi AAC stereo.[30] Format ini banyak menunjukkan peningkatan berbanding mutu biasa. Pada November 2008, sokongan HD 720p diperkenalkan.[31] Pada masa yang sama, pemain YouTube diluaskan nisbah aspeknya dari 4:3 kepada skrin lebar 16:9. Video 720p berleraian 1280x720 piksel dan dikodkan dengan kodek video H.264 dengan audio stereo AAC. Pada November 2009, sokongan HD 1080p diperkenalkan pula[32], pada leraian 1920x1080 piksel.

Video 3D[sunting | sunting sumber]

Dalam video yang dimuat naik pada 21 Julai 2009,[33] jurutera perisian YouTube Peter Bradshaw mengumumkan bahawa para pengguna YouTube boleh memuat naik video 3D. Video 3D ini boleh ditonton seperti video biasa, atau merasai kesan 3D dengan memakai cermin mata khas.[34][35][36]

Kesan sosial[sunting | sunting sumber]

Sebelum YouTube dilancarkan pada 2005, terdapat sebilangan kecil kaedah mudah yang membolehkan pengguna biasa memuatkan video dalam Internet. Dengan antara mukanya yang serba ringkas, YouTube membolehkan sesiapa yang bersambungan Internet memuatkan video untuk dicapai oleh penonton seluruh dunia dalam masa beberapa minit. Berbagai-bagai topik yang diliputi oleh YouTube telah menerapkan kepentingan perkongsian video dalam budaya Internet.

Salah satu contoh awal kesan sosial dari YouTube merupakan populariti video Bus Uncle pada tahun 2006 yang merakam pergaduhan antara seorang belia dan seorang warga emas dalam sebuah bas di Hong Kong, hinggakan diberi perbincangan hangat dalam media arus perdana.[37] Salah satu video YouTube yang disambut hebat ialah akaun guitar,[38] yang menampilkan persembahan lagu Pachelbel's Canon yang dimainkan dengan dengan gitar elektrik. Nama pemainnya tidak didedahkan dalam video itu, tetapi selepas ditonton berjuta-juta kali, akhbar The New York Times mendedahkan identiti pemain gituar tersebut sebagai Jeong-Hyun Lim, rakyat Korea Selatan berusia 23 tahun yang merakam lagu tersebut di bilik tidurnya.[39]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Lextrait, Vincent (July 2010). "YouTube runs on Python". Diarkibkan daripada asal pada 2012-05-30. Diperolehi pada 5 September 2010. 
  2. "Youtube.com Site Info". Alexa Internet. Diperolehi pada 2012-08-02. 
  3. "YouTube language versions". Diperolehi pada January 15, 2012. 
  4. "YouTube Menggaji CFO Yang Pertama: Bendahari Yahoo". 2 September 2006. Diperolehi pada 2006-09-09. 
  5. "Rekaan Terbaik 2006 TIME". 7 November 2006. Diperolehi pada 2006-11-07. 
  6. "Google selesai urus niaga YouTube $A2b", Reuters, 14 November 2006.
  7. Graham, Jefferson (2005-11-21). "Laman-laman web video muncul dan menjemput pemuatan naik". USA Today (dalam bahasa bahasa Inggeris). Gannett Co. Inc. Diperolehi pada 2006-07-28. 
  8. Pusat Pengajian Sains Komputer, Universiti Illinois (2006). "YouTube: Berkongsi Video-video Kamera Digital"
  9. "Maklumat tentang YouTube.com". Alexa.com (dalam bahasa bahasa Inggeris). Amazon.com. 2006-07-26. Diperolehi pada 2006-07-26. 
  10. Woolley, Scott (2006-03-13). ʝ "Mentah dan Rawak". Forbes.com (dalam bahasa bahasa Inggeris) (Forbes). Diperolehi pada 2006-07-28. 
  11. Sequoia melabur sebanyak AS$11.5 juta pada jumlahnya dalam YouTube, dicapai pada 7 Julai 2006
  12. "YouTube ialah Laman Web Yang Paling Pesat Pertumbuhannya". Zaman Pengiklanan
  13. "Maklumat tentang YouTube.com". Alexa.com (dalam bahasa bahasa Inggeris). Amazon.com. 2006-07-26. Diperolehi pada 2006-07-26. 
  14. "YouTube melayani sehingga 100 juta video setiap hari dalam talian". USA Today (dalam bahasa bahasa Inggeris) (Gannett Co. Inc.). 2006-07-16. Diperolehi pada 2006-07-28. 
  15. "Lalu lintas laman web YouTube bertumbuh sebanyak 17 peratus setiap minggu, menurut Nielsen//Netratings" (Siaran Akhbar). Netratings, Inc. (dalam bahasa bahasa Inggeris). Nielsen Media Research. 2006-07-21. Diperolehi pada 2006-09-12. 
  16. "Google membayar harga untuk menguasai zeitgeist video dalam talian". www.Eurekastreet.com.au (dalam bahasa bahasa Inggeris) (Komunikasi Jesuit.). 2006-10-17. Diperolehi pada 2006-10-18. 
  17. "Google akan membeli YouTube pada hari AS$1.65 bilion". 9 Oktober 2006. Diperolehi pada 2006-10-09. 
  18. Google selesai urus niaga YouTube AS$2 bilion
  19. Brad Stone and Brooks Barnes. "MGM to Post Full Films on YouTube". The New York Times. Diperolehi pada 2008-11-29. 
  20. Staci D. Kramer (2009-04-30). "It's Official: Disney Joins News Corp., NBCU In Hulu; Deal Includes Some Cable Nets". paidContent.org. Diperolehi pada 2009-04-30.  Unknown parameter |dateformat= ignored (bantuan)
  21. Atwood, Jeff. "Did YouTube Cut the Gordian Knot of Video Codecs?". Coding Horror. Diperolehi pada 2008-12-04. 
  22. "Adobe Flash Player Version Penetration". Adobe Systems. Diperolehi pada 2008-12-04. 
  23. Fisher, Ken. "YouTube caps video lengths to reduce infringement". Ars Technica. Diperolehi pada 2008-12-04. 
  24. "Account Types: Longer videos". YouTube. Diperolehi pada 2008-12-04. 
  25. "How do I upload a video longer than ten minutes?". YouTube. Diperolehi pada 200-08-21. 
  26. Lowensohn, Josh (July 29, 2010). "YouTube bumps video limit to 15 minutes". CNET. Diperolehi pada 29 Julai 2010. 
  27. "How do I upload a video longer than ten minutes?". YouTube. Diperolehi pada 200-08-21. 
  28. "Video Formats: File formats". YouTube. Diperolehi pada 2008-12-04. 
  29. "Market Deamnd for Sorenson Media's Sorenson Spark Video Decoder Expands Sharply". Sorenson Media. 2009-06-02. Diperolehi pada 2009-07-31. 
  30. "YouTube Blog - YouTube Videos in High Quality". YouTube. 2008-03-24. Diperolehi pada 2009-04-04. 
  31. "Bigger Isn't Always Better... But in This Case, We Believe It Is". YouTube Blog. YouTube. 2008-11-25. Diperolehi pada 2009-04-04. 
  32. "http://youtube-global.blogspot.com/2009/11/1080p-hd-comes-to-youtube.html". Nov. 12, 2009. Diperolehi pada Nov. 12, 2009. 
  33. "YouTube in 3D". YouTube. 2009-07-21.  Unknown parameter |http://www.youtube.com/watch?v= ignored (bantuan);
  34. Marquit, Miranda (2009-07-23). "YouTube in 3D?". Physorg. Diperolehi pada 2009-08-03. 
  35. Dsouza, Keith (2009-07-20). "YouTube 3D Videos". Techie Buzz. Diperolehi pada 2009-08-03. 
  36. Sobti, Kshitij (2009-07-21). "YouTube adds a dimension, 3D goggles not included". thinkdigit. Diperolehi pada 2009-08-03. 
  37. Bray, Marianne. "Irate HK man unlikely Web hero". CNN. Diperolehi pada 2008-05-28. 
  38. "guitar". YouTube. 2005-12-20. Diperolehi pada 2009-08-03. 
  39. Heffernand, Virginia (2006-08-27). "Web Guitar Wizard Revealed at Last". The New York Times. Diperolehi pada 2007-07-02. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikinews-logo.svg
Wikinews mempunyai berita berkaitan dengan: