Chicago

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Chicago, Illinois
Pemandangan Chicago, Illinois
Bendera  Chicago, Illinois
Bendera
Mohor rasmi bagi Chicago, Illinois
Mohor
Nama samaran: "Kota Berangin," "Bandaraya kedua," "Bandar Chi".
Moto: "Urbs In Horto" (Latin: "Bandaraya di dalam Taman"), "Saya Akan"
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Lokasi di kawasan metro Chicago dan Illinois
Koordinat: 41°54′N 87°39′W / 41.900°U 87.650°B / 41.900; -87.650
Negara Amerika Syarikat
Negeri Illinois
Daerah Cook & DuPage
Perbadanan perbandaran 4 Mac 1837
Kerajaan
 - Datuk Bandar Richard M. Daley (D)
Ketinggian 586 kaki (179 m)
Kepadatan (2005)
 - Bandar 2,873,790
 - Kaw. perbandaran 8,711,000
 - Metro 9,505,748
Zon masa CST (UTC-6)
 - Musim panas (DST) CDT (UTC-5)
Laman web: egov.cityofchicago.org

Chicago adalah bandar raya terbesar di negeri Illinois, terbesar dalam Midwest, dan, dengan jumlah penduduk melebihi tiga juta orang, ia adalah bandar raya ketiga paling padat di Amerika Syarikat. Kawasan metropolitan Chicago (lebih dikenali sebagai Chicagoland) mempunyai jumlah penduduk melebihi 9.5 juta orang dalam Illinois, Wisconsin dan Indiana, membuatkannya juga kawasan metropolitan yang ketiga terbesar di Amerika Syarikat.[1] Chicago terletak di sepanjang barat daya pesisir Tasik Michigan dan adalah sebuah pusat utama pengangkutan, industri, politik, budaya, kewangan, ubat-ubatan dan Institut Pengajian Tinggi. Antara nama gelaran Chicago termasuklah "Bandaraya Berangin," "Bandar Chi," "Bandar Yang Kedua," dan "Bandar Raya Bahu Besar" (daripada sajak Carl Sandburg bertajuk Chicago).

Chicago ialah pusat kewangan, perniagaan, dan kebudayaan Midwest. Diasaskan pada tahun 1833 di tapak satu pengangkutan di antara Tasik Besar dan Titik perubahan Sungai Mississippi, ia kemudian menjadi satu pusat pengangkutan di Amerika Utara. Semasa Pesta Dunia Chicago pada tahun 1893, ia adalah salah satu daripada sepuluh bandar-bandar dunia paling berpengaruh bandar-bandar dunia dan masih kekali sehingga ke hari ini.[2]

Sejarah Chicago[sunting | sunting sumber]

Dewan Bandaraya Chicago sebelum disiapkan pada tahun 1911

Sepanjang pertengahan kurun ke-18, kawasan Chicago telah didiami terutamanya oleh puak Potawatomi, yang mengambil tempat orang Miami dan Sauk dan Rubah. Peneroka bukan penduduk asal pertama di Chicago, Jean Baptiste Pointe du Sable dari Haiti, tiba dalam tahun 1770-an, berkahwin dengan seorang wanita puak Potawatomi, dan mengasaskan pusat dagangan pertama kawasan berkenaan. Pada tahun 1803, Tentera Amerika Syarikat membina Kota Dearborn, yang dimusnahkan pada tahun 1812 dalam Pembunuhan beramai-ramai Kota Dearborn. Puak Ottawa, Ojibwa, dan Potawatomi kemudian menyerahkan tanah itu kepada Amerika Syarikat dalam Perjanjian St. Louis tahun 1816. Semasa 12 Ogos 1833, Bandar Chicago dirancang dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan dalam masa tujuh tahun ia berkembang dengan jumlah penduduk melebihi 4,000 orang. Bandar Raya Chicago diperbadankan pada 4 Mac 1837.

Sukan[sunting | sunting sumber]

Kelab Liga Sukan Tempat Ditubuhkan Kejohanan
Chicago Bears NFL Bola Sepak Amerika Soldier Field 1919 1 Menang Super Bowl, 8 Juara Kejohanan Liga (Pra Era Super Bowl)
Chicago Cubs MLB Besbol Wrigley Field 1876 2 Menang Siri Dunia
Chicago White Sox MLB Besbol US Cellular Field 1900 3 Menang Siri Dunia
Chicago Bulls NBA Bola Keranjang United Center 1966 6 Kejohanan NBA
Chicago Sky WNBA Bola Keranjang UIC Pavilion 2006 0 Kejohanan WNBA
Chicago Blackhawks NHL Hoki United Center 1926 3 Piala Stanley
Chicago Wolves AHL Hoki Allstate Arena 1994 2 Piala Turner, 1 Piala Calder
Chicago Hounds UHL Hoki Sears Centre 2006 0
Chicago Rush AFL Bola Sepak Arena Allstate Arena 2001 1 Kejohanan ArenaBowl
Chicago Fire MLS Bola Sepak Toyota Park 1997 1 Piala MLS, 4 Piala Terbuka A.S.
Chicago Storm MISL Bola Sepak Futsal Sears Centre 2004 0
Chicago Machine MLL Lacrosse Toyota Park 2006 0
Chicago Shamrox NLL]] Lacrosse Sears Centre 2007 0
Chicago Slaughter CIFL Bola Sepak Amerika Sears Centre 2007 0

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bandar Raya Chicago
Populasi mengikut tahun[3]
Tahun
banci
Populasi Kedudukan
1840 4,470 92
1850 29,963 24
1860 112,172 9
1870 298,977 5
1880 503,185 4
1890 1,099,850 2
1900 1,698,575 2
1910 2,185,283 2
1920 2,701,705 2
1930 3,376,438 2
1940 3,396,808 2
1950 3,620,962 2
1960 3,550,404 2
1970 3,366,957 2
1980 3,005,072 2
1990 2,783,726 3
2000 2,896,016 3
2006 2,873,790 3

Bandaraya berkembar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Table 3a. Populasi di Kawasan Statistikal Metropolitan dan Micropolitan dengan anggaran berdasarkan banci penduduk tahun 2000 bagi Amerika Syarikat dan Puerto Rico" (CSV). Biro Banci A.S. 30 Disember 2003.  Unknown parameter |accessyear= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessmonthday= ignored (bantuan)
  2. Dunia Berdasarkan GaWC (2006). Globalisasi dan Kumpulan Kajian Rangkaian dan Bandar-Bandar Dunia.
  3. Gibson, Campbell (Jun 1998). Populasi 100 Bandar Raya Terbesar dan Kawasan-kawasan Bandar lain di Amerika Syarikat: 1790 hingga 1990. Biro Banci Amerika Syarikat - Divisi Populasi.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Blackwell, Elizabeth Canning (November 2003). Frommer 2004 Chicago. Frommer's. ISBN 0-7645-3903-5. 
  • James R. Grossman, Ann Durkin Keating, Janice L. Reiff. The Encyclopedia of Chicago (University of Chicago Press 2005) ISBN 0-226-31015-9; The Encyclopedia of Chicago (versi dalam talian)
  • Charles Madigan., pengarang (1 September, 2004). Global Chicago. University of Illinois Press. ISBN 0-252-02941-0. 
  • Miller, Donald L. (April 1996). City of the Century: The Epic of Chicago and the Making of America. Simon & Schuster. ISBN 0-684-80194-9. 
  • [1] - Chicago Art, Theater, Fashion, and Dining.
  • Griffin, Adam (Ogos 2006). Chicago Information. chicagopage. ISBN. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikivoyage memiliki panduan pelancongan bagi Chicago.


Koordinat: 41.8675° U -87.6243° T