Eropah Timur

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Eropah Timur masih samar ertinya, mungkin sekali merupakan suatu kawasan geopolitik yang dipengaruhi Perang Dingin dalam sejarah moden. Bagi sesetengah pihak, sempadannya ditentukan lebih melalui budaya berbanding geografi nyata. Sepanjang sejarah hingga masa kini, Eropah Timur dibezakan dari Eropah Barat dan rantau-rantau lain berasaskan faktor-faktor kebudayaan, keagamaan, ekonomi, dan sejarah. Meskipun diketengahkan ketika Perang Dingin, namun istilah Eropah Timur bertahan sehingga kini.[1] Istilah ini sering digunakan dalam media dan kegunaan seharian di rantau "timur" dan rantau-rantau lain di Eropah.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Pengelasan CIA World Factbook: ██ Eropah Timur ██ Eropah Selatan ██ Rentas benua
Eropah Timur seperti yang ditentukan Kod Negara atau Rantau Piawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Kegunaan Statistik (bertanda merah): ██ Eropah Utara ██ Eropah Barat ██ Eropah Timur ██ Eropah Selatan
Menurut ahli-ahli Kumpulan Pakar Nama Geografi Bangsa-bangsa Bersatu[2]: ██ Bahagian Eropah Timur, Asia Utara dan Tengah ██ Bahagian Eropah Timur Pusat dan Tenggara
Pembahagian pra-1989 antara "Blok Barat" (kelabu) dan "Timur" (oren) yang ditindan pada sempadan masa kini: Rusia (jingga kelam), negara-negara lain bekas Kesatuan Soviet (jingga sederhana), ahli-ahli Pakatan Warsaw (jingga cerah), dan beks rejim Komunis lain yang tidak bersekutu dengan Moscow (jingga paling cerah).
Pengelasan Time Almanac 2007.

Kini wujud beberapa definisi Eropah Timur, tetapi semuanya ketandusan ketepatan atau amat luas pengertiannya. Definisi berbeza antara budaya dan di kalangan pakar dan saintis politik, baru-baru ini semakin samar [3]. Biasanya, istilah ini difahami sebagai rantau yang terletak di antara Eropah Tengah dan pergunungan Ural, ataupun negara-negara Eropah bekas "Blok Timur" - sempadan barat Eropah Timur bergantung pada pendekatan.

Namun begitu, diingatkan bahawa bagi ramai yang mengaitkan diri mereka dengan idea Eropah Tengah[4] kerana perbezaan budaya[5], maka mengaitkan mereka dengan Eropah Timur mungkin menimbulkan pertikaian[6] dan boleh menyinggung perasaan.[perlu rujukan]

CIA[sunting | sunting sumber]

CIA World Factbook[7] menghuraikan kedudukan negara-negara berikut:

PBB[sunting | sunting sumber]

Bahagian Statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggap bahawa Eropah Timur terdiri daripada 10 negara berikut[9][10]: Belarus, Bulgaria, Republik Czech, Hungary, Moldova, Poland, Romania, Rusia (negara rentas benua), Slovakia, Ukraine. Penetapan negara-negara atau kawasan-kawasan mengikut penggolongan tertentu adalah untuk kemudahan statistik dan tidak memaksudkan apa-apa anggapan mengenai kaitan politik atau kaitan lain sesebuah negara oleh PBB[11].

Kumpulan Pakar Nama Geografi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGEGN) ditubuhkan untuk menimbangkan masalah teknikal pemiawaian domestik nama geografi[12]. Kumpulan ini terdiri daripada pakar-pakar dari pelbagai bahagian linguistik/geografi yang diasaskan di Sidang-sidang PBB mengenai Pemiawaian Nama Geografi.

Time Almanac[sunting | sunting sumber]

Time Almanac mentakrifkan Eropah Timur sebagai merangkumi 24 buah negara berikut: Albania, Armenia, Azerbaijan, Belarus, Bosnia dan Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Republik Czech, Estonia, Georgia, Greece, Hungary, Latvia, Lithuania, Republik Macedonia, Moldova, Montenegro, Poland, Romania, Rusia, Serbia, Slovakia, Slovenia, Ukraine.

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pergunungan Ural merupakan sempadan geografi di sisi timur Eropah. Di barat pula, sempadan kebudayaan dan keagamaan banyak tertakluk pada pertindihan dan, penting sekali, telah melalui ketaktentuan sejarah yang menyebabkan kesukaran menentukan sempadan barat Eropah Timur.

Zaman Soviet[sunting | sunting sumber]

Satu pandangan mengenai sempadan Eropah Timur masa kini timbul ketika menjelang akhir Perang Dunia II. Kawasan itu akhirnya meliputi semua negara Eropah yang berada di bawah pengaruh atau penguasaan Soviet. Negara-negara ini diperintah rejim komunis yang dikenakan padanya, sementara negara-negara neutral dikelaskan mengikut sifat rejim politiknya. Perang Dingin meningkatkan bilangan sebab pembahagian Europe menjadi dua sepanjang sempadan negara-negara NATO dan Pakatan Warsaw.

Satu pandangan lain mengecualikan negara-negara yang berbeza dari segi sejarah dan budaya, dari takrifannya. Lazimnya ini memaksudkan Eropah Tengah dan kadang-kadang negara-negara Baltik yang amat berbeza sejarah politik, agama, kebudayaan, dan ekonomi berbanding jiran-jiran timurnya.

Pasca-Soviet[sunting | sunting sumber]

Sejak pembubaran Kesatuan Soviet, timbul pula definisi-definisi lain bagi Eropah Timur.

Negara-negara Baltik pernah menjadi republik Soviet tetapi kini merupakan ahli EU yang boleh tergolong dalam Eropah Timur dan Utara sekali.[18][19]

Tiga bekas republik Soviet di Caucasus Selatan dilihat sebagai negara rentas benua[perlu rujukan], di sendi Eropah Timur dan Asia Barat Daya. Time Almanac 2007 mengelaskan ketiga-tiganya di Eropah Timur tetapi Agensi Perisikan Pusat (CIA)[20] dan PBB[21] tidak menganggap negara-negara berikut terletak di Eropah, sebaliknya di Asia.

Kazakhstan dianggap sebahagian Asia Tengah, dengan sebahagian kecil tanahnya di barat pergunungan Ural di Eropah Timur.[22]

Balkan[sunting | sunting sumber]

Sesetengah negara-negara Balkan boleh dianggap sebagai negara Eropah Timur dan Selatan. Bulgaria, Romania dan Slovenia kini merupakan anggota EU; Croatia, Republik Macedonia dan Turki pula negara-negara calon rasmil Serbia, Albania, Bosnia dan Herzegovina dan Montenegro diiktiraf sebagai calon berpotensi.

Eropah Tengah dan negara-negara lain[sunting | sunting sumber]

Sesetengah negara Eropah Tengah merupakan negara komunis ketika Perang Dingin tetapi kini pula anggota EU yang sering dikecualikan dari takrifan Eropah Timur atas sebab-sebab ekonomi, sejarah, agama, dan kebudayaan.[23][24][25]

Negara-negara lain:

  • Bendera Romania Romania sering disertakan dalam Eropah Timur, kini dipandang sebagai negara Eropah Tenggara[26][27] atau Eropah Tengah[28].
  • Flag of the German Democratic Republic Jerman Timur kadang-kadang disertakan dalam Eropah Timur tetapi hanya dalam konteks kemasukannya dalam Pakatan Warsaw.
  • Bendera Greece Greece biasanya dianggap sebahagian Eropah Selatan, tetapi adakalanya digolongkan dalam Eropah Timur atau Tenggara.
  • Bendera Cyprus Cyprus ialah anggota Kesatuan Eropah dan oleh itu dianggap sebagai sebahagian Eropah Tenggara atas sebab kebudayaan, namun sebenarnya terletak di Asia Barat Daya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Q&A: US missile defence BBC
  2. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  3. Drake, Miriam A. (2005) Encyclopedia of Library and Information Science, CRC Press
  4. Redrawing the imagined map of Europe: the rise and fall of the “center”, J. Hagen, Political Geography, jilid 22 isu 5, pp. 489-517
  5. Huntington, Samuel The Clash of Civilizations" Simon & Shuster 1996
  6. "Central versus Eastern Europe" article from JRank
  7. The CIA World Factbook
  8. Di bahagian geografi, Estonia dihuraikan terletak di Eropah Timur, tetapi di bahagian ekonomi pula di Eropah Tengah.
  9. United Nations Statistics Division- Standard Country and Area Codes Classifications (M49)
  10. World Population Prospects Population Database
  11. http://unstats.un.org/unsd/methods/m49/m49.htm
  12. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/UNGEGN-Background.htm
  13. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  14. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  15. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  16. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  17. http://unstats.un.org/unsd/geoinfo/ungegndivisions.htm
  18. Wallace, W. The Transformation of Western Europe London, Pinter, 1990
  19. Huntington, Samuel The Clash of Civilizations" Simon & Shuster 1996
  20. CIA - The World Factbook
  21. World Population Prospects Population Database
  22. Kazakhstan - MSN Encarta
  23. Wallace, W. The Transformation of Western Europe London, Pinter, 1990
  24. Huntington, Samuel The Clash of Civilizations" Simon & Shuster 1996
  25. Johnson, Lonnie Central Europe: Enemies, Neighbors, Friends Oxford University Press, USA, 2001
  26. CIA World Factbook
  27. Energy Statistics for the U.S. Government
  28. NATO 2004 information on the invited countries