Arak ular

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sebotol arak ular di Guangzhou
Arak ular adalah salah sejenis arak ubat tradisional Vietnam. Botol di sebelah kiri ialah arak tedung
Arak kalajengking dan ular

Arak ular (Bahasa Cina: 蛇酒, pinyin: shéjiǔ; Bahasa Vietnam: rượu rắn) ialah sejenis minuman beralkohol yang dihasilkan dengan merendam seluruh ular dalam arak beras atau alkohol bijian. Minuman ini mula-mula dicatatkan sebagai diminum di China sewaktu dinasti Zhou Barat dan dianggap sebagai ubat yang penting dan boleh mencergaskan semula orang mengikut ilmu perubatan Cina tradisional.[1] Arak ular boleh ditemui di China, Vietnam dan seluruh Asia Tenggara.

Ularnya, terutama yang berbisa, biasanya tidak diawet untuk dagingnya, sebaliknya untuk "pati" dan bisanya melarut dalam arak. Bisa ular dinyahaslikan oleh etanol; protein-proteinnya kembang dan menjadi pendam.

Rujukan[sunting | sunting sumber]