Alat kawalan jauh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Alat kawalan jauh TV.
Beraneka alat kawalan jauh.

Alat kawalan jauh (remote control) ialah komponen peranti elektronik yang digunakan untuk mengendali peranti berkenaan tanpa wayar dari jarak garis nampak yang dekat.

Biasanya, alat kawalan jauh merupakan peranti inframerah pengguna yang digunakan untuk mengeluarkan perintah dari suatu jarak ke perkakas elektronik pengguna seperti televisyen, sistem stereo, pemain DVD dan dimmers. Alat kawalan jauh sedemikian biasanya berbentuk objek kecil pegangan tangan tanpa wayar yang bertatasusunkan butang-butang pelbagai fungsi untuk menyelaras peranti seperti menukar saluran televisyen, nombor runut, dan kekuatan bunyi. Pada hakikatnya, bagi kebanyakan perkakas moden yang dilengkapi alat kawalan jauh, alat kawalan jauhlah yang mengandungi segala kawalan fungsi sementara perkakas utamanya cuma dilengkapo beberapa kawalan fungsi utama. Kebanyakan alat ini menghubungi perkakas masing-masing dengan isyarat inframerah atau radio. Isyarat inframerah TV boleh dimimik oleh sebuah alat kawalan jauh sejagat yang mampu meniru fungsi-fungsi alat kawalan jauh bagi kebanyakan jenama TV utama.

Alat kawalan jauh biasanya dikuasakan oleh bateri bersaiz AAA atau AA.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]