Anjing bertompok Czech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Anjing berbintik Czech)
Anjing Bertompok Czech
Negara asalRepublik Czech
Trait
Tinggi Jantan 45–53 sentimeter (18–21 in)
Betina 43–51 sentimeter (17–20 in)
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing bertompok Czech[a] atau anjing bertompok Bohemia[b] (pada asalnya anjing makmal Horák[c]) ialah satu baka anjing bersaiz sederhana. Baka ini, yang pada asalnya dibiakbakakan untuk tujuan makmal oleh František Horák di Praha pada tahun 1950-an, kini terutamanya anjing pendamping. Baka ini diiktiraf oleh Českomoravská kynologická unie tetapi tidak diiktiraf oleh FCI.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ahli kinologi Czech František Horák ingin mewujudkan anjing unggul untuk kerja makmal. Beliau memerihalkan ciri-ciri yang diingini pada tahun 1954: saiz sesuai, lapis bulu licin, kesuburan tinggi, sifat baik, dan pengambilan makanan rendah. Perinduk anak anjing pertama dilahirkan pada tahun sama. Walaupun baka ini dibiakbakakan terutamanya untuk uji kaji, terdapat bukti minimum bagi sebarang ujia kaji terhadap anjing bertompok Bohemia di Institut Fisiologi yang merupakan tempat pembiakbakaan. Terdapat sesetengah spekulasi mengenai kejayaan pemindahan ginjal dan terdapat nota ringkas daripada František Horák tentangnya. Terdapat bukti pemindahan tisu dan anjing ini dikaji untuk epilepsi. Selama bertahun-tahun, kewujudan baka ini kekal sebagai rahsia untuk orang awam sehingga tahun 1961 apabila ia dipersembahkan dalam pertunjukan anjing.[2] Pada tahun 1981, sesetengah anjing ini di institut itu diberikan kepada pembiak baka. Ketika itulah para pembiak baka mula memanggilnya "anjing bertompok Bohemia". Walaupun permulaan menjanjikan, baka ini tidak diterima sebaik yang dijangkakan dan anjing ini berada di ambang kepupusan. Nasib baik, segelintir penggemar menemukan sejarah berpintal anjing bertompok Bohemia dan walaupun hampir tiada tempat untuk bermula dengan kelahiran semula baka ini, mereka mengumpulkan 11 ekor anjing di seluruh Republik Czech. Satu lagi perinduk anak anjing lahir pada tahun 1994 yang memberi baka ini harapan baharu.[3]

Perangai[sunting | sunting sumber]

Baka ini ialah teman cemerlang untuk pemilik tidak berpengalaman. Ia mempunyai perangai baik dan ramah. Ia tidak agresif dan tidak cenderung untuk menjadi dominan kerana tujuan asli pembiakbakaannya. Namun, ia merupakan anjing penjaga bagus kerana ia cenderung untuk menyalak setiap kali mendengar penceroboh walaupun tidak menyerang penceroboh. Ia sangat ramah terhadap manusia dan anjing lain - ia dapat hidup dalam kawanan. Jika terlatih dari usia muda, ia dapat mentoleransi haiwan lain juga. Ia sangat aktif dan mahir dalam sukan seperti ketangkasan dan tarian anjing. Ia terkenal kerana terapi anjing dan hebat dengan kanak-kanak Ia sangat suka bermain dan menjalin ikatan kuat dengan keluarganya. Oleh sebab kebolehsuaiannya, ia turut gembira untuk tinggal di pangsapuri.[4]

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing bertompok Czech ialah baka bersaiz sederhana. Jantan mencapai ketinggian pada paras kelasa dalam julat 45–53 cm (18–21 in), betina pula 43–51 cm (17–20 in). Panjang batang tubuh ialah 110–120% daripada ketinggian paras kelasa. Struktur tubuh berharmoni dan tidak terlalu berat, dengan bingkai sedikit berbentuk segi empat tepat dengan telinga terlipat. Terdapat kedua-dua varian lapis bulu pendek dan lapis bulu panjang. Lapis bulu pendek mempunyai lapis bulu bawah dan rapat di seluruh tubuh. Lapis bulu panjang pula, yang juga mempunyai lapis bulu bawah, berjela-jela dan hanya sedikit beralun.

Pewarnaan[sunting | sunting sumber]

Bulunya sentiasa triwarna, dalam dua jenis pewarnaan sama rata, iaitu hitam-kuning-putih dan perang-kuning-putih. Nisbah antara bahagian gelap tubuh (hitam atau perang) dengan bahagian putih tubuh ialah 1:1, dengan warna dasar yang gelap dengan tanda-tanda kuning. Hamparan putih bertitik kuning di kawasan kuning dan bertitik gelap di kawasan gelap.[5] Pembintikan adalah jelas pada setiap individu dan tidak patut mewujudkan kesan pewarnaan berbelak.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ برتومڤوق چيک; Czech: český strakatý pes; bahasa Inggeris: Czech spotted dog
  2. ^ Jawi: انجيڠ برتومڤوق بوهيميا; bahasa Inggeris: Bohemian spotted dog
  3. ^ Jawi: انجيڠ معمل هورک; Czech: horákův laboratorní pes; bahasa Inggeris: Horák's laboratory dog

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Seznam plemen" [Senarai baka]. Českomoravská kynologická unie (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 27 Mac 2024.
  2. ^ Hasil, Hochmanová (2014), hlm. 4–12
  3. ^ Hasil, Hochmanová (2014), hlm. 12–18
  4. ^ Hasil, Hochmanová (2014), hlm. 24
  5. ^ "Český strakatý pes". Českomoravská kynologická unie (dalam bahasa Czech). Dicapai pada 27 Mac 2024.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Hasil, Tomáš; Hochmanová, Irena (2014). Český strakatý pes : aneb Horákův laboratorní pes (dalam bahasa Czech). Liberec, Republik Czech. ISBN 978-80-87213-20-9.