8TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metropolitan TV Sdn Bhd
(8TV)
8TV my.svg
Jenis Saluran UHF
Negara Malaysia Malaysia
Ketersediaan Seluruh Malaysia
Slogan We're diffrent
Pemilik Media Prima Berhad
Tokoh utama Ahmad Izham Omar,Pengarah Operasi Rangkaian
Tarikh pelancaran 8 Januari, 2004
Laman web
www.8tv.com.my


8TV merupakan sebuah televisyen swasta di Malaysia. Ia dilancarkan pada 8 Januari 2004. 8TV adalah milik Media Prima dan merupakan "adik" kepada TV3 dan untuk tidak menjejaskan penonton-penonton TV3, 8TV menyiarkan rancangan-rancangan untuk kumpulan fokus pelanggan yang berbeza iaitu lebih kepada remaja, kanak-kanak, muzik dan juga rancangan bahasa Cina.

8TV diketuai Ahmad Izham Omar. Pengarah Operasi Rangkaiannya pula ialah Paul Moss, seorang eksekutif rakaman yang juga merupakan pengadil dalam Malaysian Idol dan One in a Million.

8TV dipancarkan melalui UHF. Di lembah Klang, saluran UHF ialah 27. Selain itu, 8TV juga didapati melalui saluran 708 (Sebelumnya di saluran 18).

Waktu siaran (setiap hari): Pukul 7:00 pagi sehingga pukul 2:00 pagi hari berikutnya.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

8TV disasarkan kepada golongan muda dengan konsep "satu stesen, dua saluran", yang mana sesi pertama penyiaran merupakan saluran bahasa Cina, manakala sesi keduanya merupakan slot program yang kebanyakannya berbahasa Inggeris. Satu lagi bahagian ketiga penyiaran menampilkan permainan SMS interaktif, serta video muzik dalam bahasa Inggeris, Melayu dan Cina.

Slogannya, "We're different," melambangkan misi 8TV untuk menawarkan kepelbagaian siri dan filem popular yang bertumpukan muda-mudi, penduduk bandar dan bangsa Cina sebagai penonton sasaran.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2006, 8TV memperkenalkan maskot barunya yang berbentuk seorang bayi bernama "Pow Pow". Bayi ini menghiasi sesetengah iklan promo yang mempromosikan rancangan 8TV, serta halaman utama laman web rasmi 8TV. Asalnya dia cuma digelar "8TV baby" sehinggalah selesainya pertandingan mencari nama sesuai, maka dari itulah terpilihnya nama "Pow Pow".

Pow Pow sering dilihat memakai sehelai baju merah berkolar yang tertera logo 8TV di bahagian depan, dihiasi jubah berwana oren yang juga tertera logo 8tv di atanya, berserta sehelai lampin. Kadang-kala dia juga dilihat bermain dengan gitar elektrik. Wajah Pow Pow banyak menyerupai watak Jack-Jack dari filem Disney-Pixar, the Incredibles.

Senarai rancangan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Senarai Rancangan 8TV

Insiden dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada pertengahan tahun 2004, ketika perlawanan bolasepak Euro 2004 hangat di udara, 8TV didapati menyiarkan iklan pengeluar minuman keras Carlsberg yang merupakan penaja penyiaran perlawanan kejohanan sukan itu. Akibatnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan denda sebanyak RM50,000 terhadap 8TV mengikut peruntukan Seksyen 242, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.[1]
  • Pada 13 Januari 2008, pada konsert sambutan ulang tahun, artis Faizal Tahir menanggalkan bajunya hingga mendedahkan dadanya di pentas apabila bersiaran langsung. Akibatnya, pada 19 Januari 2008, SKMM berkata mereka menggantung rancangan-rancangan siaran langsung dan tertunda berbentuk hiburan di stesen 8TV selama tiga bulan berkuat kuasa 15 Januari 2008.[2][3]
  • Pada bulan Oktober 2008, SKMM sekali lagi mengerjakan 8TV dengan menggantung serta merta perkhidmatan laman sembangnya setelah mendapati kemudahan terbabit "disalah guna oleh penonton untuk mencari pasangan seks," dengan kemungkinan bakal diharamkan setelah selesainya siasatan pihak SKMM dalam kes ini.[4]
  • Pada awal musim Ramadan 2011, 8TV menyiarkan tiga iklan pengumuman khidmat masyarakat yang dikatakan bersifat perkauman dan menghina kaum Cina kerana menggambarkan seorang wanita Cina yang makan secara terbuka, mengenakan pakaian kurang sopan dan kurang beradab ketika Ramadan, dengan niat untuk memesan golongan bukan Islam supaya menghormati bulan puasa dengan sewajarnya. Iklan-iklan tersebut akhirnya ditarik balik setelah ekoran kecaman oleh pelbagai pihak, termasuk umat Islam yang mengaku turut tersinggung oleh iklan-iklan berkenaan.[5][6]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "8TV didenda RM50,000 kerana arak", Utusan Malaysia, 2004-09-13. 
  2. "Permohonan Maaf Terbuka Daripada Faizal Tahir", gua.com.my, 2008-01-06. 
  3. "Siaran langsung 8TV, Faizal digantung 3 bulan", utusan.com.my, 2008-01-19. 
  4. "Laman sembang 8TV digantung", Utusan Malaysia, 2008-10-04. Dicapai pada 2008-10-18. 
  5. Ramadan: Ekoran kecaman, Media Prima tarik balik iklan rasis, The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.
  6. Iklan rasis: Pakatan mahu tindakan keras ke atas 8TV, The Malaysian Insider, 2 Ogos 2011. Dicapai pada 5 Ogos 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]