Azizah binti Mohamad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Datin Azizah binti Mohamad
Album Orkes Nirwana.jpg
Datin Azizah binti Mohamad menghiasi kulit album Orkes Nirwana
Kelahiran Azizah binti Mohamad
1947
Meninggal dunia 26 April 2013 (umur 66)
Hospital Besar Kuala Lumpur
Sebab kematian kanser pangkal rahim tahap akhir[1]
Perkuburan Kuala Lumpur
Tempat tinggal Kuala Lumpur
Warganegara Vokal
Pekerjaan Penyanyi
Agama Islam
Pasangan Datuk A. Rahman Hassan

Datin Azizah binti Mohamad merupakan penyanyi Kumpulan Orkes Nirwana yang juga pernah menyertai Kumpulan Kawan, yakni kumpulan marhaban yang disertai beberapa seniman veteran lain. Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama Datuk A. Rahman Hassan.

Ketika era 60-an, pengaruh kumpulan The Beatles dari England telah mewujudkan irama pop yeh-yeh dari 1965 hingga 1971. Istilah ""pop yeh-yeh"" telah diambil dari judul lagu popular The Beatles, (She Loves You - Yeh, Yeh, Yeh). Penyanyi pada zaman 1960-an biasanya diiringi oleh kumpulan kugiran.

Azizah Mohamad sering membuat persembahan dengan diiringi oleh kumpulan Orkes Nirwana. Azizah pernah merakamkan tiga EP solo dan popular menerusi lagu:

  • Syurga Idaman;
  • Pergilah Kandaku; dan
  • Dikaulah Harapanku.

Datin Azizah menurut laporan beberapa media menghidap pelbagai komplikasi antaranya kencing manis, darah tinggi, jangkitan kuman dalam paru-paru dan kanser pangkal rahim yang dikesan sejak awal tahun 2013. Datin Azizah Mohamad, kembali ke Rahmatullah pada tepat jam 11.26 malam, Jumaat 26 April 2013.[2]

Album[sunting | sunting sumber]


Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • Pergilah Kanda
  • Syurga Idaman
  • Bahagialah Hendaknya
  • Dikaulah Harapanku.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]