Babun Anubis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Babun Anubis
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Mamalia
Order: Primat
Keluarga: Cercopithecidae
Genus: Papio
Spesies: P. anubis
Nama binomial
Papio anubis
(Lesson, 1827)

Babun Anubis ialah haiwan yang tergolong dalam keluarga Cercopithecidae (monyet Dunia Lama). Spesies ini ialah spesies babun yang paling umum dan dapat ditemui di 25 buah negara di seluruh benua Afrika dari Mali di barat sehingga ke Ethiopia dan Tanzania di timur. Populasi terpencil babun ini juga dapat ditemui di sesetengah kawasan Sahara yang bergunung-ganang. Babun Anubis menghuni di kawasan savanah, steppe dan hutan.

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Kulit Babun Anubis kelihatan berwarna hijau-kelabu dari jauh [1] tetapi pada jarak yang lebih dekat, warnanya berbilang disebabkan oleh cecincin kuning-perang dan hitam pada bulunya.[2] Bagaimanapun, bulu muka babun lebih halus dan warnanya berbeza-beza dari kelabu gelap sehingga hitam.[1] Pewarnaan ini ditonjolkan oleh kedua-dua jantina, tetapi babun jantan memiliki surai tirus di bahagian belakangnya, dengan bulu yang lebih panjang di atas menjadi semakin pendek sehingga panjangnya seperti biasa di bawah .[2] Selain surai, babun jantuan juga berbeza daripada babun betina daripada segi saiz dan beratnya. Pada puratanya, tingginya babun jantan 70 cm dan beratnya 24 kg; manakala babun betina berukuran 60 cm dan 14.7 kg.[2]

Seperti dengan babun yang lain, Babun Anubis mempunyai muncung yang panjang dan tajam bak anjing.[2] Oleh itu dan bersama-sama dengan ekor (38–58 cm) dan gaya jalan empat kakinya, Babun Anubis sebenarnya kelihatan seolah-olah haiwan kanin.[1] Ekornya seolah-olah hampir patah, dengan sesuku bahagian pertama yang muncul dari pinggulnya tegak dan tiga sukunya yang lain bengkok dengan ketara.[1] Tompok dedah pinggul Babun Anubis jauh lebih kecil daripada saiz tompok dedah pinggul babun yang sering ditonjolkan dalam filem kartun dan lerang komik.[2] Sebagaimana dengan kebanyakan haiwan Cercopithecine, Babun Anubis juga mempunyai kantung pipi yang digunakan untuk menyimpan makanan.[1]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 1.4 Cawthon Lang, KA (2006-04-18). "Primate Factsheets: Olive baboon (Papio anubis) Taxonomy, Morphology, & Ecology". http://pin.primate.wisc.edu/factsheets/entry/olive_baboon/taxon. Capaian 2007-01-27. 
  2. 2.0 2.1 2.2 2.3 2.4 Shefferly, N. (2004). "Papio anubis". Animal Diversity Web accessdate = 2007-01-27. http://animaldiversity.ummz.umich.edu/site/accounts/information/Papio_anubis.html.