Baghal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bagal
Dibelajinakkan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
Nama binomial
tiada
Sinonim
Equus mulus

bagal (bahasa Inggeris: mule) merupakan kacukan kuda betina dengan keldai jantan. bagal adalah mandul. [1] Kuda dan keldai merupakan spesies berbeza, dengan bilangan kromosom yang berbeza. Satu dari dua kacukan F1 antara dua spesies, bagal adalah lebih mudah didapati berbanding hinny (anak dari kuda jantan dan keldai betina). Kesemua bagal adalah mandul.

bagal sering digunakan sebagai haiwan pengangkut kerana bagal mempunyai tubuh yang lebih tegap berbanding keldai, tetapi bagal tidak mampu memecut laju seperti kuda.

Saiz bagal dan jenis kerja yang dilakukannya bergantung kepada jenis ibu bagal. bagal boleh jadi berat ringan, berat serdahana, malah apabila dihasilkan dari kuda betina draught, berat serdahana berat.[2]

Pencinta bagal mendakwa bahawa ia adalah "lebih sabar, yakin melangkah, lasak, dan hidup lebih lama berbanding kuda, dan ia dianggap kurang degil, lebih pantas, dan lebih pintar berbanding keldai."[3]

bagal betina yang memiliki kitaran estrus dan dengan itu, secara teori, mampu menghasilkan fetus yang dikenali sebagai "molly" atau "bagal Molly," sungguhpun istilah ini kadang-kala digunakan bagi merujuk kepada bagal betina secara umum. Ia jarang bunting, tetapi kadang-kala berlaku secara semulajadi dan juga melalui pemindahan embrio. Salah satu daripada istilah bagi bagal dikasi adalah "bagal John."

Biologi[sunting | sunting sumber]

Prestasi dan saiz[sunting | sunting sumber]

Purata berat serdahana bagi bagal adalah antara 370 dan 460 kg (820 dan 1,000 lb).[4] Sungguhpun ia bergantung kepada haiwan individual, bagal tentera mampu "membawa sehingga 72 kg dan berjalan sejauh 26 km tanpa rehat."[5] In general, a mule can be packed with "dead weight" of up to 20% of its body weight, or approximately 90 kg (198 lb).[6] The average equine in general can carry up to approximately 30% of its body weight in "live" weight, such as a rider.[7] Bagaimanapun, sungguhpun beberapa bagal mampu membawa beban hidup sehingga 160 kg (353 lb) kelebihan bagal menjadi jelas pada ketahanan tambahan mereka.[6]

Kelebihan bagal adalah bagal memiliki saiz dan keupayaan berjalan seperti kuda, tetapi lebih kuat berbanding kuda yang sama saiz dan mewarisi ketahanan dan kelakuan bapa keldai. bagal juga cenderung memerlukan kurang makanan berbanding kuda bersaiz yang sama.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

bagal kelabu.
Patung Yunani purba berbentuk kepala bagal, dihasilkan oleh Brygos, awal abad ke-5 BC. Jérôme Carcopino Museum, Department of Archaeology, Aleria.

Dengan kepala pendek dan tebal, telinga panjang, kaki kurus, telepuk kaki sempit dan kecil, dan bulu tengkuk yang pendek, bagal berkongsi ciri-ciri keldai; dari segi ketinggian dan bentuk badan, tengkuk dan bulu tengkuk ("croup"), warna bulu sekata, dan gigi, ia kelihatan seperti kuda; bagal terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan rupa. Terdapat bagal yang menyerupai kuda Amerika suku, bagal kerja besar, bagal lumba bertulang halus, bagal berbulu lebat dan banyak jenis lagi.

bagal tidak berbunyi sama seperti keldai atau kuda. Sebaliknya bagal menghasilkan bunyi yang menyerupai keldai tetapi memiliki ciri-ciri kuda (sering kali bermula dengan ringitan, berakhir dengan hee-haw). Kadang kala bagal meringit. Badan bagal datang dengan variasi menyerupai kuda.

Variasi warna dan saiz[sunting | sunting sumber]

bagal hari ini terdapat dalam pelbagai bentuk, saiz,, dan warna, dari mini di bawah 1,000 lb (454 kg), dan dalam pelbagai warna. bagal dari kuda betina Appaloosa menghasilkan bagal bewarna bercerumuk, sama seperti sepupu kuda Appaloosa mereka, tetai dengan warna berbeza lebih liar. Warna Appaloosa dihasilkan oleh gen rumit yang dikenali sebagai "Leopard complex" (Lp). Mares homozygous bagi gen Lp dikacuk dengan sebarang warna keldai akan menghasilkan bagal dengan warna Appaloosa.

Fail:2003mule.PNG
Mule headcount in 2003

Taburan[sunting | sunting sumber]

bagal memberi masalah untuk mentakrifkan apa itu benda hidup oleh kerana ramai yang mengtakrifkan salah satu syarat benda hidup adalah sebagai mampu membesar dan membiak. Oleh kerana bagal tidak membiak, takrifan benda hidup sebagai membiak tidak merangkumi bagal. Oleh itu soalannya adakah bagal benda hidup?

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mule Day A Local Legacy". Library Of Congress. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-07-15. Dicapai pada 2011-05-07.
  2. ^ Ensminger, M. E. (1990). Horses and Horsemanship: Animal Agriculture Series (ed. Sixth). Danville, IL: Interstate Publishers. ISBN 0-8134-2883-1. pp. 85–87.
  3. ^ Jackson, Louise A. The Mule Men: A History of Stock Packing in the Sierra Nevada, p. 5 (Mountain Press Publishing Co, Missoula, Montana, 2004). ISBN 0-87842-499-7
  4. ^ "Mule". The Encyclopaedia Britannica: A Dictionary of Arts, Sciences, and General. XVII. Henry G. Allen and Company. 1888. m/s. 15. Dicapai pada 2007-12-26.
  5. ^ "Beasts ease burden of quake victims". BBC News. 2005-10-19. Dicapai pada 2010-04-06.
  6. ^ a b "More With Wayne Carlton On Elk Hunting" Diarkibkan 2011-07-17 di Wayback Machine Hunter Specialties. Web site accessed June 1, 2009.
  7. ^ American Endurance Ride Conference (November 2003). "Chapter 3, Section IV: Size". Endurance Rider's Handbook. AERC. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-15. Dicapai pada 2008-08-07.
  • Public Domain Rencana ini menggabungkan dan menterjemah teks dari penerbitan sekarang di domain awamChisholm, Hugh, penyunting (1911). Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-11). Cambridge University Press. Missing or empty |title= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]