Bahasa-bahasa Altaik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bahasa-bahasa Altaik
Taburan geografi: Asia Timur, Asia Utara, Asia Tengah, Asia Barat, dan Eropah Timur
klasifikasi bahasa: Kedudukan keluarga ini dipertikaikan. Ada pihak yang mengumpulkan keluarga ini di bawah Bahasa-bahasa Eurasiatik dan/atau Bahasa-bahasa Nostratik, dua makrokeluarga yang kontroversial.
Subahagian:
Bahasa Korea dan saudara-saudara yang pupus (sering dimasukkan)
Japonik dan saudara-saudara yang pupus (sering dimasukkan)
Ainu (kadangkala dimasukkan)
Fail:Altaic family2.png
Taburan Bahasa-bahasa Altaik merentasi Eurasia. [perlu rujukan]
Gunung-gunung Altay ("Gunung Tinggi" dalam Turkik) memberikan namanya kepada keluarga bahasa cadangan ini.

Bahasa-bahasa Altaik merupakan sebuah keluarga bahasa cadangan yang mengandungi 66 buah bahasa [1] dituturkan oleh kira-kira 348 juta orang, kebanyakannya di atau sekitar Asia Tengah dan Asia Timur Laut.[1]

Kaluarga ini sering dianggap mengandungi kumpulan bahasa Turkik, bahasa Mongolik, dan bahasa Tungusik (juga dikenali sebagai bahasa-bahasa Manchu-Tungus). Sesetengah pihak juga memasukkan Bahasa Korea dan/atau keluarga Bahasa Japonik. Beberapa orang pakar bahasa menambah Bahasa Ainu.[2]

Kadangkala hipotesis yang mengandungi hanya Turkik, Mongolik, dan Tungusik dikenali sebagai "Micro-Altaik" dan yang mengandungi bahasa-bahasa yang lain dikenali sebagai "Macro-Altaik".

Perhubungan antara bahasa-bahasa ini menjadi bahan perbahasan antara para pakar bahasa. Sesetengah cendekiawan menganggap persamaan antara bahasa-bahasa ini menunjukkan hubungan genetik. Yang lain mencadangkan bahawa bahasa-bahasa ini bukan sebuah kelaurga yang sepunca tetapi satu Sprachbund, sekumpulan bahasa yang menjadi mirip dalam sesetengah segi atas peminjaman menggiat kerana hubungan bahasa.

Keluarga bahasa ini sendiri sebahagian daripada hipotesis bahasa-bahasa Eurasiatik dan bahasa-bahasa Nostratik yang kedua-duanya lebih banyak dipersoalkan.

Sastera[sunting | sunting sumber]

  • Blažek, V.: "Current Progress in Altaic Etymology", Linguistica Online 30 January 2006 (pdf).
  • Doerfer, G.: Grundwort und Sprachmischung: Eine Untersuchung an Hand von Körperteilbezeichnungen (Münchener Ostasiatische Studien 47), Franz-Steiner-Verlag, 1988.
  • Georg, S.: "Reply [to Starostin 2005]", Diachronica 22(2):455–457, 2005.
  • Greenberg, J.H.: Indo-European and Its Closest Relatives: The Eurasiatic Language Family, Volume 1: Grammar, Stanford University Press, 2000.
  • Kortlandt, F.: "The origin of the Japanese and Korean accent systems", Acta Linguistica Hafniensia 26 (1993): 57–65 (pdf).
  • Miller, R.A.: Languages and history. Japanese, Korean and Altaic, Inst. for Comparative Research in Human C, 1996, [ISBN 974-8299-69-4].
  • Ruhlen, M.: A Guide to the World's Languages, Stanford University Press (1987).
  • Starostin, S.A., Dybo, A., Mudrak, O.: Etymological Dictionary of the Altaic Languages, Brill Academic Publishers, June 2003. ISBN 90-04-13153-1.
  • Starostin, S.A.: "Response to Stefan Georg's review of the Etymological Dictionary of the Altaic Languages", Diachronica 22(2):451–454, 2005.
  • LINGUIST Mailing List, 18 Aug 1994, Reinhard F. Hahn.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Sinor, D. (1990). Essays in comparative Altaic linguistics. Bloomington, Ind: Indiana University, Research Institute for Inner Asian Studies. ISBN 0-933070-26-8.
  • Poppe, N. N. (1965). Introduction to Altaic linguistics. Ural-altaische Bibliothek, 14. Wiesbaden: O. Harrassowitz.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Altaic Language Family Tree Ethnologue report for Altaic.
  2. Georg, S., Michalove, P.A., Manaster Ramer, A., Sidwell, P.J.: "Telling general linguists about Altaic", Journal of Linguistics 35 (1999): 65-98 Online abstract

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Altaic languages