Anak kerak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Anak kerak ialah sejenis hantu yang hampir sama dengan Toyol, tetapi mempunyai asal yang lebih spesifik dan keupayaan yang lebih.

Asal[sunting | sunting sumber]

Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.[1]

Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.[2][3]

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]