Backgammon

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar
Backgammon

Sekeping set backgammon, terdiri dari papan, dua set 15 buah, dua pasang dadu, sebiji kubus berganda, dan cawan dadu
Pemain 2
Jarak umur 5+
Masa penyediaan 10–30 saat
Masa bermain 5–30 minit
Peluang rawak Dadu
Kemahiran diperlukan Mengira, Taktik, Strategi, Kebarangkalian

Backgammon adalah sejenis permainan papan untuk dua pemain di mana kepingan digerak menurut balingan dadu. Pemain pertama yang berjaya mengeluarkan semua kepingan sendiri diisytiharkan sebagai pemenang. Terdapat pelbagai kelainan permainan ini yang telah diperkembangkan sekitar dunia, tetapi kebanyakannya berkongsi sifat lazim. Ia merupakan ahli dari keluarga meja, salah satu dari kelas tertua permainan papan di dunia.

Walaupun permainan ini mempunyai komponen rawak yang besar, backgammon menawarkan ruang penting untuk strategi. Dengan setiap balingan dadu, pemain harus memilih satu dari beberapa pilihan untuk menggerakkan buahnya dan merancang untuk kemungkinan gerak-balas oleh pihak lawan. Peluang untuk menaikkan pertaruhan ketika permainan menambahkan kerumitan. Terdapat himpunan yang telah mantap untuk taktik dan keberlakuan lazim.

Seperti catur, backgammon telah dikaji dengan penuh minat oleh ahli sains komputer. Penyelidikan ini telah membawa kepada perkembangan perisian backgammon yang berupaya mengalahkan pemain manusia bertaraf dunia.

Isi kandungan

[sunting] Peraturan

Arah pergerakan merah dan hitam, dengan buah diletakkan di kedudukan permulaan

Objektif backgammon ialah untuk menggerakkan semua buah dam melepasi buah lawan dan kemudian mengeluarkannya dari papan. Buah-buah ini tidak bermula di satu tempat, sebaliknya 'bertaburan' dan boleh disekat atau dilanggar pihak lawan.


[sunting] Lihat juga

Carilah maklumat lanjut tentang Backgammon
melalui projek-projek kembar Wikipedia:

  Takrif kamus dari Wiktionary
  Buku teks dari Wikibooks
  Petikan dari Wikiquote
  Teks sumber dari Wikisource
  Imej dan media dari Commons
  Berita dari Wikinews


[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi