Albireo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Albireo (β Cyg / β Cygni / Beta Cygni) adalah bintang yang ketiga paling terang di buruj Cygnus. Walaupun ia mempunyai gelaran Bayer (Bayer designation) "beta", ini sebenarnya lebih sayup daripada Gamma Cygni.

Hal ini, Cygnus adalah "angsa" (the swan), dan Albireo terletak di atas angsa, dan kadangkala dipanggil "bintang paruh" (beak star). Albireo juga membentuk "Palang Utara" (Northern Cross) bersama dengan Deneb (di langit), Delta Cygni dan Epsilon Cygni.

Dua komponen bintang Albireo mudah dilihat(dibezakan), walaupun dengan menggunakan teleskop kecil.

Nama bintang ini, berasal daripada hasil salah faham dan kesilapan penterjemahan. Nama bintang ini pada asalnya adalah Minqār al Dajājah, "paruh ayam betina", (the hen's beak) iaitu daripada teks Arab. Sarjana-sarjana latin tersalah faham bahawa nama bintang ini telah datang dari nama sejenis herba, dan menterjemahkannya kepada ab ireo ("daripada ireus"). Kemudian, orang menganggap bahawa ab ireo merupakan kesilapan salah cetak daripada istilah Bahasa Arab, maka, mereka menyalin ab ireo sebagai al-bireo.

Albireo terletak 385 tahun cahaya jauh dari bumi. Dengan mata kasar, Albireo kelihatan seperti bintang solo. Walau bagaimanapun, bila dilihat dengan teleskop, Albireo kelihatan seperti bintang ganda dua (double star), terdapat satu warna kuning (magnitud jelas 3.1), warna biru yang lain (magnitud jelas 5.1). Kedua-dua bintang ini dipisahkan dengan 34 saat arka, kedua-dua komponen (bintang) itu telah memberi bintang berpasang yang berkontras terbaik di langit (angkasa) disebabkan oleh perbeza warnanya.

Bintang-bintang itu dianggap sebagai kembar optik, dan tidak beredar mengelilingi satu punca tertentu sebagai sistem bintang dedua yang benar. Walau bagaimanapun, meskipun dengan jarak yang besar antara bintang-bintang (kembar optik) itu, bintang-bintang ini telah menunjukkan bahawa bintang-bintang ini merupakan satu sistem perduaan yang benar.

Bintang yang lebih cerah itu, daripada kelompok kuning daripada pasangan bintang itu, iaitu Beta Cygni A, merupakan bintang dedua yang dekat.

Albireo sebagai bintang ganda tiga[sunting | sunting sumber]

Komponen A yang lebih cerah daripada pasangan yang lebar merupakan bintang dedua apabila diperhatikan menggunakan teleskop besar dan teknik-teknik pemprosesan imej (bintik interferometri atau speckle interferometry) dalam tahun 1976. Lebih kurang 50 ukuran telah diambil sejak bintang itu berada pada sudut positif yang bertukaran antara dua bintang tersebut pada 50 darjah, yang belum lagi mencukupi untuk menunjukan kesahihan orbit. Jarak sekitar 0.4 arka saat mencacah rapat kepada batasan pemerhatian visual yang melalui instrumen sekurang-kurangnya 20" saiz dibawah keadaan yang sempurna yang jarang(tidak lazim) dapat diperhatikan.

External links[sunting | sunting sumber]