Janin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Janin atau fetus ialah mamalia atau vertebrata viviparus (melahirkan anak tanpa bertelur) yang berkembang selepas peringkat embrio dan sebelum kelahiran.

Bagi manusia, peringkat janin dalam perkembangan pranatal bermula pada awal minggu ke-11 dalam umur gestasi, iaitu minggu ke-9 selepas pensenyawaan.[1] [2]

Perkembangan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Perkembangan pranatal

9 minggu gestasi: keadaan pada awal peringkat janin[sunting | sunting sumber]

Penggambaran janin oleh pelukis, 11 minggu selepas pensenyawaan. Panjangnya dari kepala ke pinggul ialah 1.25 inci.[3]

Peringkat janin bermula pada permulaan minggu ke-9.[1] Pada permulaan peringkat janin, janin biasanya berukuran kira-kira 30 mm (1.2 inci) dari mercu kepala ke pinggul, dan beratnya kira-kira 8 gram.[1] Kepalanya mengambil hampir separuh saiz janin.[4] Pergerakan janin seakan-akan bernafas adalah perlu untuk merangsang perkembangan paru-paru, bukannya menerima oksigen.[5]Jantung, tangan, kaki, otak dan organ-organ lain sudah tumbuh, tetapi baru mula berkembang dan fungsinya di tahap minimum.[6][7]

Janin tidak boleh merasa kesakitan pada awal peringkat fetus, sehingga trimester ketiga.[8] Ketika ini dalam perkembangan, janin bergerak-geri dan menggerenyet kerana otot-otot, otak dan laluan saraf mula berkembang.[9]

16 hingga 25 minggu selepas pensenyawaan[sunting | sunting sumber]

Wanita yang hamil buat kali pertama biasanya merasai pergerakan pergerakan janin dalam masa selepas 21 minggu, manakala wanita yang pernah beranak sekurang-kurangnya dua kali biasanya merasainya selepas 20 minggu.[10] Pada akhir bulan kelima, janin berukuran kira-kira 20 cm (8 inci).

26 hingga 40 minggu gestasi[sunting | sunting sumber]

Penggambaran janin oleh pelukis, 40 minggu selepas pensenyawaan, kira-kira 20 inci (51 cm) dari kepala ke jari kaki.

Jumlah lemak dalam badan janin bertambah dengan mendadak. Paru-paru belum matang sepenuhnya. Terbentuknya sambungan talamus dalam otak yang menyalurkan input deria. Tulang berkembang sepenuhnya, tetapi masih lembut dan mudah lentur. Zat-zat besi, kalsium, dan fosforus semakin kaya. Kuku jari mencapai hujung jari. Lanugo (bulu halus yang menutupi tubuh fetus manusia pada bulan keempat kandungan) mula pudar sehingga sirna kecuali di bahagian atas lengan dan bahu. Tunas buah dada kecil tumbuh pada kedua-dua jantina. Rambut kepala menjadi kasar dan lebih tebal. Hari lahir semakin dekat, berlaku sekitar minggu ke-40. Janin ini dianggap cukup bulan pada minggu-minggu ke-35 hingga 40,[11] iaitu janin itu cukup berkembang untuk hidup di luar uterus.[12] Panjangnya sekitar 48 hingga 53 cm (19 hingga 21 inci) apabila lahir. Kawalan gerak badan bayi adalah terhad ketika lahir, dan pergerakan voluntari terus berkembang dalam pembesaran sehingga baligh.[13][14]

Variasi pertumbuhan[sunting | sunting sumber]

Kadar pertumbuhan banyak bezanya antara janin-janin di dunia. Keadaan saiz janin kurang daripada yang dijangka dikenali sebagai sekatan pertumbuhan dalam kandungan (intrauterine growth restriction, IUGR) atau sekatan pertumbuhan janin (fetal growth restriction, FGR); faktor-faktor yang menjejaskan pertumbuhan janin mungkin berpunca dari ibu, urinya atau janin itu sendiri.[15]

Faktor-faktor ibu termasuk berat badan, indeks jisim badan, pemakanan, tekanan emosi, pendedahan kepada toksin (termasuk tembakau, alkohol, heroin, dan bermacam-macam jenis darah yang boleh membahayakan janin), dan aliran darah dalam uterus ibu.

Faktor-faktor uri termasuk saiz, mikrostruktur (kepadatan dan bentuk badan), aliran darah tali pusat, pengangkut dan protein penambat, penggunaan nutrien dan penghasilan nutrien.

Faktor-faktor janin termasuk genom janin, penghasilan nutrien, dan keluaran hormon. Selain itu, janin perempuan selalunya kurang berat berbanding janin lelaki ketika cukup bulan.[15]

Perkembangan janin sering digolongkan seperti berikut:

  • kecil untuk umur gestasi (small for gestational age, SGA)
  • sesuai dengan umur gestasi (appropriate for gestational age, AGA)
  • besar untuk umur gestasi (large for gestational age, LGA).[16] Keadaan SGA boleh menyebabkan berat lahir rendah, begitu juga dengan kelahiran pramatang. Berat badan rendah meningkatkan risiko mortaliti perinatal (kematian sejurus selepas lahir), asfiksia, hipotermia, polisitemia, hipokalsemia, disfungsi imun, keabnormalan neurologi, dan bermacam-macam lagi masalah kesihatan jangka panjang. SGA mungkin dikaitkan dengan sekatan atau kebantutan pertumbuhan.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Klossner, N. Jayne Introductory Maternity Nursing (2005): "The fetal stage is from the beginning of the 9th week after fertilization and continues until birth"
  2. The American Pregnancy Association
  3. Marc H. Bornstein, Michael E. Lamb. Developmental Science: An Advanced Textbook, page 227 (2005): “At 8 weeks, fetuses measure 3.18 cm from crown to rump (1.25 inches).”
  4. MedlinePlus
  5. Institute of Medicine of the National Academies, Preterm Birth: Causes, Consequences, and Prevention (2006), ms. 317. Diterima pada 2008-03-12
  6. The Columbia Encyclopedia (Sixth Edition). Retrieved 2007-03-05.
  7. Greenfield, Marjorie. “Dr. Spock.com". Diterima 2007-01-20.
  8. Lee, Susan; Ralston, HJ; Drey, EA; Partridge, JC; Rosen, MA (August 24/31, 2005). "Fetal Pain A Systematic Multidisciplinary Review of the Evidence". The Journal of the American Medical Association (the American Medical Association) 294 (8): 947. doi:10.1001/jama.294.8.947. PMID 16118385. http://jama.ama-assn.org/cgi/content/full/294/8/947. Capaian 2008-02-14.  (see Fetal Pain section)
  9. Prechtl, Heinz. "Prenatal and Early Postnatal Development of Human Motor Behavior" in Handbook of brain and behaviour in human development, Kalverboer and Gramsbergen eds., pp. 415-418 (2001 Kluwer Academic Publishers): "The first movements to occur are sideward bendings of the head....At 9-10 weeks postmestrual age complex and generalized movements occur. These are the so-called general movements (Prechtl et al., 1979) and the startles. Both include the whole body, but the general movements are slower and have a complex sequence of involved body parts, while the startle is a quick, phasic movement of all limbs and trunk and neck."
  10. Levene, Malcolm et al. Essentials of Neonatal Medicine (Blackwell 2000), p. 8. Retrieved 2007-03-04.
  11. Your Pregnancy: 36 Weeks BabyCenter.com Retrieved June 1, 2007.
  12. "full-term" defined by Memidex/WordNet.
  13. Stanley, Fiona et al. "Cerebral Palsies: Epidemiology and Causal Pathways", ms. 48 (2000 Cambridge University Press): "Motor competance at birth is limited in the human neonate. The voluntary control of movement develops and matures during a prolonged period up to puberty...."
  14. Becher, Julie-Claire. "Insights into Early Fetal Development", Behind the Medical Headlines (Royal College of Physicians of Edinburgh and Royal College of Physicians and Surgeons of Glasgow October 2004)
  15. 15.0 15.1 Holden, Chris and MacDonald, Anita. Nutrition and Child Health (Elsevier 2000). Retrieved 2007-03-04.
  16. Queenan, John. Management of High-Risk Pregnancy (Blackwell 1999). Diterima pada 2007-03-04.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Embrio
Peringkat perkembangan manusia
Janin
Diikuti oleh:
Bayi

Templat:Embryology