Musailamah al-Kazzab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Musailamah ibn Habib (مسيلمة بن حبيب), atau lebih dikenali gelaran Musailamah al-Kazzab merupakan seorang yang berasal daripada suku kaum Bani Hanifah yang terletak di kawasan daerah Yamamah. Musailamah terkenal dengan kerana membuat pembohongan dengan mengaku dirinya merupakan seorang nabi.

Kaumnya[sunting | sunting sumber]

Suku kaum Bani Hanifah merupakan suku kaum Arab yang terbesar di Yamamah. Suku kaum ini terkenal dengan industri pembuatan senjata terutamanya pedang. Malah sebilah pedang Nabi Muhammad S.A.W dihasilkan oleh suku kaum Bani Hanifah.

Kehidupannya[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya Musailamah merupakan seorang tabib. Selepas beberapa ketika, beliau memeluk Islam selepas bertemu dengan baginda. Malahan sebuah masjid dibina di Yamamah sebagai pengisytiharannya memeluk Islam.

Pengkhianatannya[sunting | sunting sumber]

Selepas Musailamah mempelajari ilmu sihir, beliau mengumpulkan para pengikutnya dan membuat perancangan untuk murtad secara besar-besaran.

Langkah pertama beliau adalah menghantar surat kepada baginda Nabi S.A.W. Namun, beliau tidak menggerakkan tenteranya secara keseluruhannya.

Semasa pemerintahan Khulafa al-Rasyidin yang pertama iaitu Saidina Abu Bakar, Musailamah melancarkan perang ke atas kerajaan Islam itu. Ketika itu, seluruh wilayah Yamamah berada di dalam kekuasaan beliau.

Kematiannya[sunting | sunting sumber]

Beliau dibunuh oleh Wahsyi di dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang Yamamah. Setelah kematian beliau, tentera murtad tidak mampu lagi menahan asakan tentera Islam berikutan ketiadaan pemimpin yang berkebolehan seterusnya menyebabkan sebahagian daripadanya ada yang terbunuh di dalam peperangan tersebut dan sebahagian yang lainnya bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam. Maka, lenyaplah gerakan murtad di semenanjung Arab.