13 April
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
| << | April 2012 | >> | ||||
| Ah | Is | Se | Ra | Kh | Ju | Sa |
| 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 |
| 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 |
| 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 |
| 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 |
| 29 | 30 | |||||
| MMXII | ||||||
13 April merupakan hari ke-103 (hari ke-104 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 262 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
[sunting] Peristiwa
- 1598 - Raja Henry IV dari Perancis (gambar) mengeluarkan Edik Nantes, memberikan kebebasan beragama kepada orang Huguenot.
- 1860 - Pony Express, perkhidmatan pos pertama merentasi benua Amerika Utara dari Sungai Missouri ke pantai Pasifik, berjaya membuat penghantaran pertama.
- 1943 - Perang Dunia Kedua: Jerman mengumumkan penemuan kubur ramai tawanan perang Poland yang dibunuh tentera Soviet dalam pembunuhan beramai-ramai Hutan Katyn.
- 1956 - Angkatan Tentera Kebangsaan Vietnam menawan Ba Cut, komander tentera taifah Hoa Hao yang berkuasa de facto di selatan Vietnam.
- 1984 - Angkatan Tentera India melancarkan serangan terlebih dahulu ke kawasan Glasier Siachen di Kashmir, mencetuskan konflik bersenjata dengan Pakistan.
- 1997 - Tiger Woods menjadi pemain golf termuda (21 tahun) memenangi Kejohanan Masters.
- 2010 - Pemimpin lebih 40 negara di Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear di Washington, D.C. bersetuju akan satu rancangan melawan keganasan nuklear.
- 2011 - Bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak dan dua anak lelakinya ditahan, dua bulan selepas meletak jawatan di tengah-tengah bantahan meluas.
|
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||