Penala

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Penala ialah modul litar atau kelengkapan bebas yang mengesan isyarat elektrik lalu menukarkannya menjadi bentuk yang sesuai untuk pemprosesan selanjutnya.

Sebuah penala ringkas terdiri daripada sebuah litar yang mengandungi seutas gegelung dan sebuah kapasitor yang disambungkan secara selari. Ini menghasilkan litar LC yang memaklum balas arus ulang-alik sesebuah frekuensi.

Penala radio[sunting | sunting sumber]

Penala radio menerima siaran radio dan menukarkannya kepada isyarat frekuensi audio yang boleh disuapkanke dalam amplifier yang memacu pembesar suara. Penala FM, penala AM, penala DAB dsb. merupakan antara jenis-jenis penala radio yang digunakan untuk memproses kaedah-kaedah modulasi yang berlainan.

Penala televisyen[sunting | sunting sumber]

Penala televisyen menukarkan pancaran televisyen RF menjadi isyarat audio dan video yang boleh diproseskan lagi untuk menghasilkan bunyi dan gambar. Piawaian televisyen yang berbeza memerlukan penala yang berbeza seperti penala PAL, NTSC, ATSC, SECAM, DVB-C, DVB-T, ISDB, T-DMB, kabel terbuka.

Penala TV VHF/UHF jarang didapati sebagai komponen berasingan. Namun begitu, kotak atas set berfungsi sebagai penala berasingan yang mempunyai output saluran 3/4 untuk berfungsi sebagai pelagak bagi peti TV yang tidak disediakan penala kabel atau satelit, dan selalunya bercirikan output video komposit, S-video, atau video komponen untuk kegunaan monitor video yang tiada fungsi penala TV. Penala TV biasanya digunakan bersama monitor video, VCR, atau PVR.

Penala TV juga dipasang dalam kad tambah komputer PCI (atau dalam peranti USB, ataupun dijadikan sebahagian kad video), bersama dengan DSP, membolehkan komputer peribadi untuk memaparkan atau merakam saluran televisyen. Sebilangan model penala terawal merupakan penala mandiri yang direka untuk menyampaikan gambar TV melalui penyambung VGA. Ini membolehkan pengguna menonton televisyen pada paparan kompuer, tetapi sudah tentu tidak membenarkan rakaman dalam PC.