Bahasa-bahasa Grebo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa-bahasa Grebo
Taburan
geografi:
Liberia, Côte d'Ivoire
Klasifikasi bahasa:Niger-Congo
Pembahagian:
Glottolog:greb1257[1]

Bahasa-bahasa Grebo ialah gugusan loghat di bawah keluarga bahasa-bahasa Kru, yang dituturkan oleh orang Grebo di Liberia dan orang Krumen di Côte d'Ivoire.

Takrifan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan puak Afrika yang julung kali bertemu dengan penjelajah Eropah dan penjajah Liberia-Amerika yang sampai ke kawasan Tanjung Palma ialah orang Grebo Pesisir, atau orang Glebo.[2] Penjajah tersebut kian memanggil bahasa mereka sebagai Grebo. Sekiranya tiada pengkhususan lain, istilah bahasa Grebo merujuk kepada ragam pertuturan bahasa Glebo.

Kekaburan dan ketidaktepatan yang besar terus wujud berkenaan penggunaan istilah Grebo dalam bahan ilmiah; penggunaannya kadang-kadang tidak jelas mengenai ragam mana yang ingin dimaksudkan. Jika ia digunakan sebagai istilah kumpulan, kadang-kadang tidak jelas bahasa-bahasa apa yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Ketidaktepatan ini terhasil daripada beberapa penjadi:

  • Ketidaklengkapan data;
  • Kurang ketelitian dalam metodologi pengelasan; dan
  • Bidang pertuturan yang terlibat ialah keselanjuran bahasa.

Pengelasan Ethnologue[sunting | sunting sumber]

Ethnologue membahagikan cabang bahasa-bahasa Grebo di bawah bahasa-bahasa Kru Barat kepada sembilan bahasa berkod berdasarkan keperluan literasi; beberapanya terdiri daripada loghat mencapah dengan identiti etnosentrik yang kuat.

Mana-mana daripada dua puluh lima atau lebih loghat dalam kumpulan tersebut berkemungkinan dipanggil (selainan) bahasa Grebo.

Kenekabahasaan[sunting | sunting sumber]

Kewujudan kedwibahasaan/kedwiloghatan ialah perkara biasa dalam konteks sedemikian, tetapi begitu juga penekanan yang biasa diperhatikan untuk autonomi. Penjadi-penjadi seperti eksogami dan keperluan perdagangan memupuk strategi antarahubungan. Oleh kerana penekanan terhadap keperluan perhubungan, tahap kebolehfahaman antara lainan bahasa-bahasa Grebo tampaknya kurang berbanding jika ia dianggap sebagai bahasa-bahasa berasingan.

Diglosia (lanjut atau tidak), selalunya dengan bahasa Inggeris Liberia (Pijin), memberikan dimensi tambahan kepada kerumitan yang diterangkan di atas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Hammarström, Harald; Forkel, Robert; Haspelmath, Martin, penyunting (2017). "Grebo". Glottolog 3.0. Jena, Germany: Max Planck Institute for the Science of Human History.
  2. ^ Classified as a dialect of Southern Grebo by ISO 639-3.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Innes, Gordon. 1966. Pengenalan kepada Grebo. London: Luzac.
  • Innes, Gordon. 1967. Kamus Grebo-Inggeris. ( Monograf Bahasa Afrika Barat, 6) London: Cambridge University Press.
  • Ingemann, Frances, dan John Duitsman. "Tinjauan Loghat Grebo di Liberia," Jurnal Kajian Liberia, 7(2):121-131, 1976.
  • Greenberg, Joseph H., Bahasa-bahasa Afrika . Univ Indiana. Akhbar, 1966).
  • Hasselbring, Sue dan Eric Johnson. Tinjauan sosiolinguistik kawasan bahasa Grebo di Liberia. Laporan Tinjauan Elektronik SIL 2002-074 , 2002. Versi dalam talian: .
  • Payne, John. 1867. Kamus Bahasa Grebo. Philadelphia: Raja dan Baird.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Peta Tentera Laut AS Maryland di Liberia, 1853.