Senarai Merah IUCN

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Peratus spesies mengikut kelompok yang disenaraikan      terancam teruk,      terancam, atau      terjejas dalam Senarai Merah IUCN 2007.

Senarai Merah Spesies Terancam IUCN (bahasa Inggeris: IUCN Red List of Threatened Species, juga dikenali sebagai Senarai Merah IUCN atau Senarai Data Merah) yang diasaskan pada tahun 1948, ialah inventori status pemuliharaan spesies haiwan dan tumbuhan sedunia yang paling menyeluruh di dunia. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) ialah lembaga status pemuliharaan spesies yang utama di dunia. Serantaian Senarai Merah Serantau dihasilkan oleh negara atau pertubuhan untuk menilai risiko kepupusan spesies dalam lingkungan unit pengurusan politik.

Senarai Merah IUCN berlandaskan kriteria persis yang menilai risiko kepupusan untuk ribuan spesies dan subspesies. Kriteria-kriteria ini adalah relevan kepada semua spesies dan semua tempat di dunia. Tujuannya adalah menyampaikan betapa pentingnya isu-isu pemuliharaan kepada orang awam dan penggubal dasar, di samping membantu masyarakat antarabangsa cuba mencegah kepupusan spesies.

Antara badan-badan penaksir spesies utama termasuk BirdLife International, Institut Zoologi (bahagian penyelidikan Persatuan Zoologi London), Pusat Pengawasan Pemuliharaan Sedunia, dan pelbagai kumpulan-kumpulan khusus di bawah IUCN's Suruhanjaya Kemandirian Spesies (Species Survival Commission, SSC). Secara keseluruhannya, hasil penaksiran pertubuhan-pertubuhan dan kumpulan-kumpulan sedemikian menjelaskan hampir separuh bilangan spesies yang terdapat dalam Senarai Merah.

Senarai Merah IUCN dianggap oleh ramai pihak sebagai sistem yang paling objektif dan berwibawa untuk menggolongkan spesies dari seggi risiko kepupusan.[1] Templat:Conservation status

IUCN bertujuan menilai semula kategori setiap spesies setiap lima tahun sekali sekiranya mampu, tidak pun sekurang-kurangnya sepuluh tahun sekali, secara ulasan rakan melalui kumpulan-kumpulan khusus SCC IUCN, iaitu lembaga-lembaga Senarai Merah yang bertanggungjawab terhadap satu spesies, sekelompok spesies atau kawasan geografi yang tertentu, contohnya BirdLife International memerhati seluruh kelas hidupan burung.[2]

Keluaran 2008[sunting | sunting sumber]

Senarai Merah 2008 keluar pada 6 Oktober 2008, di Kongres Pemuliharaan Sedunia IUCN di Barcelona, dan "telah mengesahkan timbulnya krisis kepupusan, yang mana satu daripada empat [spesies mamalia] berisiko menjadi lenyap buat selamanya".[3] Kajian tersebut mendapati sekurang-kurangnya 1,141 daripada 5,487 spesies mamalia di Bumi diketahui menghadapi ancaman kepupusan, sementara 836 lagi disenaraikan sebagai "kekurangan data".[4]

Kategori[sunting | sunting sumber]

Ringkasan kategori Senarai Merah IUCN 2006.

Spesies-spesies dibahagi kepada sembilan kumpulan, yang dinilai mengikut kriteria seperti kadar penurunan, bilangan, kawasan taburan geografi, dan takat fragmentasi kependudukan dan taburan.

  • Extinct (EX, Pupus) - Tiada seekor pun yang masih wujud.
  • Extinct in the Wild (EW, Pupus di Alam Liar) - Dikenal pasti hanya wujud dalam kurungan, atau populasi yang dinaturalkan di luar kawasan asalnya.
  • Critically Endangered (CR, Terancam Teruk) - Risiko kepupusan di alam liar amat tinggi.
  • Endangered (EN, Terancam) - Risiko kepupusan di alam liar tinggi.
  • Vulnerable (VU, Lemah ancaman) - Risiko ancamam di alam liar tinggi.
  • Near Threatened (NT, Hampir Terancam) - Mungkin akan terancam di masa akan datang.
  • Least Concern (LC, Sedikit Bimbang) - Risiko terendah. Tidak layak untuk kategori lebih berisiko. Takson-takson mana yang meluas dan amat banyak bilangannya dimasukkan ke dalam kategori ini.
  • Data Deficient (DD, Kekurangan Data) - Data tidak mencukupi untuk mentaksir risiko kepupusan.
  • Not Evaluated (NE, Tidak Dinilai) -Belum dinilai mengikut kriteria.

Apabila membincangkan Senarai Merah IUCN, istilah "terancam" merujuk kepada tiga kategori: Critically Endangered, Endangered, dan Vulnerable.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Birds on the IUCN Red List". BirdLife International. Dicapai pada 2007-02-01.
  2. ^ "Establishment of Red List Authorities". The IUCN SSC Red List Programme. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-26. Dicapai pada 2006-11-12.
  3. ^ "IUCN Red List reveals world's mammals in crisis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-10. Dicapai pada 2009-12-09.
  4. ^ "IUCN Red List reveals world's mammals in crisis". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-10-09. Dicapai pada 2009-12-09.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]