Anis Ayuni

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anis Ayuni
Kelahiran (1963-04-01) 1 April 1963 (umur 61)
PekerjaanPengarang

Anis Ayuni merupakan seorang pengarang di Malaysia.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Anis dilahirkan di Bentong, Pahang pada 1 April 1963. Mendapat pendidikan awal di tempat kelahirannya sehinggalah ke Tingkatan Enam di SMK Sulaiman, Bentong.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sains Sosial dari Universiti Malaya 1986 (Pengajian Asia Tenggara). Kemudian melanjutkan pelajaran dan memperolehi ijazah Sarjana dalam bidang Perancangan dan Pentadbiran Pendidikan dari Universiti Malaya (2004).

Kini beliau memegang jawatan sebagai Penyelia Petang di SMK Seri Saujana, Bandar Baru Seri Petaling, Kuala Lumpur.

Beliau pernah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca, Berita Harian-Popular 2008.

Karya novel[sunting | sunting sumber]

  • KEJORA DI LANGIT CINTA
  • CINTA YANG KURASA
  • SAAT KAU KATA CINTA
  • SUNGGUH AKU CINTA
  • SERIBU KALI SAYANG
  • BAYANGAN RINDU
  • KAU KEKASIHKU
  • GEMERSIK KALBU - 9831241541
  • MANISNYA CINTA - 9831241002
  • SUARA HATI - 9831241258
  • YANG TERINDAH [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Senarai Buku-buku Melayu". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-19. Dicapai pada 2009-06-26.