Bahasa Czech

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa Czech
čeština
asli ke Republik Czech dan sebagai bahasa minoriti juga di Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Slovakia
wilayah Eropah Tengah
asli penutur 12 juta  (tiada tarikh)
keluarga bahasa
Bahasa Indo-Eropah
status rasmi
Bahasa rasmi di Republik Czech, Kesatuan Eropah
Dikawal oleh Institut Bahasa Czech
kod bahasa
ISO 639-1 cs
ISO 639-2 cze (B)
ces (T)

Czech (Čeština ['ʧɛʃ.cɪ.na]) adalah salah satu bahasa Slavik Barat, bersama dengan bahasa Slovak, Poland, Pomerania (Kashubia), dan Sorbia Lusatia. Bahasa ini dituturkan oleh kebanyakan orang di Republik Czech dan oleh orang-orang Czech di seluruh dunia (lebih kurang 12 juta penutur pada jumlahnya). Bahasa Czech adalah amat serupa dengan bahasa Slovak dan pada kadar yang lebih kecil, dengan bahasa Poland. Bahasa Czech dan Slovak biasanya dapat saling difahami. Bagaimanapun, penutur-penutur yang dilahirkan selepas sekitar tahun 1985 mungkin menghadapi kesulitan untuk memahami beberapa perkataan (khususnya perkataan-perkataan yang berasal daripada bahasa Hungary) yang amat berbeza atau memahami bahasa bertuturan pantas. Kebanyakan dewasa yang bertutur dalam bahasa Czech dan Slovak mampu memahami satu sama lain tanpa kesusahan laksana mereka telah rutinnya terdedah kepada kedua-dua bahasa dalam televisyen dan radio kebangsaan Czechoslovakia sehingga pembubaran Czechslovakia pada tahun 1993. Televisyen Czechslovakia, khususnya saluran-saluran TV komersilnya, masih amat popular di kalangan penonton di Slovakia. Sebaliknya, disebabkan oleh imigrasi Slovakia yang semakin bertambah, bahasa Slovak telah disebarluaskan ke seluruh Republik Czech.

Sebagaimana dengan kebanyakan bahasa Slavik (kecuali kata nama am dalam bahasa Bulgaria moden dan bahasa Macedon, banyak perkataan (khususnya, kata nama, kata kerja, dan kata adjektif) mempunyai banyak bentuk (fleksi). Dari segi ini, bahasa-bahasa Czech dan Slavik adalah lebih serupa dengan bahasa Indo-Eropah, bahasa asalnya, berbanding dengan bahasa-bahasa lain dalam keluarga yang sama yang telah hilang kebanyakan fleksinya. Tambahan pula dalam bahasa Czech, peraturan-peraturan morfologi adalah terlalu tidak nalar dan banyak bentuk mempunyai kelainan-kelainan rasmi dan basahan, serta kekadangnya kelainan separa rasmi. Urutan kata menggunakan fungsi yang serupa dengan penekanan dan artikel dalam bahasa Inggeris. Kerapnya, kesemua pilih atur perkataan adalah mungkin. Sedangkan kebanyakan pilih atur berkongsi maksud yang sama, ia adalah berbeza kerana pilih-pilih atur berbeza dari segi artikulasi fokus topik. Sebagai contoh: Češi udělali revoluci (Orang-orang Czech memberontak), Revoluci udělali Češi (Adalah orang-orang Czech yang memberontak), dan Češi revoluci udělali (Orang-orang Czech ada memberontak).

Fonologi bahasa Czech mungkin menimbulkan masalah kepada para penutur bahasa-bahasa yang lain. Umpamanya, sesetengah perkataan tidak mempunyai vokal: zmrzl (pepejal beku), ztvrdl (terkeras), scvrkl (terkecut), čtvrthrst (sesuku genggam), blb (orang bodoh), vlk (serigala), and smrt (kematian). Contoh umum untuk ini ialah frasa "strč prst skrz krk" yang bermaksud "masukkan jari ke dalam kerongkong" atau "Smrž pln skvrn zvlhl z mlh." yang bermaksud "Morel yang penuh dengan bintik-bintik, akibat dibasahi kabut". Bagaimanapun, konsonan-konsonan l dan r berfungsi sebagai sonoran dan oleh itu, memenuhi peranan vokal (fenomena yang serupa juga terjadi dalam bahasa Inggeris Amerika; umpamanya, bird disebut sebagai [brd] dengan r silabik). Ia juga mencirikan konsonan ř, sepatah fonem bahasa Czech yang dikatakan unik dan agak susah bagi orang-orang asing membunyikan. Kepada telinga orang asing, bunyinya amat serupa dengan zh, walaupun anggaran yang lebih baik ialah r bergulung yang bergabung dengan zh. Secara kebetulan, bunyi ini (rž) juga kekadang digunakan sebagai ortografi dalam umpamanya, piagam diraja Rudolf II, Maharaja Rom Holy sejak tahun 1609. Huraian fonetik bunyi ini ialah "getaran alveolar bukan sonoran yang kuat" yang boleh mengambil bentuk, baik tanpa bunyi (pada hujung perkataan atau di sebelah konsonan tanpa bunyi) mahupun berbunyi (di tempat-tempat lain). Transkripsi IPAnya ialah [], tetapi ini telah dipertikaikan kerana tidak mewakili bunyi ř yang betul.


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Edisi Bahasa Czech dari Wikipedia, ensiklopedia bebas
Wikipedia
Edisi Bahasa Czech dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

Kamus[sunting | sunting sumber]

Kursus dan buku frasa dalam talian[sunting | sunting sumber]

Diakritik[sunting | sunting sumber]

Lain-lain[sunting | sunting sumber]