Ang Lee

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ang Lee

Ang Lee
Latar belakang
Berasal dari TaiwanChaojhou, Pingtung, Taiwan
Pekerjaan Pengarah filem
Tahun aktif Mula bergiat dalam filem pada 1992 - sekarang

Ang Lee(Bahasa Cina: 李安; pinyin: Lǐ Ān) dilahirkan pada 23 Oktober 1954 di Taiwan. Beliau merupakan seorang pengarah filem yang terkenal dan menjadi fokus media barat.

Ang Lee dilahirkan di pekan Chaojhou di Pingtung, suatu kawasan pertanian di Taiwan. Beliau telah dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan kesustrastaan Bahasa Cina. Ibu bapa Lee telah berhijrah dari China ke Taiwan pada tahun 1949, semasa Perang Candu. Nenek dan datuk Lee terbunuh semasa Revolusi China.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Bapa Lee, berasal dari Jiangxi, China menekankan kepentingan mempelajari budaya dan seni (terutamanya kaligrafi Cina) masyarakat Cina. Lee mendapat pendidikan awal di sekolah Tainan First Senior High School di mana ayahnya merupakan seorang bekas pengetua sekolah. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran ke National Arts School (sekarang dikenali sebagai National Taiwan University of Arts) dan menjadi graduan pada tahun 1975.

Ayahnya ingin Lee menjadi seorang profesor. Namun demikian, Lee hanya menunjukkan minat terhadap seni di kolej. Pada tahun 1979, Lee berhijrah ke Amerika Syarikat. Kemudian pada tahun 1980, Lee berjaya memasuki Sekolah Seni Tisch di Universiti New York.

Lee mengabggur selama beberapa tahun selepas menamatkan pengajiannya. Kehidupanya pada masa itu ditanggung sepenuhnya oleh isterinya. Lee menjadi suri rumah ketika itu.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Lee telah berkahwin kepada Jane Lin. Mereka mempunyai dua orang anak hasil daripada perkahwinan mereka iaitu Haan Lee (1984) dan Mason Lee (1990). Kini Lee sedang menetap di Wesrchester, New York dengan anak lelakinya Mason Lee.

Filem[sunting | sunting sumber]

Filem arahan Ang Lee[sunting | sunting sumber]

  • Laziness in a Saturday Afternoon
  • One Day of Ma-Chuan Chen
  • The Runner (1980)
  • Beat the Artist (1981)
  • I Love Chinese Food (1981)
  • Shades of the Lake(1982)
  • Fine Line (1984)
  • Pushing Hands (1992)
  • The Wedding Banquet (1993)
  • Eat Drink Man Woman (1994)
  • Sense and Sensibility (1995)
  • The Ice Storm (1997)
  • Ride with the Devil (1999)
  • Crouching Tiger, Hidden Dragon (2000)
  • The Hire (2000)
  • Hulk (2003)
  • Brokeback Mountain (2005)
  • Lust, Caution (2007)

Penulis skrip[sunting | sunting sumber]

  • Pushing Hands (1992)
  • The Wedding Banquet (1993)
  • Eat Drink Man Woman (1994)
  • Siao Yu (1995)

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • The Wedding Banquet (1993)
  • The Hulk (2003)

Penyunting[sunting | sunting sumber]

  • Pushing Hands (1992)
  • Eat Drink Man Woman (1994)

Produser[sunting | sunting sumber]

  • Crouching Tiger Hidden Dragon (2000)
  • Siao Yu (1995)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]