At-Tufail ibn Amr ad-Dawsi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

At-Tufail ibn Amr Ad-Dawsi atau Tufail bin Amar adalah salah seorang sahabat Nabi. Tufail bin Amar adalah seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua Kabilah Arab Daus. Beliau mempunyai sifat yang mulia dan suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ketakutan. Beliau juga mempunyai tahap pemikiran yang luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Juga merupakan penyair yang mampu membuat untaian terhadap syairnya agar lebih indah dan tajam.

Tufail memeluk Islam[sunting | sunting sumber]

Minatnya terhadap bidang kesenian membuatkan beliau sering kali tidak mahu melepaskan peluang dalam menyertai "Pesta Kesenian" di Pasar Ukaz. Pasar Ukaz merupakan suatu pasar kesenian yang terletak tidak jauh dari Kota Suci Makkah.

Namun demikian, Tufail merasakan yang beliau perlu bertemu dengan seorang lelaki di Kota Suci Makkah al-Mukarramah yang sebelum ini dikhabar merupakan lelaki yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri (luar biasa dan handal dalam pelbagai bidang) seperti yang selama ini didengari olehnya di negerinya yang bernama Tihamah (negeri yang terletak di dataran rendah sepanjang persisiran Laut Merah yang menjulur ke Makkah). Lelaki itu bernama Muhammad bin Abdullah (Nabi Muhammad SAW) seorang lelaki yang menggelar dirinya "Utusan Allah".

Demi memastikan bahawa lelaki itu benar-benar wujud, Tufail bertanyakan khabar tersebut dengan beberapa pembesar Quraisy yang dalam perjalanan ke kota suci Makkah. Para pembesar Quraisy tidak memberikan apa-apa jawapan terhadap pernyatan Tufail tadi mungkin mereka ingin menjaga kepentingan keturunan mereka dan pangkat kemuliaan mereka di depan bangsawan kabilah Arab yang lain. Namun Tufail tidak berputus asa, hasratnya yang membara ingin bertemu dengan Muhammad terus dipendam sehingga beliau sampai di Kota Suci Makkah.

Sesampai sudah Tufail di Makkah, Tufail dilayani dengan penuh meriah oleh para pembesar Quraisy. Mereka membuat suatu majlis keraian sebagai tanda menyambut kedatangan Saudara pembesar dari puak Kabilah Arab yang lain. Dalam majlis tersebut Tufail bertanyakan tentang perihal kewujudan Muhammad di bandar itu kepada salah seorang pemuka Quraisy. Beliau tidak tahu yang Muhammad itu memang merupakan Nabi, Rasul dan Utusan Allah. Dia juga tidak mengetahui bahawa Muhammad itu merupakan keturunan kepada pemerintah Kota Suci Makkah yang sangat dibenci dan dimusuhi oleh kaum Quraisy yang menyembah berhala akibat dari sikap Muhammad yang mengagungkan Allah yang Esa dan tidak mahu berganjak dari dakwahnya itu,

Demi tidak mahu melukakan hati Tufail, pemuka Quraisy itu menjawab pertanyaannya:"Wahai Tufail sahabat kami, pemimpin kaum Daus yang bijak bestari, Engkau datang ke mari dalam keadaan selamat. Tiada satu halangan pun yang menimpamu. Kami pun menghormatimu dengan sepenuhnya. Muhammad yang kau maksudkan itu memag ada di kota Makkah ini. Dia seorang yang suka menimbulkan perselisihan diantara kami sehingga terjadilah perpecahan dan permusuhan antara satu sama lain".

Para pembesar Arab quraisy yang lain terdiam sejenak,masing-masing sepert mahu mengumpulkan kekuataan dan mempertahankan keyakinan mereka. Bagi mereka pertanyaan Tufail itu telah dapat dijangkakan awal lagi disebabkan;

  • Tufail merupakan seorang bangsawan yang sangat berpengaruh dalam hal ehwal sosial. Dan orang yang baik-baik dan tidak mementingkan pangkat semata-mata.
  • Tufail merupakan seorang yang amat meminati kepada kesenian, jadi tidak hairanlah jika dia sentiasa mahukan kelainan dan mencari ilmu berkaitan agama, kesenian, dan lain-lain dari orang yang dianggapnya terlalu luar biasa seperti Muhammad Rasullullah.
  • Kebanyakan pembesar Arab yang melawat kota-kota besar mereka akan sentiasa berbuat baik dengan cara mengenali orang-orang yang yang terpengaruh dalam masyarakat dan keturunan mereka. Hal ini menjadi lambang persaudaraan Arab yang kukuh pada sejak berkurun lamanya.

Namun, pemuka Quraisy tidak putus-putus menghasut Tufail dengan memburuk-burukkan Nabi Muhammad seperti mendakwa bahawa Muhammad itu membawa ajaran palsu dan hanya memainkan sihir semata-mata. Walau bagaimanapun, lonjakan hati nurani Tufail yang ingin bertemu dengan Muhammad dapat memutuskan hasutan dan tuduhan palsu pemuka/pembesar Quraisy itu. Akhirnya Tufail menjawab dengan tegas: "Demi Tuhan!, Kedatangan saya ke mari memang sengaja hendak bertemu dengannya (Muhammad) dan hendak mendengar ucapannya. Jika tuan-tuan sekalian tidak memperkenankan saya mendengar ucapannya, menatap raut wajahnya pun sudah cukup bagi saya. Saya tidak akan berbicara dengannya. Kedua-dua belah telinga saya ini akan saya sumbati dengan kapas (dalam-dalam)agar saya tidak dapat mendengar ucapan-ucapannya". Kata-kata Tufail itu membuatkan pemuka Quraisy tidak berdaya menghalangi keinginan bangsawan itu untuk bertemu Nabi Muhammad SAW.

Keesokan harinya,Tufail telah menuju ke Masjid (diriwayatkan kawasan sekitar Masjidil Haram) untuk menemui Nabi Muhammad SAW. Seperti yang telah dijanjikan Tufail telah menyumbatkan putik-putik kapas ke dalam telinganya sehingga beliau tidak boleh mendengar apa-apa suara yang telah terhasil dari luar. Seketika, beliau telah menanyakan orang sekeliling bagaimanakah rupa Muhammad itu lalu orang yang lalu lalang di situ memberitahu gerangan Muhammad serta tempat baginda berada. Akhirnya Tufail menemui Muhammad, di mana ketika itu Muhammad sedang solat disisi Kaabah. Lalu Tufail pun menghampiri Muhammad, beliau benar-benar ingin melihat paras rupanya dan keistimewaan yang ada pada Muhammad itu.

Lantas dengan izin Allah, Tufail yang sedang menghampiri Muhammad pada waktu yang tidak membenarkan beliau boleh mendengar tiba-tiba boleh mendengar dengan jelas alunan bacaan Al-Quran yang dibacakan oleh Muhammad. Dia berusaha untuk terus menutup telinganya rapat-rapat namun tidak berjaya. Suara Muhammad yang membacakan Al-Quran amat jelas walaupun pada zahirnya bacaan Muhammad itu perlahan dan tidak pula ditinggikan. Beliau akhirnya terpesona dengan bacaan itu.

Tufail bertanya sendirian: "Mengapa begitu indahnya perkataan-perkataan yang diucapkannya itu? Saya tidak akan takut pada barang yang baik daripada barang yang buruk. Apa yang menghalangi saya jika saya mendengar apa-apa yang dibaca oleh orang itu? Barang yang baik sudah tentu saya terima dan barang yang buruk akan saya buang. Siapakah yang menghalang saya jika saya memperkenalkan diri kepada orang itu? Saya ingin belajar kepadanya sesuatu yang saya belum ketahui. Alangkah baiknya jika saya dapat mempelajari rangkaian kata-kata seperti yang sedang diucapkan".

Selepas Nabi Muhammad menunaikan sembahyang, Nabi terus pulang ke rumahnya, dalam pada itu Tufail turut mengikuti nabi pulang ke rumah secara senyap-senyap. Sesampainya Nabi Muhammad ke rumah, Tufail meminta izin Nabi untuk masuk ke rumah baginda. Beliau memberi salam dan memperkenalkan dirinya kepada Muhammad. Nabi meminta Tufail untuk duduk. Lalu Tufail menjelaskan kedatangannya dan cabaran yang hendak diterima sewaktu bertemu ingin bertemu Muhammad. Namun beliau menyerahkan semua itu kepada keizinan Allah. Tufail meminta untuk Muhammad membacakan beberapa ayat-ayat Al-Quran kepadanya. Nabi pun setuju dan membacakan Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas, lalu selepas Nabi selesai membacanya, lalu Tufail berkata kepada Nabi: "Demi Allah!Saya belum pernah mendengar bacaan yang lebih bagus daripada ini. Saya belum pernah mendengar urusan yang lebih lurus daripada bacaan ini".

Ketika pada waktu itu juga beliau mengucapkan kalimah syahadah dan berkata kepada Muhammad: "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya ini seorang yang ditaati oleh kaumku. Saya akan kembali kepada mereka untuk mengajak mereka memasuki Islam. Doakanlah semoga Allah memberikan suatu tanda (bukti kebenaran) yang akan membantu bagiku mengenai soal kuserukan kepada mereka". Lalu Nabi Muhammad SAW tidak menghampakan permohonan Tufail yang ikhlas itu dengan berdoa: "Ya Allah!Jadikanlah baginya suatu tanda(bukti kebenaran)".

Akhirnya Tufail telah memeluk Islam, menerima cahaya keimanan dan hidayah serta ketaqwaan. Nabi telah mendidik Tufail akan cara hidup baharunya apabila beliau mengamalkan Islam. Hatinya telah puas dan lega. Keimanan barunya itu tidak mudah untuk dicanang dan digoncang oleh sesiapapun. Kerana itu beliau tidak mengherankan ejekan dan tomahan kerana dia memeluk dan mempelajari Islam secara mendalam serta mengamalkannya.

Pemuka Quraisy tidak boleh berbuat apa-apa kerana beliau adalah pembesar Kabilah Arab Daus yang paling disegani dan apabila sesuatu kecelakan yang menimpa atas Tufail sudah pastinya masyarakat Daus di Tihamah akan menuntut bela atas apa-apa kecelakaan terhadap Tufail.

Selepas Islam[sunting | sunting sumber]

Beliau mengetuai satu kontinjen orang-orangnya menentang Musailamah al-Kazzab dan gugur syahid dalam Perang Yamamah.