Arung Palakka
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Arung Palakka adalah seorang putera Bone yang di mana kerajaan Bone ketika itu mengalami kekalahan ditangan Goa ataupun Makassar. Maka, bagi membalas dendam, pada tahun 1660, beliau bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar dengan mengepalai serangan dari arah darat. Bone mendapat semula kemerdekaannya apabila Makassar jatuh. Di atas usaha beliau, sehingga ke hari ini, Arung Palakka dikatakan sebagai seorang perwira oleh penduduk Bone.Sebagai mengenang jasa beliau,satu muzium rama-rama telah dibina sempena namanya.
| Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya. |