Teleskop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Teleskop terbias 50 sm di Balai cerap Nice.

Perkataan teleskop (daripada bahasa Greek tele = 'jauh' dan skopein = 'mencari atau melihat'; teleskopos = 'berpandangan jauh') biasanya merujuk kepada teleskop optik, tetapi selain itu terdapat juga teleskop yang digunakan untuk kebanyakan spektrum sinaran elektromagnet dan untuk isyarat jenis lain.

Teleskop terdiri daripada 2 kanta iaitu kanta objektif dan kanta mata. Kanta objektif menumpukan sinar cahaya yang jauh lalu membentuk imej yang nyata, songsang dan mengecil di titik fokus kanta mata manakala kanta mata membesarkan imej kanta objektif itu.

Ciri imej terakhir ialah infiniti, maya, songsang dan lebih besar dari objek.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sekumpulan Teleskop Newtonian di Balai cerap Perkins, Delaware, Ohio
Rencana utama: Sejarah teleskop

Teleskop pertama mungkin merupakan kanta hablur masyarakat Assyria, [1] tetapi kanta Visby membayangkan bahawa teknologi tersebut telah diketahui oleh orang Arab dan Parsi. Leonard Digges kadangkala dianggap sebagai pencipta bersama pencipta Inggeris pada dekad 1570-an, tetapi penghargaan untuk kumpulan teleskop pertama umumnya diberikan kepada pembuat kaca mata Belanda yang tidak dikenali pada kira-kira tahun 1608. Sesetengah menamakan Hans Lippershey (kk. 1570 – kk. 1619) sebagai orang tersebut, tetapi Jacob Metius dan Zacharias Jansen juga mendakwa bahawa mereka juga mencipta teleskop pada waktu yang sama. Walaupun Lippershey tidak mencipta teleskop yang pertama, beliau jelas menciptanya. Galileo Galilei mencipta teleskopnya pada tahun 1609 dan memanggilnya "perspicillum," tetapi kemudian menggunakan istilah "telescopium" dalam bahasa Latin dan "telescopio" dalam bahasa Itali (perkataan yang istilah Inggeris diterbitkan).

Galileo umumnya diberikan penghargaan sebagai orang pertama untuk menggunakan teleskop bagi tujuan-tujuan astronomi. Teleskopnya terdiri daripada sebuah kanca objek kembung dan sebuah kanca mata cekung (digunakan sebagai pemidang tilik untuk banyak kamera mudah, dan umumnya dipanggil "teleskop Galileo"). Kemudian, Johannes Kepler menghuraikan optik kanca (sila lihat buku-bukunya, Astronomiae Pars Optica dan Dioptrice), termasuk sejenis teleskop astronomi yang baru yang mengandungi dua kanca kembung (prinsip yang sering dipanggil teleskop Kepler). Tatasusunan Interferometer optik dan tatasusunan teleskop radio dikembangkan jauh lebih terkini.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Laman web BBC

Pautan luar[sunting | sunting sumber]