Bahasa Latin
| Bahasa Latin | |
|---|---|
| lingua latina | |
| asli ke | Kota Vatican |
| pupus | Latin Lewat diperkembangkan ke dalam pelbagai bahasa Romawi pada abad ke-9 |
| keluarga bahasa |
Bahasa Indo-Eropah
|
| status rasmi | |
| Bahasa rasmi dalam | Kota Vatican Digunakan untuk tujuan rasmi, tetapi tidak dituturkan dalam pertuturan harian |
| bahasa kod | |
| ISO 639-1 | la |
| ISO 639-2 | lat |
Bahasa Latin ialah bahasa kuno yang jarang sekali digunakan dalam zaman moden ini kecuali sebagai bahasa pegawai-pegawai rasmi di Kota Vatican, iaitu sebuah negara terkecil di dunia. Namun demikian, oleh sebab pengaruh kerajaan Rom yang kuat pada zaman dahulu, bahasa ini mempunyai kesan yang mendalam di Eropah dan unsur-unsurnya masih boleh didapati dalam bahasa moden seperti bahasa Inggeris dan bahasa Perancis.
Isi kandungan |
Sejarah [sunting]
Bahasa Latin adalah bahasa Italik yang berasal dari Latium, sebuah daerah di Itali sekeliling kota Rom. Bahasa ini menjadi penting kerana munculnya kerajaan Rom di mana bahasa Latin telah dinobatkan sebagai bahasa rasminya. Pada puncak kejayaan kerajaan ini, bahasa Latin dituturkan sejauh pulau Britain di barat laut sampai Palestin di hujung tenggara Eropah.
Setelah runtuhnya kerajaan Rom, sekitar akhir abad ke 5, bahasa Latin tidak turut runtuh malah terus berkembang dengan pesatnya. Bahasa ini dipakai sebagai bahasa lingua franca, bahasa liturgis gereja dan bahasa ilmu pengetahuan, bahkan juga di daerah-daerah yang tidak pernah ditaklukkan kerajaan Romawi.
Ciri-ciri [sunting]
Kasus merupakan ciri utama bahasa Latin dan dalam bahasa ini, terdapatnya enam kasus:
Selain itu, terdapat juga kasus lokatif dalam beberapa kekecualian.
Bahasa Romawi [sunting]
Bahasa Latin rakyat (Vulgata) yang dituturkan oleh antara lain bala tentara Rom menjadi bahasa pengantar di seluruh daerah kerajaan. Di beberapa tempat, bahasa ini bahkan menggantikan bahasa setempat. Bahasa-bahasa turunan dari bahasa Latin ini disebut bahasa Romawi, tetapi bahasa Latin sendiri bukanlah bahasa Roman. Bahasa Latin termasuk rumpun bahasa-bahasa Italik.
Abjad Latin [sunting]
Bahasa Latin ditulis dengan abjad Latin yang menjadi bentuk tulisan yang paling banyak dipakai di dunia. Lihat Abjad Latin untuk keterangan lebih lanjut.