Arthur Andersen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arthur Andersen LLP
Jenis/bentuk sahKerjasama liabiliti terhad
IndustriPerakaunan
Perkhidmatan profesional
Cukai
Perundingan
Lesen Akauntan Awam Bertauliah diserahkan pada 2002
Ditubuhkan1913
PengasasArthur E. Andersen
DibubarkanOgos 2002; 21 tahun yang lalu (2002-08)
NasibDipisahkan selepas didakwa dalam skandal Enron. Bahagian pengauditan ditukarkan ke perniagaan.
PenggantiAccenture
Andersen Tax LLC
Ibu pejabatChicago, Illinois, Amerika Syarikat
KeluaranPerkhidmatan profesional
HasilAS$9.3 bilion (pada 2002)
Bilangan kakitangananggaran 200 setakat 2007
85,000 (padq 2002)
Tapak webwww.andersen.com Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Arthur Andersen LLP, (dipendekkan sebagai Andersen) yang berpusat di Chicago, ialah syarikat pegagan Amerika. Dahulunya salah satu firma perakaunan "Lima Besar" (bersama dengan PricewaterhouseCoopers, Deloitte Touche Tohmatsu, Ernst & Young, dan KPMG), firma itu telah menyediakan perkhidmatan pengauditan, cukai, dan perundingan kepada syarikat besar. Menjelang tahun 2001, ia menjadi salah satu syarikat multinasional terbesar di dunia.

Pada tahun 2002, syarikat itu secara sukarela menyerahkan lesennya untuk mengamalkan Akauntan Awam Bertauliah di Amerika Syarikat selepas didapati bersalah atas tuduhan jenayah yang berkaitan dengan pengauditan syarikat Enron, sebuah syarikat tenaga yang berpusat di Texas, yang memfailkan kebankrapan pada tahun 2001.[1] Pada tahun 2005, Mahkamah Agung Amerika Syarikat sebulat suara membatalkan sabitan Arthur Andersen kerana kesalahan yang serius dalam arahan hakim perbicaraan kepada juri yang menjatuhkan firma itu.

Amalan perundingan dan penyumberan luar firma itu dipisahkan daripada amalan perakaunan firma pada tahun 1987, berpecah dari Andersen Worldwide pada tahun 2000 dan dinamakan semula sebagai Accenture. Ia terus beroperasi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Brown, Ken; Dugan, Ianthe Jeanne (June 7, 2002). "Arthur Andersen's Fall from Grace Is a Sad Tale of Greed and Miscues". Wall Street Journal.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]