Anomoeanisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pada kurun ke-4 Masihi, kumpulan Anomœan yang juga dikenali sebagai kumpulan Anomean, Heterousian, Aetian, atau Eunomian, ialah sebuah mazhab dalam aliran Arianisme yang menegaskan bahawa Jesus dari Nazareth adalah zat yang berbeza dan tidak sama sekali setara dengan Tuhan. Mereka percaya bahawa pendapat-pendapat Arius yang diungkapkan beliau pada asalnya, adalah betul, namun menolak pengakuan-pengakuannya yang terkemudian yang diambil beliau supaya beliau diterima masuk kembali ke dalam Gereja.

Perkataan Anomœan berasal dari bahasa Yunani ἀ(ν)- 'tidak' dan ὅμοιος 'serupa', yakni "berbeza; tidak sama". Pada kurun ke-4, semasa era pemerintahan Constantius II, ini merupakan nama yang digunakan untuk membezakan para pengikut Aëtius dan Eunomius sebagai satu aliran teologi; mereka bukan sahaja menafikan konsubstansiliti Jesus malahan menegaskan bahawa beliau adalah satu zat yang berbeza daripada Tuhan. Ini bertentangan dengan pendokong Arianisme-Separa, yang memang menafikan konsubstansiliti Jesus tetapi pada masa yang sama percaya bahawa beliau sama dengan Tuhan Bapa.

Rujukan[sunting | sunting sumber]