Bahasa We

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Bahasa We
Asli kepadaIvory Coast
KawasanPergunungan Lapan Belas, Kuda Tengah
Penutur bahasa
(320,000 setakat 1998–1999)e18
Kod bahasa
ISO 639-3Salah satu:
gxx – We Tengah (We Selatan)
wec – Neyo (We Barat)
Glottologguer1240
Rencana ini mengandungi simbol fonetik IPA. Tanpa sokongan perisian tertentu, anda mungkin melihat tanda tanya, kotak, atau simbol lain dan bukannya askara Unicode. Untuk panduan pengenalan mengenai simbol IPA, lihat Bantuan:IPA.

Bahasa We ialah salah satu bahasa di bawah bahasa-bahasa Kru yang dituturkan oleh lebih 300,000 orang di wilayah Pergunungan Lapan Belas dan Kuda Tengah di Pantai Gading.

Fonologi[sunting | sunting sumber]

Fonologi bahasa We (berikut menggunakan loghat Zagna We Tengah/We Selatan)[1] disusunkan secara ringkas di bawah.

Bunyi konsonan[sunting | sunting sumber]

Fonem konsonan adalah seperti berikut:

Dwibibir Bibir-gigi Bibir-velar Gusi Lelangit Velar Bibir-velar
Hentian p b k͡p ɡ͡b t d c ɟ k ɡ ɡʷ
Sedutan ɓ
Sengauan m n ɲ
Geseran f v s z
Aproksiman sisi l
Aproksiman j w

Alofon beberapa fonem ini termasuklah:

  • [k͡m] ialah alofon /k͡p/ sebelum vokal sengauan
  • [ŋ͡m] ialah alofon /ɡ͡b/ sebelum vokal sengauan
  • [ŋʷ] ialah alofon /w/ sebelum vokal sengauan
  • [ɗ] ialah alofon /l/ dalam kedudukan hulu perkataan
  • [r] ialah alofon /l/ selepas konsonan koronal (gusi or lelangit)

Selain itu, sementara konsonan sengauan /m, n/ dan

/ɲ/ kontra dengan /ɓ/ dan /l/ sebelum vokal lisan (demikian merupakan fonem yang berasingan), sebelum vokal sengauan, hanya konsonan sengauan berlaku. /ɓ/ dan /l/ tidak berlaku sebelum vokal sengauan, menunjukkan bahawa dari segi sejarah terdapat penggabungan fonem antara bunyi tersebut dan sengauan /m, n/ mungkin berlaku dalam kedudukan ini.

Bunyi vokal[sunting | sunting sumber]

Seperti kebanyakan bahasa Afrika Barat, bahasa We menggunakan kontras antara vokal dengan akar lidah maju dan yang mempunyai akar lidah mundur. Selain itu, vokal sengauan berbeza secara fonemik dengan vokal lisan.

Lisan Sengauan
Depan Belakang Depan Belakang
Sempit(ALMa) i u ĩ ũ
Tutup(ALMu) ɪ ʊ ɪ̃ ʊ̃
Tengah (ALMa) e o õ
Tengah (ALMu) ɛ ɔ ɛ̃ ɔ̃
Luas (ALMu) a ã

Nada[sunting | sunting sumber]

Bahasa We ialah bahasa bernada dan membezakan sepuluh nada:

Nada IPA Contoh Kata
Rendah  ˩ ɡ͡ba˩ "tabur"
Sedang  ˧ ɡ͡ba˧ "musnah"
Tinggi  ˦ mɛ˦ "mati"
Atas  ˥ ji˥ "penuh"
Menaik rendah-tinggi  ˩˦ ɡ͡bla˩˦ "topi"
Menaik rendah-atas  ˩˥ k͡plɔ̃˩˥ "pisang"
Menaik sedang-tinggi  ˧˦ ɓlo˧˦ "dinding"
Menaik tinggi-atas  ˦˥ de˦˥ "adik lelaki"
Menurun rendah-tinggi  ˦˩ ɡ͡ba˩a˦˩ "kambing"
Menurun sedang-rendah  ˧˩ sre˧˩ "zakar"

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Paradis, Carole (1983). Description phonologique du guéré. Abidjan: Institut de Linguistique Appliquée, Université d'Abidjan.

Templat:Languages of Côte d'Ivoire