Anugerah Seri Angkasa
Anugerah Seri Angkasa ialah acara penganugerahan di Malaysia. Ia mula dicetuskan oleh Kementerian Penerangan Malaysia pada 1972 dan ia merupakan anugerah berprestij yang mengiktiraf para penggiat penerbitan program-program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia sahaja.
Bagaimanapun, mulai tahun lalu, kementerian itu membuka peluang kepada stesen-stesen penyiaran tempatan yang lain untuk turut serta mempertandingkan hasil penerbitan warga kerja masing-masing.
Ternyata peluang itu tidak disia-siakan dan ia mendapat sambutan dan kerjasama menggalakkan. Sejak itu, ASA mula mempertandingkan hasil kerja stesen-stesen penyiaran bukan sahaja RTM tetapi juga Astro, TV3, ntv7, 8TV, Star fm, Best 104, Cats fm, AMP, Manis fm dan IKIM fm.
Ini sekali gus menjadikan ASA bukan setakat medan untuk mempertandingkan hasil kerja para penggiat bidang penyiaran tetapi juga menjadi medan persaingan di kalangan stesen-stesen penyiaran terbabit.
Trend itu dapat dilihat apabila setiap stesen penyiaran berlumba-lumba menghantar pencalonan karya terbaik terbitan masing-masing.
[sunting] Trivia
- Kali terakhir anugerah ini dibuka hanya kepada RTM ialah pada tahun 2001.
- Kali terakhir anugerah ini dianjurkan adalah pada 11 Mac 2006 dan dibuka kepada stesen-stesen penyiaran lain di Malaysia untuk kali kedua berturut-turut.
[sunting] Pautan
- Persaingan Penyiar Malaysia (Kosmo, 17 Februari 2011)
- ASA2010: Pengiktirafan Khas buat Karyawan Penyiaran (Murai.com.my, 17 Februari 2011)
- ASA2010 bukan anugerah untuk RTM (Utusan Malaysia, 19 Februari 2011)
|
|||||||||||||||||