Andrei Kravchuk

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Andrei Kravchuk (lahir13 April, 1962 di Saint Petersburg) merupakan pengarah filem dan TV Rusia yang dikenali menerusi filem The Italian.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kravchuk hampir menghabiskan tesis sarjana dalam matematik apabile bertemu dengan Aleksei German dan Vladimir Vengerov. German menawarkannya kerja sebagai penolong kepada pengarah Yefim Gribov untuk We Are Going to America pada 1992.[1][2] Pada akhir pengambaran,Kravchuk memutuskan untuk meninggalkan pelajarannya dalam matematik dan menjadi pembikin filem. Beliau memasuki St. Petersburg Institute of Cinema and Television.[2][1] Selepas tamat, beliau bekerja bersama TV Rusia.[1] Antara 1992 dan 2001, beliau menulis dan mengarah: Indonesiia – lubov’ moya (Indonesia, My Love), Otbleski i Teni (Reflections and Shadows), Vecher i Utro (Evening and Morning) dan Rozhdestvenskaya Misteriya (The Christmas Miracle); dokumentari Deti v Strane Reform (Children in the Country of Reforms), Tamozhnya (Customs) dan Marlen Shpindler; dan episod TV siri Ulitsa razbitykh fonarei (Streets of Broken Streetlights) dan sirimini Agent Natsional’noi Bezopasnosti (Agent of National Security). Pada 2002, beliau mengarahkan filem Chernyi Voron (Black Raven) dan dokumentari Semyon Aranovich: Poslednii Kadr (Semyon Aranovich: The Final Shot),[1] khas untuk pembikin filem bernama Semyon Aranovich.[2]

Ketika kejatuhan ekonomi Rusia pada tahun 1999, ramai kanak-kanak duduk merempat di jalanan. Penulis skrip, Andrei Romanov menyakinkan Kravchuk dengan artikel surat khabar mengenai seorang anak yatim yang belajar membaca untuk mencari ibu kandungnya. [1][3] Mereka berdua berkolaborasi pada tahun 2000 menghasilkan, Italianetz (The Italian).[4][5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e Oleg Sulkin (2006). "The Italian (Italianetz)" (PDF). Sony Pictures Classics. Dicapai pada 2008-03-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  2. ^ a b c Elena Monastireva-Ansdell (14 January, 2006). "Where Motherland Begins: Andrei Kravchuk's The Italian". New Russian Cinema: KinoKultura. Dicapai pada 2008-03-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)
  3. ^ Oleg Sulkin (10 February, 2005). "Pust vsegda budet solntse" (dalam bahasa Russian). New Russian Cinema. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-19. Dicapai pada 2008-03-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ "Kravchuk, Andrei - The Italian". Urban Cinefile. 25 April, 2007. Dicapai pada 2008-03-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)[pautan mati kekal]
  5. ^ Paul Byrnes (26 April, 2007). "The Italian". The Sydney Morning Herald. Dicapai pada 2008-03-23. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]