Bentong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 3°31′U 101°55′T / 3.517°U 101.917°T / 3.517; 101.917 Bentong merupakan salah satu daerah dalam Pahang. Daerah ini merangkumi kawasan seluas 1,831 km². Kedudukannya ke arah timur laut Kuala Lumpur, di sebelah bertentangan Banjaran Titiwangsa. Terletak bersebelahan dengan Daerah Gombak, Selangor, Bentong merupakan bandar yang semakin pesat membangun. Jalan Bentong merupakan laluan utama ke Pantai Timur iaitu Kelantan. Bentong akan mempunyai komuter yang akan memhubungkannya dengan Kuala Lumpur. Di Bentong terdapat kawasan terkenal seperti Genting Highland dan Bukit Tinggi. Sejarah nama Bentong adalah daripada "banyak untung" kerana pada masa dahulu Bentong mempunyai lombong bijih timah. Ayat tersebut dikatakan oleh orang Cina yang melombong, sehingga akhirnya ia menjadi "Bentong"[perlu rujukan]

Isi kandungan

Populasi [sunting]

Mengikut banci tahun 2006, Bentong mempunyai seramai 104,000 orang penduduk. Bentong merupakan salah satu bandar besar di Pahang. Saiznya lebih kurang menyamai bandar Raub.

Populasi sebenar pada tahun 2006 adalah seramai 104,000 orang

Mukim [sunting]

  1. Mukim Bentong
  2. Mukim Sabai
  3. Mukim Pelangai
  4. Bandar Bentong
  5. Bandar Karak
  6. Pekan Telemong

Lihat juga [sunting]

Pautan luar [sunting]